Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

♥ PuDing RoTi KaraMel....Sodaaappp!!! ♥

Assalammualaikum....
Siapalah yang tak suka Puding/Dessert...(memang ada juga tp mostly mereka yang berdiet or ada masalah kesihatan) tp sejujurnya masih tinggi lagi rasannya mereka yang suka menikmati hidangan ini, terutama sebagai pencuci mulut...

Jangan tak tahu...aku ni memang suker sangat kalo bab2 food yang ada Karamel...aku tak teror sangat nak sediakan Puding Roti Karamel ni tapi kata orang biar tak tahu masak yang penting rajin masak..(iyeker???) Sebabnya practice make u perfect....(^__^) Puding ni aku memang suker sangat nak sediakan sbb senang sangat dan sedapppp kalo dimakan sejuk...

Sebelum ni aku selalu sediakan Puding Karamel jer...ertinya aku tak bubuh ROTI kat dalam resipi aku.  So satu hari bila aku tengah blogging aku ternampaklah resipi ni so aku teringin sangat nak cuba...nak tahu beza rasanya kalo letak dgn Roti....hehehe...sedap memang sedap dan bagi pendapat lidah aku ni memang ada beza kalo letak roti kat dlm puding karamel kita...mcm rasa 'kek' sikit sebab tekstur puding dah padat drpd sebelum letak Roti...tp aku rasa lebih sedap Puding Roti Karamel drpd Puding Karamel yg biasa...apapun lain org lain pendapat kan??? Kalo nak tahu cuba lah sendiri....

Aku guna Oven jer sebab kat rumah takder Pengukus...dan aku dapat resipi ni drpd Kak Yatie..boleh lawat resipi asalnya kat sini yeah YatieMemories - Puding-Roti-Karamel.html Tqvm kak atas resipi yang enak (^__^)


♥ Bahan-Bahan ♥

♥ 4 keping Roti Putih Gardenia
♥ 3-4 biji Telur (yang ni kena pukul sikit jer pastu tapis k)
♥ 1 cawan Air Suam
♥ 1 cawan Susu Cair (yang ni aku saja tambah sendiri, nak bagi tambah rasa lemak tu)
♥ 1 cawan Susu Pekat Manis
♥ 1 sudu kecil Esen Vanilla
♥ 3-4 sudu Gula Pasir untuk dijadikan Gula Hangus aka Karamel


 ♥ Cara Penyediaan ♥

 1. Untuk Gula Hangus (Karamel) - masukkan Gula Pasir tadi ke dalam kuali dan masak tanpa minyak atas api yang kecil.  Selepas 5 minit masukkan 1-2 sudu besar air panas secara perlahan-lahan ke atas gula tadi. Kacau sebati dengan api yang kecil sehingga warna keperang-perangan (hati-hati jgn hangus nanti karamel rasa pahit taw!!).  Matikan api dan tuang terus ke dalam loyang yang digunakan.

2.  Blendkan sebati Roti Putih Gardenia yang telah dicarik2 bersama Air Suam, Susu Cair, Susu Pekat Manis dan Esen Vanilla.

3.  Masukkan Telur yang telah ditapis dan blendkan sekejap sekali lagi.

4.  Masukkan dlm loyang yang telah diletakkan Gula Hangus (Karamel) tadi dan masukkan dalam Oven yang telah siap dipanaskan.

5.   Masak secara double boil selama 45 minit ke 1 jam dalam suhu 180 - 200 Celcius.  Pastikan air sentiasa ditambah ke dlm bekas supaya puding tadi tak kering...



Harap aku terangkan cara nak buat resipi ni dgn jelas yeah...kalo kurang paham u ols boleh try goggle blogger2 yg lain dgn resipi yang sama.

Chaiyok2 !!! ^__^


♥ CheeseCaKe BisCuit (No BaKinG yeah) ♥

Assalammualaikum...

Selamat berpuasa semua...Hehe..sejak dua menjak ni aku memang ketagih nak surf internet baca Blog...drpd Blog Fesyen..Blog Masakan smpailah Personal Blog org...mmg cerita best2 taw!! Boleh buat motivated utk diri sendiri...hehe..chewaah!! semangat berblog lah katakan :D

Tengah2 aku syok2 baca Blog c Comel Loteh, Fatin Liyana (http://honeykoyuki.blogspot.com/)..aku terbaca entri dia dgn member2 dia juga ar..seorang tu namanya Cik Epal...(hehe, sukerrr sngat nama tu..mcm nak ngaaap jew..)..then aku pun menggoogle lah nama Cik Epal kita ni...memang tak syak lagi dia ni pun kaki blogger jga...jom baca kat sini yeah kalo nak taw lebih lanjut -->> http://cikepal06.blogspot.com/

So pendekkan cerita, aku dapat resepi unik ni drpd Blog Cik Manis Buah kita CIK EPAL...hehe..akan datang aku memang akan try resepi ni sbb senang sangat2..tak payah aku nak susah2 masukkan dlm oven, jimat bil bulanan aku..hehe...aku senaraikan yeah apa yang perlu ada utk prepare biskut sedapp ni...

Bahan-bahan CheeseCake Biskut :-
1. Cream Cheese

2. Susu Pekat Manis (jenama apa pun boleh bah..dont worry)

3. Deluxe Crackers keluaran Hup Seng (bukan biskut Cream Crackers wokeyy)

4. Original Nestum

5. Susu Segar (nak guna Full Cream pn ok jer tp sja nk add sikit elemen Diet..sb tu guna Low Fat..)
So, tunggu ya entry akan datang bila dah buat CheeseCake Biscut ni, yummy...yummy..tak sabar rasanya nak share dgn korang semua....In Shaa Allah...Daaaaa ;)


♥ Ayam MaSak LeMak CiLi Api ♥

Assalammualaikum...

Hari ni dah masuk hari ke-2 kita berpuasa...semangat nak memasak masih lagi berkobar-kobar...sebenarnya mmg aku jarang masak sbb sibuk dgn tugasan di pejabat dn juga butik kecil-kecilan yg aku usahakan secara online dan offline....

Tapi skrg aku nak tanam dlm hati (berniat konon...hihi) aku nak rajinkan diri masuk dapur dan masak....kalo nak makan luar pun tym hujung minggu jer...sebelum ni pun sbnrnya mcm tu tp oleh kerana penat oleh kesibukan maka aku tak larat nak berperang dgn periuk belanga di dapur...hehe...dulu aku rajin buat dessert taw :)

Ok...sekarang aku nak share satu resipi yg aku rasa ramai yg dah tau masak..tp ada juga yg tak taw yeah...jangannnn....aku dapat resipi ni dlm www.facebook.com/bukuresepi oleh Datinn Nooraleeza Azman (tak pasti lah samada nama betul ker atau nama glam yeah tp tu lah nama empunya resipi)....Jom kita inta-intai resipi Ayam Masak Lemak Cili Api ini yeah :)

simple jer..tp sedappp dan lemak taw!!! Kalo tak nak pedas kurangkan cili api yeah :)


Bahan-bahan (4 orang)

  • 2 Ketul Dada Ayam
  • 100 ml Santan (beli kotak kecik yg 200ml tu dan guna separuh jer)
  • 1 kiub Pati Ayam
  • 1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit (utk menarikkan wrna jer sbenarnya..)
  • Garam & Gula secukup rasa
  • 1-2 cawan Air


Bahan utk Kisar

  • 3-4 ulas Bawang Merah
  • 3-4 ulas Bawang Putih
  • 1-2 inci Halia
  • 2 batang Serai
  • 1 inci Kunyit Hidup
  • 5-10 biji Cili Padi (kalau nak pedas lagi boleh tambah yeah..kalo nak kurang pun ok)


Cara Masak

  1. Masukkan ayam dalam periuk tanpa minyak
  2. Masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi dan gaul bersama ayam. Didihkan.
  3. Masukkan Santan, Garam dan Kiub Pati Ayam.
  4. Jika terasa pekat tambahkan air.
  5. Boleh tambahkan Serbuk Kunyit utk tampakkan masakan lebih menarik.
  6. Tuggu sekejap, padamkan api dan bolehlah dinikmati....



♥ Ayam MaSak HaLia ♥

Assalammualaikum...Selamat Mengerjakan Ramadhan Pertama :)

Pada kebiasaannya setiap kali bulan Ramadhan aktiviti 'MEMBELI" juadah berbuka puasa di bazaar hanya akan aku buat pada minggu kedua bulan Ramadhan...sbb aku nak terap dalam diri anak-anak aku Masakan Mama mereka pun apa kurang hebatnya...hahaha....tp memang aku bawa jga anak-anak ke bazaar bila ada kelapangan dan waktu yang panjang....best jugak bawa anak-anak mencuci mata judah-juadah yg hebat disediakan di gerai-gerai bazaar ni....

So bila bulan puasa jer aktiviti memasak aku akan meningkat 200%...semangat nak sediakan macam-macam menu pun membara...aku tak cun masak itu dah pasti tapi tak bererti aku pandai...jadi utk rujukan masakan yg sedap-sedap aku googgle lah dlm web or blog otai2 yg mmg dah terror masak....Utk menu pertama bulan Ramadhan ni aku balajar resepinya dari Kak Yatie drdp Sinar Kehidupanku (http://yatiememories.blogspot.com/)...suker sgt blog akak ni sbb...santai...cara penyediaan bahan-bahan hinggalah ke cara membuatnya senang ringkas dan padat...selain itu her family were awesome, so kalo rajin klik-klik dan baca lah blog beliau yeah...

Jom kita tengok hasilpercubaan ku ini ya...hehe..sedappp taw sbb Huby dan anak-anak PUJI mcm makan di kedai lah Mama...waaah, kembang semangkuku aku dibuatnya...tq cayang2 Mama semua...:)



Bahan-Bahan (4 orang)

  • 2 Ketul Dada  Ayam yg sedang2 besar (potong ikut suka..pastu cuci dan toskan)
  • 3-4 sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu kecil Tepung Jagung (dibancuh dgn air)
  • 1 sudu kecil Lada Hitam - ditumbuk kasar (tp aku guna lebihan lada hitam McD aku..hihihi..dlm 10 bungkus kecil)
  • 1 biji buah  Tomato - belah 4
  • 1/2 batang Lobak - dipotong kecil
  • minyak untuk menumis
  • garam dan serbuk perasa
  • tambahan : 1 pokok daun bawang / sup - potong pendek (aku x suker so aku tak letak...)
  • 1-2 cawan air (ikut suker)

Bahan Hiris

  • 5 cm Halia 
  • 1 labu Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2-3 tangkai Cili Merah (kalo nak tambah pedas boleh tambah Cili Padi yeah...

Cara Masak

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan Bahan Hiris hingga layu.
  2. Masukkan Ayam tadi, Sos Tiram, Lada Hitam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masak ayam sehingga lembut.  Lepas tu baru masukkan Lobak dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan Tepung Jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan Tomato dan Daun Bawan (jika nak). Kacau rata.
  6. Tutup api sekejap, angkat dan bolehlah dihidangkan.



♥ Resipi SaLaD KenTanG ♥

Whatsap2!! Assalammualaikum...

Petang-petang macam ni memang best layan macam-macam...layan mata (tngok movie ar..)...layan telinga (dengar lagu2 best..)...layan mulut (bergossip ar tu..)..layan perut (tak caya try pg tngok kat pantry...hahaha msti ramai melepak layan secawan mnuman panas kat sna...)...layan perasaan dan layan internet....hahaha...mcm aku ar...iyelah penat buat keja kan so kita stop jap TAKE A BREAK..alah, mcm iklan coklat KIT KAT tu....>__<

Apa lagi aku masuk internet...layan jap bloggers2 femes kat Malaysia...tngok apa citer dorang so...aku dptlah satu citer best...citer masak memasak...hahaha...sebenarnya aku pon blum try lagi tp insya-Allah aku akan try juga resipi ni sbb bila baca sepintas lalu mcm senang nak buat, bahan2 pun ringkas...dan paling penting mcm sedappp....hehehe...

Kalo dulu kala salad2 ni makanan orang barat, huhuhu...kalo kita makanan mcm ni kita sebut ulam2...oleh kerna ulam2 ni dibuat drpd sayur-sayur mentah yg brwarna hijau (selalunya arr...) so aku x berapa nk berkenan...sory yeah aku tak mkn Sayur Hijau ar gals...oleh kerna perubahan zaman, skrg mcm2 jenis salad ada...salad buah..salad tomato...salad mangga...dan yang ni termasuk juga iaitu salad ubi kentang...(wah mcm best jak kannn...)..Kalo ikut blogger yg aku baca ni dulu tym dia kat Japan, her host mother suka buat potato salad with egg. Hmm they called it Oishii ! But recently dia jumpa resipi ni drpd myresepi.com..so dia try and dia suka sgttt (>,<)....

So jom layan the simple Resipi ~ Salad KenTanG :-

Courtesy of Google Image. Now I am proudly announced that I am a big fan of Potato Salad!

: Bahan-bahan :

6 biji kentang
2-3 sudu besar mayo
1 sudu besar lemon juice
1 sudu besar air
3-4 genggam daun bawang
Serbuk pati ayam & perasa

: Cara-cara :

Potato
Kentang dipotong kiub (saiz lebih kurang macam sebiji pemadam)
Didihkan bersama dengan garam. Tos.
Dressing:
Dalam mangkuk yang lain, campurkan mayo, lemon juice, air, serbuk pati ayam, & perasa sehingga sebati.
Gaul kentang yang sudah ditos dengan dressing dan daun bawang.
Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Voila!
Sangat sedap apabila dimakan sejuk. Boleh buat banyak-banyak, simpan dalam fridge. Bila lapar tak perlu drive thru ke mcd, hanya perlu drive thru ke fridge aje haha bajet lawak.

Enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan side dishes dengan black pepper steak, chicken chop etc.


Amacam?? Mcm best kan....Blogger ni siap pesan lagi "Please la cuba resipi ni, rasa dia sukar digambarkan! Walaupun bahan-bahan dia nampak macam tak serius, tapi rasa dia memang complete. Yang penting dia sedap gila sebab ada rasa tangy sensation from the lemon juice. Resipi yang aku featurekan kat blog ni semua simple (jimat bahan), menjimatkan wang dan menjimatkan masa. Ahaks, berjimat cermat kan amalan yang mulia. Selamat mencuba!"

So dear all readers for my blog nie...Thank you too for reading this entry !
Labiuuuu....♥♥♥♥

Sumber # http://honeykoyuki.blogspot.com/

♥ Agar-Agar Susu PanDan ♥

Waaah..pencuci mulut kali nie yang Reen nak kongsi ialah Agar-agar Susu Pandan..hehehe dlm acuan jagung gitu...hihihi :)

Tak susah sebenarnya nak buat...cuma perlukan semangat dan kerajinan saja untuk prepared smua ni dan akhirnya...senyuman manis terukir di bibir sebab anak-anak suka makan...

Okey sekarang Reen kongsi yeah apa bahan-bahan yang Reen gunakan untuk menyiapkan resepi agar-agar ringkas ni, mana tahu ada yang berminat nak cuba juga...dipersilakan k...

♥ Bahan-Bahan ♥

♥ Serbuk agar-agar Plain 10gm
♥ 500 ml air / air secukupnya
♥ Gula Pasir 5-6 sudu makan atau semanis rasa
♥ 1/2 Tin Susu Cair...kalo nak guna 1 tin pun takder hal (>__<)
♥ 1/2 kotak Santan (beli santan express dalam kotak kecil jak...)
♥ Esen Pandan 1 sudu kecil (express...sorry aku tak dapat nak cari Daun Pandan yg original....)
♥ 2-3 titik pewarna Hijau Epal

******

♥ Cara membuatnya ♥

♥ Panaskan air dan masukkan Serbuk Agar-Agar Plain ke dalam air dan masak menggunakan api kecil saja yeah...

♥ Tambahkan Gula Pasir, kacau sehingga larut dalam air tadi kemudian tambahkan Susu Cair.

♥ Selepas 1-2 minit masukkan Santan tadi dan kacau perlahan-lahan hingga campuran sebati sehingga mendidih.

♥ Setelah itu tapis dan asingkan 1/2 adunan masakan yang berwarna putih susu.

♥ 1/2 adunan masakan yang berbaki tadi akan ditambah Esen Pandan dan Pewarna Hijau Epal. Masak dalam lebih kurang 1 minit untuk memastikan gaulan sebati.

♥ Tapis dan tuangkan adunan berwarna hijau epal ke dalam bekas yang digemari dan bekukan sebentar ke dalam peti ais lebih kurang 5-10 minit. Setelah itu keluarkan dari peti ais dan cakarkan permukaan adunan menggunakan garpu...sikit saja tau....

