Tak susah sebenarnya nak buat...cuma perlukan semangat dan kerajinan saja untuk prepared smua ni dan akhirnya...senyuman manis terukir di bibir sebab anak-anak suka makan...
Okey sekarang Reen kongsi yeah apa bahan-bahan yang Reen gunakan untuk menyiapkan resepi agar-agar ringkas ni, mana tahu ada yang berminat nak cuba juga...dipersilakan k...
♥ Bahan-Bahan ♥
♥ Serbuk agar-agar Plain 10gm
♥ 500 ml air / air secukupnya
♥ Gula Pasir 5-6 sudu makan atau semanis rasa
♥ 1/2 Tin Susu Cair...kalo nak guna 1 tin pun takder hal (>__<)
♥ 1/2 kotak Santan (beli santan express dalam kotak kecil jak...)
♥ Esen Pandan 1 sudu kecil (express...sorry aku tak dapat nak cari Daun Pandan yg original....)
♥ 2-3 titik pewarna Hijau Epal
******
♥ Cara membuatnya ♥
♥ Panaskan air dan masukkan Serbuk Agar-Agar Plain ke dalam air dan masak menggunakan api kecil saja yeah...
♥ Tambahkan Gula Pasir, kacau sehingga larut dalam air tadi kemudian tambahkan Susu Cair.
♥ Selepas 1-2 minit masukkan Santan tadi dan kacau perlahan-lahan hingga campuran sebati sehingga mendidih.
♥ Setelah itu tapis dan asingkan 1/2 adunan masakan yang berwarna putih susu.
♥ 1/2 adunan masaka
♥ Tapis dan tuangkan adunan berwarna hijau epal ke dalam bekas yang digemari dan bekukan sebentar ke dalam peti ais lebih kurang 5-10 minit. Setelah itu keluarkan dari peti ais dan cakarkan permukaan adunan menggunakan garpu...sikit saja tau....
♥ Akhir sekali baru letak adunan yang berperisa susu atas adunan yang telah beku tadi.
♥ Sejukkan semula dalam peti ais untuk dinikmati sejuk dalam tempoh 1-2 jam...
Muaaaah...selamat mencuba (^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan