♥ Apa Itu KoLaGeN ??? ♥

Assalammualaikum darlings :)

Zaman nenek aku, mak aku dulu orang tak paham sangat bila kita cakap "nak cantik kena makan kolagen"...sebab zaman tu cara rawatan tradisional seperti memakan Jamu lebih dipraktikkan.  Masa zaman remaja dlu Mama aku pernah suruh aku makan Jamu tapi aku memang tak suka sebab PAHIT dan WANGIAN REMPAH tu aku tak tahan :(

Sekarang Jamu pun mengalami evolusi nya tersendiri...Sebenarnya kolagen pun terhasil daripada bahan-bahan semulajadi tetapi telah diekstrak untuk penggunaan lebih moden kini...Badan kita sendiri mempunyai kolagen tetapi ia semakin susut seiring dengan peningkatan usia kita. Wanita zaman sekarang selalu berkata "kulit kita perlukan kolagen"..."kena makan kolagen selalu"..."kolagen jenama apa yang u makan??"...bla...bla...bla...tetapi adakah semua tahu apa sebenarnya itu KOLAGEN????

Mari aku kongsikan yeah info yang aku dapat dari internet ni :)

KOLAGEN??

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara semulajadi.

Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.

Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

# pic kredit to http://hargasetbersalin.com.my

KEPENTINGAN KOLAGEN

* Mengekalkan kelembapan dan Mencegah Kedutan
Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya.  Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

* Memutihkan Masalah Kulit
Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit.  Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium (sejenis tisu badan), kedutan dan garis-garis halus.

* Mencantik dan Menyuburkan Rambut
Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut.  Kandungan kolagen dalam lapisan korium (lapisan kedua kulit) merupkan bekalan nutrisi kepada epidermis, ranbut dan kuku.  Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakal kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

* Menegangkan Payudara
Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum.  Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara.  Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

* Menguatkan Tulang
Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangkan tulang yang kuat.  Oleh itu, kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang.  Masalah Osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan Kalsium, Magnesium dan Fosforus hanya 20%.  Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut.  Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal dan juga dapat memperlambatkan Osteoporosis.

* Mencerahkan Kulit dan Mengurangkan Pigmentasi
Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru.  Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

* Melambatkan Proses Penuaan Kulit
Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam.  Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

SUMBER KOLAGEN DI PASARAN
  • Bovine (Lembu) - diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
  • Babi (Porcine Origin)
  • Haiwan Laut - contohnya Ikan dan Gamat
  • Tumbuhan - contohnya Kacang Soya
  • Yak - produk dari China
  • Manusia - plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati :(

Oleh itu, pastikan kolagen yang dimakan adalah dari sumber yang Halal. 

Hati-hati!!

Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui.  Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada 'Seafood' atau Gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya.  Kalau sumber selain daripada itu maka perlulah diselidiki sebelum dibeli / dimakan kerana sumber kolagen yang paling mudah di perolehi adalah daripada kulit Babi atau Gamat.

 
ANTARA PRODUK KOLAGEN YG ADA DI PASARAN

# pic kredit to Google


# pic kredit to Google


♥ TIPS / PETUA ~ ManJakan DiRi di RuMah ♥


Suka sangat aku bila cakap pasal kecantikan ni...Tak kisahlah, kecantikan luar mahupun dalaman. Dah nama kita ni WANITA memang bab2 macam ni cepat sangat menarik perhatian kita kan??  Cuma kali ni aku just copy paste tips yang aku dapat drpd http://www.eh.com.my hehehe....jangan marah yeah, sekali sekala kita cari info macam ni dan share macam tu jer rasanya tak menjadi masalah....

Aku bukan sahaja share macam tu, walaupun FOC sebenarnya. Tapi aku nak ajak korang semua yang rajin melayan blog aku ni, kalo nak perlbagai info yang menarik boleh google dan baca kat web tadi k.  Dulu aku memang fanatik dengan majalah tu, habis baca aku belek jer majalah2 tu tanpa jemu sebab memang suka sangat lah layan EH :)

Makin lama...makin banyak koleksi kat rumah sampai tak tahu nak letak mana...hehe...atlast aku jual kat tokeh barangan terpakai. Laku juga walaupun tak mahal mana, tapi ada juga hasil daripada buang kosong macam tu jer kan...

Tidak semestinya kena manjakan diri ni perlu pergi SPA (walaupun lebih elok dptkan bantuan pro) kannn....Tetapi kadang kita tak bagi keutamaan sangat bab2 pegi SPA ni dalam budget bulanan kita so langkah yang bijak adalah manjakan diri sendiri jer di rumah.