♥ Akhir sekali baru letak adunan yang berperisa susu atas adunan yang telah beku tadi.

♥ Sejukkan semula dalam peti ais untuk dinikmati sejuk dalam tempoh 1-2 jam...


Muaaaah...selamat mencuba (^_^)

♥ FunGsi BaHan PeNaiK ♥


Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah Serbuk Penaik (baking powder), Serbuk Soda Bikarbonat (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan Serbuk Tartar (cream of tartar).

Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.

Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.


Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid.
Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.

(^___^)


# Sumber ~ http://resipinoraini.blogspot.com/

♥ KuiH OnDe-OnDe ♥

Huhuhu..pejam celik pejam celik hari ni dah masuk hari ke 14 kita mengerjakan ibadah Puasa. Memang tak terasa langsung masa begitu pantas berlalu. Tak lama lagi bulan Syawal pula akan menjelma. Mesti persiapan untuk menyambutnya sedang rancak dilakukan oleh kita sebagai ibu & isteri untuk keluarga. Apapun kita akan citer topik nie di catatan Reen yang akan datang, mesti best..hehehehe... Sekarang Reen nak share resepi Kuih Onde-Onde. Antara kuih kegemaran Reen dan anak-anak pasal tu Reen belajar juga cara nak buat kuih nie. Memang tak susah tawww....selamat mencuba k :)


Bahan-Bahan (anggaran untuk 3-4 orang) :-

♥ 1/2 biji Kelapa Parut Putih (tapi saya tak guna semuanya, sikit jer bakinya saya masak untuk inti kuih lenggang kalo tak membazir pula)
♥ Tepung Pulut, 8-10 sudu makan
♥ Tepung Gandum, 4-5 sudu makan
♥ Perisa Pandan, 1 sudu kecil
♥ Pewarna Hijau Epal, 1/2 sudu makan
♥ Gula Melaka
♥ secubit Garam
♥ Air Putih secukupnya

Cara penyediaannya :-

♥ Mula-mula campurkan Tepung Pulut, Tepung Gandum dengan sedikit air putih dan secubit garam (jangan letak air sekaligus nanti adunan menjadi lembik)

♥ Dalam masa yang sama, panaskan air putih dalam periuk dan masak hingga mendidih.

♥ Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau epal ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.

♥ Biarkan adunan seketika. Setelah itu, bentukkan adunan tadi dalam bentuk bulat-bulat kecil dan letakkan gula melaka ke dalam bebola tadi sebagai inti (saya pernah gunakan gula perang@brown sugar sebagai inti tapi tak sedap dan tak sama seperti kita guna gula melaka)

♥ Apabila siap dibentuk, masukkan bebola tadi ke dalam air rebusan dan rebus sehingga bebola tersebut timbul di permukaan air (itu tandanya bebola dah masak)

♥ Angkat dan golekkan ke dalam parutan kelapa putih tadi.

♥ Dah siap dan boleh dihidangkan...nyum...nyumm...!!!

♥ KuiH LenGGanG @ KeTaYaP ♥


Salam semua dan bertemu lagi dalam catatan Reen yang seterusnya. Sejak kebelakangan ini memang Reen punya 'angin' memang rajin sangat nak memasak..asyik tengok resepi jak2...hihihi :)
Tapi masakan yang disediakan ini tidaklah susah sangat pun, iyelah masa terhad sbb nak makan tym bersungkai. Pernah juga wat kuih lenggang sebelum nie tapi tak terlintas nak uplodkan dalam blog dan share with all bloggers. Kuih nie Reen tak juga 'cun' buat tapi Reen cuba juga, intinya boleh tahan...tepung kulitnya pun ok (hihihi bagi Reen lah...)...cuma masalahnya cara nak menggulung lenggang tu...masih kureeenggggg...kulit dah nipis dilenser tp bila dah gulung masih jugak tebalnya....Mmmmmh, apapun insya-allah kalau rajin buat kemahiran tu pasti akan meningkat, betul tak???

