~✿ CaRa PeMaKaian HiJab Yang BeTul ✿ ~

Bertudung bukan sahaja trend, malahan ianya adalah satu tuntutan kepada semua wanita Muslim agar menutup aurat. Perkembangan trend bertudung dilihat semakin berkembang dengan adanya fesyen tudung terkini dengan pelbagai warna yang lebih menawan untuk digayakan.

Selain daripada itu juga, si pemakai tudung gemar menjadikan selebriti tanah air sebagai ikon mereka dalam menggayakan tudung. Antara selebriti yang terkenal dengan gaya bertudung mereka adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Datin Norjuma Habib, Wardina Safiyyah dan juga Yuna dimana gaya mereka menjadi ikutan sehingga kini.

Ramai yang memakai tudung tetapi pemakaiannya tidak kena dengan fesyen yang digayakan dan juga tidak mengikut tuntutan syariah dalam panduan menutup aurat.

Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang memakai tudung:

Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat.

Pilihan tudung yang tepat

Jangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah berserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang.

Pakaian harus bersesuaian
Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim.

Pakaian yang singkat dari pinggul
Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang.

Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher
Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung.

Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung.

Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam
Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.


♥ TuBuh SiHaT OtaK CerDas ♥

Anggota tubuh paling utama ini memerlukan penjagaan yang teliti. Kepentingan penjagaannya juga dituntut oleh agama Islam kerana tubuh yang sihat menghasilkan otak yang cerdas. Jika sihat, maka amat mudah untuk anda melakukan segala ibadah yang wajib mahu pun sunat....



♥ Bersenam adalah cara utama untuk mendapatkan tubuh yang sihat, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Pastikan anda bersenam secara sihat dengan mengeluarkan peluh dan tenaga.

♥ Rasulullah SAW berpesan supaya umatnya mandi seawal pagi sebelum masuk waktu subuh kerana air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang mengumpul.

♥ Selain itu, ketika menunaikan solat Subuh, pastikan anda bersujud lama sedikit kerana di kala itu ruang udara yang berada di dalam saluran darah di kepala akan tertutup dengan darah yang akan mengalir ketika sujud.

♥ Islam juga melarang umatnya untuk makan mencampuri makanan darat dan laut kerana sebagai contoh badan ayam mengandungi ion positif manakala dalaman ikan pula ion negatif. Apabila kedua-dua bercampur di dalam perut, ditakuti biokimia yang terhasil akan merosakkan usus anda.

♥ Jika anda mempunyai bajet yang lebih, apa kata sekali-sekala membelai diri di pusat rawatan kecantikan yang bertauliah untuk melakukan skrub di badan. Ia sekaligus dapat membuang segala sel mati. Urutan badan juga mampu memberikan kelegaan. Secara tidak langsung, badan anda akan berasa lebih ringan dan mudah untuk melakukan sebarang pekerjaan.



# Shared from : http://izzeyda-info.blogspot.com

♥ KeLaHiRan AnaK Ke-3 ~ SeOraNg PuTeRi ♥

Bermacam-macam perasaan yang bersarang di hati...berdebar-debar..takut...teruja...susah hati...entah macam2 lah yang Reen rasa, menanti saat kelahiran Baby yang ke-3 ni...lagipun ikut sejarah kelahiran anak-anak Reen yang pertama dan kedua, due Reen akan awal 2 minggu dari tarikh due yang diberi oleh doktor....15.09.2011 sepatutnya tarikh due Reen tapi Baby belum hendak keluar lagi walaupun tanda2 hendak bersalin dah Reen rasakan....aduuuuh!!!!!! :-(

Keresahan yang Reen rasakan menyebabkan Reen tidak lalu hendak makan dan tak lena untuk tidur malam...berdebar memikirkan bila lah Reen nak melahirkan Baby ni...Bila difikirkan kalau sampai 10 hari berlalu dari tarikh due, Reen belum melahirkan...habislah kena 'Induce" lah Reen ni...(kena paksa melahirkan)...Induce perlu dibuat untuk mengelakkan Baby bertambah besar dan risiko melahirkan semakin tinggi....Aaarggghhh!!!! Hebatnya pengorbanan seorang Ibu untuk melalui semua ini!!!! Hari2 terakhir ni memang Reen selalu bercakap dgn Baby dalam perut..."By...bila lah baby maw kuar ni sayang...janganlah lama2 dlm perut Mama..Mama, Bapa dan Abang nda sabar sdh maw jumpa baby"...dalam sehari entah berapa kali Reen ulang kata2 ini.....