Jom baca k :)

}
}
}
}

# pic kredit to http://aurabiz2u-shop.com.my
 1. Skrub Badan

Trick ini adalah benda yang sama digunakan di kebanyakkan spa terkemuka, cuma yang membezakannya adalah suasana tempat itu dan cara urutan mereka. Antara bahan yang kamu perlukan untuk mengembalikan kulit halus itu adalah:
  • ½ cawan gula perang
  • ¼ cawan minyak zaiton
  • 4 sudu besar madu
  • 2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
Campurkan kesemua bahan itu dan lumurkan ke seluruh badan kamu, biarkan ia kering dan sambil kamu ingin mengeluarkannya urut bahan tersebut perlahan-lahan di permukaan kulit kamu.

# pic kredit to http://nurulaziyana.blogspot.com
 2. Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Sebagai seseorang yang bekerjaya, panda eyes sudah menjadi signature look bagi setiap orang yang melaluinya oleh itu jadikan remedi ini sebagai tabiat dan kamu akan mendapat wajah yang lebih segar before you even know it!

Kamu hanya perlukan:
  • Segengam daun pudina
Tumbukkan daun pudina itu sehingga hancur dan tekapkan pada bawah mata kamu 20 minit pada setiap hari.

# pic kredit to http://anekainfounik.net
3. Masker Rambut

Satu sesi terapi rambut di salon boleh mencecah ratusan ringgit, apa kata kamu cuba resepi ini dan lakukannya sendiri di rumah. Ia bukan sahaja akan melembutkan rambut kamu tetapi pada masa yang sama menguatkan dan memberikan sinar semulajadi. Bahan yang diperlukan adalah:
  • 2 biji telur
  • 5 sudu besar minyak zaitun
  • Beberapa titik minyak Lavender
Adun kesemua bahan tersebut sehingga kamu mencapai konsistensi seperti mayonis, kemudia lumurkan ke seluruh rambut kamu dari akar hingga hujung. Balut dan biarkannya selama 40 minit kemudian cuci sehingga bersih. Ulang terapi ini setiap minggu dan kamu akan mendapatkan keputusan yang sangat mengagumkan.

Selamat mencuba :)

♥ Lunch FaReWeLL 4 My FreN ~ LinDa YuBih ♥

Assalammualaikum...alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk aku mencoret lagi walaupun bahasaku tidak seindah pujangga...hahaha...Takpa yang penting maksud tersurat kesampaian....:)

Kali ni aku nak story pasal majlis makan-makan tengahari (lunch lah babe..) yang kami adakan untuk raihkan my office colleague c Linda Yubih drpd Unit Pembangunan.  Walaupun kami berlainan unit tapi semangat setiakawantetap wujud antara kami...Bukannya kami meraihkan ini kerana kami suka dia takda kat opis yeah (ooooh tidak sama sekali...hehe) (^__^)

Cuma kami gembira sebab dia dapat peluang lain untuk mencari pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam suasana dan tempat baru....Hampir lebih 10 tahun berkhidmat di tempat yang sama, memang patut tukar angin kan??? Akhirnya Linda dapat bertukar utk bertugas di Hospital Tuaran Sabah, dah lama sangat dia minta untuk bertukar ke sana tapi selalu sahaja tiada kekosongan jawatan. Alhamdulillah penantian selama ini akhirnya berjawap.

Jadi untuk itu aku jadi mastermindnya untuk majlis makan-makan kali ini.  Kami just memilih untuk lunch di sebuah restoran yang agak fames juga kat Bandaraya KK ni sebab dlu restoran ni terletak di shopping mall Wisma Merdeka.  Tapi kontrak 20 tahun dah tamat dengan owner kedai kat shopping mall, maka restoran ini mencari tapak baru. Kalo ko orang KK mesti taw restoran ni, Restoran Malindo :)

Aku call restoran ini untuk buat reservation bagi 13 orang (aku dah biasa sangat wat booking dgn restoran ni masa bulan Ramadhan...iftar bsama family). Masa dah set utk lunch. Kami btolak dalam 4 buah kereta. Aku dan Wan Julizah, Ain dan Ann sempat singgah ke kedai kek Strawberry di Damai, Luyang KK untuk beli kek bagi majlis makan2 ni. Lepas dr sana kami direct menuju ke restoran. So korang tahulah cerita selanjutnya kan....mesti lah makan jawapnya :)

Hehe...jom kita layan gambar-gambar yang sempat aku shoot pada hari tu :)

# Kek untuk Linda..Beli 2 sbb nak dptkn 2 flavor :)

# Aksi Lindah potong kek...hahaha...mcm nak sambut Birthday pula :P

# sambil makan sempat juga we all berposing sakan :)

# semua kelaparan daah :P
# Aku jadi ANAK BULAN sekejap....hahaha...Interuption tull :P

# gojes ladies semuanya :D
# mastermind nya....hehehe :)
So untuk Linda, aku ucapkan Good Luck di tempat baru babe....Harap ketemu lagi dan persahabatan tidak akan terhenti disini sahaja...Keep in Touch :)