Ok disini Reen sertakan prosedur masa Reen menyediakan kuih ini untuk rujukan sendiri dan mereka yang berminat mau mencuba :)


Bahan-bahan untuk Kulit (anggaran untuk 3-4 orang) :-

♥ Tepung gandum - saya gunakan dalam 10 sudu makan saja..hehehe
♥ Telur Gred B - 1 biji
♥ Garam - 1/2 sudu kecil
♥ Esen Pandan - 1 sudu kecil (menggantikan Daun Pandan yg takda di rumah....)
♥ Air putih secukupnya
♥ Minyak masak - 2 sudu makan
♥ Pan / Kuali yang leper


Cara penyediaan :-

♥ Gaulkan semua bahan, kacau sehingga sebati.
♥ Pastikan kepekatan adunan tidak terlalu keras atau terlalu cair..(bayangkan kepekatannya seperti Krim Santan dalam kotak tu, mcm tu lah lebih kurang kepekatan adunan bahan2 tadi)
♥ Minyak masak dicampurkan dalam adunan agar bila dimasak ia tidak melekat di atas pan/kuali yang akan digunakan.
♥ Panaskan pan/kuali di atas api yang sederhana.
♥ Masukkan satu senduk adunan ke dalam pan/kuali, angkat pan/kuali dan lenggangkan (goyangkan) pan/kuali seperti menyediakan dadar.
♥ Letakkan semula pan/kuali atas api yang sederhana.
♥ Pastikan dadar adunan tadi dilenser nipis atas pan/kuali tadi.
♥ Setelah masak, angkat dan isikan inti kelapa. Lipat kiri dan kanan dadar, gulung dengan cermat agar inti kelapa tidak terkeluar.
♥ Susun cantik dan siap untuk juadah berbuka...nyummmm...nyummm...:)



Bahan-bahan Inti Kelapa :-

♥ 1/2 kilo kelapa parut putih (lebih dari cukup daaaa....)
♥ 1 cawan gula pasir / 1 cawan gula perang
♥ 1 cawan gula melaka
♥ Air putih - saya letak dalam 2 gelas kecil sbb kelapa parut tak bnyk sangat


Cara penyediaan :-

♥ Masukkan air, gula pasir/gula perang dan gula melaka dalam kuali. Panaskan sehingga mendidih dan berbuih.
♥ Setelah mendidih, masukkan kelapa parut dalam adunan masakan tadi.
♥ Masak di atas api yang kecil sehingga air gula agak kering (tapi jangan kering sangat tawww...biar nmpk lembap sikit k)
♥ Angkat dan sejukkan seketika sebelum digunakan sebagai inti kuih lenggan tadi.
♥ Simpan baki inti kelapa yang ada dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti ais. Boleh digunakan beberapa kali nie.... :)


SELAMAT MENCUBA yeah (^_^)

♥ Resepi : Coklat Puding ♥


Sebenarnya aku memang suker sangat nak prepared 'dessert2' seperti puding, agar-agar dan kek...tp tk pernah terlintas nk uplodkan resepi dekat blog. Oleh kerana sekarang dah jadi satu trend untuk kita berkongsi resepi maka aku pn nak share jugalah...Sebenarnya aku belajar nak prepared puding nie dari blogger lain...sebab tu aku memanh suka melayari blogger2 yg teror bab2 mcm ni...

TQ utk http://linapg.blogspot.com/2011/04/puding-coklat.html dari Teratak Mutiara Kasih for her recipes...

Bahan-bahan :-


♥ Agar-agar serbuk 10gm - Plain (saya guna Cap Flying Swallow) 
Serbuk Koko 30gm
Air putih 500ml 
♥ 1 cawan gula pasir / perang (ikut suker kalo nk manis tmbah lagi...tp nie pn dh ckup manis) 
♥ 1/2 tin Susu Cair


Cara Penyediaan :-


♥ Campurkan serbuk Agar-agar dan Gula dalam periuk yang berisi air.
 
Kacau rata dan masak hingga mendidih atas api yang sederhana. 
♥ Setelah mendidih masukkan Serbuk Koko, kacau lagi agar serbuk koko tidak berketul. 
♥ Masukkan Susu Cair dan kacau lagi dalam tempoh 5 minit.
♥ Tapis dan tuangkan dalam acuan yang disukai. Sejukkan.
 
♥ Letakkan dalam peti ais jika mahu lebih sedap...nyumm..nyummm


Nota :
Kalau nak curahkan coklat syrup atas puding pun boleh tapi Reen buat kosong jer..sedap gak




♥ Followers Yg Setia ♥