Akhirnya selepas 5 hari berlalu dari tarikh due iaitu.....20 September 2011....jam 2.10 pagi, Reen rasakan perut Reen sakit....Reen bangun dari tilam dan keluar ke ruang tamu, on tv dan tunggu lagi...sehingga jam 4.00 pagi sakit perut semakin kerap...dan Reen pasti...sudah sampai masanya....So Reen kejutkan Hubby dan bagitau masanya sudah tiba...Anak2 tinggal di rumah, tak pergi sekolah lah nampaknya anak2 hari ni...Kami menuju ke Hospital Wanita & Kanak2 Sabah @ Hospital Likas...sampai hospital hampir jam 5.00 pagi...Reen diperiksa oleh doktor yang bertugas...hepinya Reen bila doktor mengatakan bukaan Reen sudah 3 cm.....akhirnyaaaa (^__^)

Reen didaftarkan ke Wad Kenangan 1 untuk menunggu saat kelahiran...Reen memang tak senang nak duduk diam..asyik jalan sana jalan sini dan lebih banyak berdiri...semua tips melahirkan yang Reen baca dalam blog Kak Engku (http://bidanbersalin.blogspot.com), Reen cuba utk buat...dan salah satunya ialah untuk memudah kelahiran kita kena berdiri lurus untuk membiarkan kepala baby cepat turun ke bawah...selain daripada mengamalkan doa2 yang berkaitan dengan ibu mengandung  dan saat melahirkan....blog nie memang banyak info yang berguna kepada kita, sila lah layari blog berkenaan ya.... :-D

Hubby temankan Reen sampai lah Reen dapat katil dalam wad berkenaan, agak lama juga menunggu katil kosong sebab memang ramai ibu-ibu yang menunggu kelahiran bayi mereka....Reen dah sediakan semua barang,,.keperluan Baby...keperluan Reen dan satu bakul bahan makan & minum Reen semasa dalam wad nanti...sayangnya Hubby Reen hanya bawa keperluan pakaian manakala keperluan makanan minuman yang Reen sediakan dalam bakul tertinggal dalam kereta lah pula...Hubby cakap dia akan bawa naik barang berkenaan masa lawatan tengahari nanti....

Jam 11.30 pagi sakit perut Reen memang sudah tidak tertahan lagi...dengan teknik pernafasan yang betul (Reen baca dan belajar dari blog Kak Engku)...Reen berjaya kurangkan sakit menunggu kelahiran...tetapi sakit yang semakin kuat selang 2 minit menyebabkan Reen memanggil jururawat untuk memeriksa bukaan Reen...Seorang doktor datang, bila diperiksa rupanya bukaan Reen sudah 8cm...Waaaahh!!! kelam kabut juga mereka sebab Reen perlu dihantar direct ke Labour Room dengan serta merta...hahahaha...Funny juga bila ingat saat tu sebab doktor tu memang panik bila dia check bukaan Reen sudah sampai tahap 8cm...iyelah kalau dah smpai 10cm bukaan penuh, Reen dah boleh Push Out Baby tu sepatutnya....Teringat kat Huby, kesian Hubby tinggal 1/2 jam lagi dia boleh masuk melawat Reen dan bawa makanan & minuman Reen, tapi sdh tak sempat....

Hampir sejam dalam Labour Room...Reen masih tak dapat nak Push Out Baby...tapi kepala Baby dah boleh nampak...Kenapa???? Mungkin kerana sudah 8 tahun tidak melalui saat kelahiran...tapi yang pasti Reen tiada tenaga untuk Push...?? Sebab LAPAR....Iyelah kerana binggung dengan due date melahirkan menyebabkan Reen mengabaikan waktu tidur (waktu rehat) dan makan minum dalam seminggu ni....hahaha..susah hati kan...akhirnya Reen sendiri yang tidak cukup tenaga bila sampai waktu untuk melahirkan....selepas diberi minum air dalam 1 gelas...Reen cuba Push lagi...Fuuuuhh!!! Masih terngiang2 lagi suara seorang jururawat tu..bila dia cakap "Dur..ko kena push habis juga sekuat hati, kalo Baby mu nda keluar juga dalam 15 minit trpaksa lah ko pegi Caesar Room nie".....Duppppp!!! Mahu putus jantung Reen bila dengar macam tu...dalam hati berkata..."Aku tak mahu dipotong!!!!"hahahaha..tahu takutttt....Reen tutup mata dan Push sekuat hati selama mungkin...atlast...."Uwekkkkkkk..." dengarlah suara Baby Reen.....huuuuu....Reen rasa macam ada batu besar yang baru terlepas dari perut Reen...rupanya itulah kepala Baby Reen....yang akhirnya berjaya keluar tanpa sebarang komplikasi....masa kelahiran 12.18 tengahari....(kalau tak silap Reen...hihihi)