♥ BOT KERTAS ♥

Salam....isssshkk...mesti u ols heran kan, apa pula post aku kali ni tiba-tiba tajuknya Bot Kertas.  Mana ada bot dibuat drpd kertas....hahaha....jangan tertipu yeah :)

Sebenarnya aku nak sharekan sweet little thing yang dibuat handmade oleh c gadisku Amirah Afiqah.  Dia pandai dah buat Bot drpd Kertas mcm yang kita buat tym kita kecik-kecik dlu...mesti u ols ingat kan??? haaaaa....yang tu lah...ok aku share picturenya ya...kiuttt sgt botnya...hahaha, Mama nya boleh pinjam tuk bersiar-siar di pulau-pulau kat Sabah ni kot...(^__^)


Hargailah hasil tangan anak kita sentiasa :)

♥ Butik Online - ZAWARA ♥

Assalammualaikum....
Alhamdulillah syukur kpd Allah SWT Maha Pencipta yang masih mengizinkan aku untuk mencoretkan kata-kata yang terbuku di hati dan fikiran ini (chewaaah...jiwangnya aku...n___n).  Hari ni aku nak post bab butik-butik online yang tumbuh mcm cendawan selepas hujan kat Malaysia ni :)

Yang ni entry pertama aku untuk u ols k...dan dalam post2 aku berkaitan bab ni aku tak terikat dengan butik online yang femes2 jew, yang kurang dikenali pun aku nak post...nak tolong promote..hehehe..mana taw ada rezki aku ditawarkan FREE GIFT....(berangan tak salah jika tahu bertempat...bait-bait lagu JayJay tu taw..)

Wokeyyy,,,jom kita lawati Butik Online kita yg first ni untuk bulan MEI 2014 ini ya iaitu ZAWARA

Aku ternampak iklan untuk butik ni kat dalam Facebook...dan kalo tak silap aku antara model untuk butik ini ialah artis ANZALNA (manisss nya dia berhijab...) Zawara adalah butik online yang menyediakan jualan untuk HIJAB, AKSESORI, DRESS, TOPS dan BOTTOMS.  Nak tahu lanjut baca kat sini yeah About ZAWARA

Setakat hari ni ada 9 buah butik yang dibuka dibawah jenama ZAWARA di seluruh Malaysia. Iaitu ZAWARA Menara Mara, ZAWARA Shah Alam, ZAWARA JB, ZAWARA Banggi, ZAWARA Wangsa Melawati, ZAWARA Kota Bahru, ZAWARA Kota Damansara, ZAWARA Sungai Petani dan ZAWARA Bangsar. :) Jom klik ZAWARA Outlets

So yang macam aku yang jauh duk kat Sabah ni kalo berkenan sangat nak beli produk ZAWARA, satu jer caranya...beli secara online lah :) Harga yang ditawarkan adalah dalam lingkungan RM99 - RM299 utk satu-satu produk fesyen yang dihasilkan...(telan air liur juga aku dibuatnya tapi sekali sekala shopping online apa salahnya) (^____^) Tapi kenapa harga produk dia mcm tu u ols kalo rajin boleh baca kat sini yeah Standard Harga

U ols yang ada akaun Facebook dan Instagram boleh jadi  follower ZAWARA mulai saat u ols baca entry ni yeah untuk dapatkan info terkini terutamanya SALES...SALES...hahaha....Untuk syarat pembelian boleh lihat kat sini Polisi Pembelian dan ZAWARA tidak menyediakan pemulangan wang pembelian sekiranya u ols tersilap dalam membuat pembelian taw, so make sure betul2 size tu ngam untuk u ols k...boleh baca kat sini berkenaan Polisi Pemulangan dan Penukaran

Okey...dah berkenalan serba sedikit dengan jenama ni kan...Jom kita layan gambar produk yang dijual dalam ZAWARA ni, kalo ada yang berkenan terus boleh beli kat outlets nya yang aku bagi tadi or kalo malas nak jalan sebab panas, jammed or komitmen kerja ataupun jauh beribu batu mcm aku ni...kita shopping online jer lah yeah...:D

# SAFA SATEEN EDGE SHAWL
# LUNA GLITTER SHAWL
# DRESS ADALIA EXCLUSIVE
# DRESS ALICIA BOLD
# DRESS HALINA EXCLUSIVE
# DRESS ALICIA SEQUIN
# METAL BELT
# PRINCESS CUT DRESS SARA
Produk baru akan diuplodkan kelak oleh pihak ZAWARA contohnya untuk Ekxpress Hijab, Ekspress Hoodie, Tops dan Bottoms. So selalu2 lah surf blog ni yeah utk new arrivalnya..Cara nak membuat pembelian u ols boleh refer kat sini k Cara Pembelian :)

Enjou ur online shopping Darlingssssss :D

♥ Followers Yg Setia ♥