Doktor & jururawat  minta Reen meneka Jantina Baby Reen....dan dengan happynya Jururawat memberitahu....Betullll.....apa yah???  Baby Perempuan lah....Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dengan berat 3.0kg dan G6PD normal.....Reen selamat melahirkan Baby Perempuan yang sihat dan cukup sifat......(^__^)

 Labiuuuuuu Baby ♥ 



♥ PeMiLiHan FabRik TuDUnG SeSuAi Dgn GaYa AnDa ♥


Pernahkah anda merasa kekok dan tidak selesa memakai tudung atau selendang semasa menghadiri sesuatu majlis? Jika ya, apakah penyebabnya? Adakah kerana gaya tudung yang dibentuk tidak cantik atau fabrik yang digunakan tidak bersesuaian dengan majlis yang anda hadiri? Sudah pasti kedua-duanya bukan?

Tip kali ini akan membantu anda untuk tampil lebih selesa dan menarik mengikut situasi dan juga acara yang anda hadiri. Tidak kiralah majlis formal atau santai mahupun hanya untuk ke pusat membeli belah. Semuanya boleh anda aplikasikan untuk keselesaan diri sendiri.


♥ FABRIK VOILE ♥

Tudung bawal sudah sinonim buat mereka yang bertudung di negara ini kerana kainnya yang tidak terlalu lembut atau keras dan mudah untuk dibentuk serta digayakan ke pelbagai acara. Antara acara dan tempat yang sesuai bagi pemakaian kain tudung bawal seperti ke pejabat, sesi temu duga atau ke majlis-majlis formal. Ini kerana, tudung bawal dihasilkan daripada sejenis fabrik yang nipis dan lembut yang berasal dari kapas, sutera atau rayon atau lebih dikenali sebagai fabrik voile. Bagi penggayaan untuk fabrik ini pula, anda hanya perlu melakukan gaya atau lilitan yang ringkas dan kemas tanpa penambahan aksesori yang banyak. Tetapi perlu diingat, pilih warna yang lebih lembut dan terang berbanding baju yang dipakai.

 ♥ FABRIK SIFON ♥
Anggun dan mewah adalah ciri utama fabrik sifon. Sifatnya yang mudah tercarik disebabkan kainnya yang nipis menyebabkan anda perlu berhati-hati semasa memakainya. Acara yang sesuai untuk anda menggayakan tudung yang diperbuat daripada kain sifon ini adalah acara yang tidak memerlukan anda bergerak terlalu banyak dan bukannya majlis yang glamor. Mungkin anda boleh memakai tudung dari jenis fabrik sifon ke majlis minum petang. Cara penggayaan pula, anda boleh memilih untuk melakukan sedikit lilitan dan ditambah dengan aksesori yang ringkas. Tetapi pastikan aksesori tersebut bukan jenis yang mudah tersangkut atau mengoyakkan fabrik. takut-takut nanti fabrik tudung yang anda pakai terkoyak semasa majlis berlangsung.




♥ FABRIK LYCRA ♥
Kebanyakkan tudung yang dihasilkan daripada fabrik lycra adalah jenis tudung segera. Fabrik lycra mempunyai ciri sejuk yang mudah dibentuk serta labuhnya jatuh dengan elok sekali. Biarpun, kebanyakan tudung segera boleh menampakkan anda lebih matang. Ia adalah fabrik tudung yang paling sesuai untuk anda melakukan aktiviti lsak, bersenam atau ke pantai. Selain itu, fabrik lycra ini juga mudah untuk dibentuk dan tidak timbul masalah tudung berubah kedudukan asalnya. Fabrik seperti ini sesuai jika anda melakukan gaya ringkas yang tidak akan mengganggu aktiviti anda. Pin sahaja di bawah dagu sematkan kerongsang pada kedua-dua bahagian hujung tudung di bahu kiri dan kanan.

 








♥ FABRIK SATIN ♥
Kini selendang kebanyakkannya dihasilkan daripada fabrik satin. Biarpun tampak cantik tetapi selendang yang dihasilkan daripada fabrik ini sukar untuk dibentuk. Tanpa penggunaan anak tudung keras, pastinya sukar untuk anda memperoleh gaya tudung yang dikehendaki. Tudung mahupun selendang yang dihasilkan daripada fabrik satin ini sangat sesuai untuk dipakai ke majlis semi-formal. Walaupun fabrik jenis ini sukar untuk dibentuk, tetapi ia sangat menarik apabila digayakan. Jadi, lakukan lilitan ringkas dan ditambah dengan aksesori yang sesuai. Jangan pula lilitan atau aksesori terlalu sarat kerana ia akan merimaskan anda akhirnya.



♥ FABRIK SILK ♥
Untuk ke acara glamor, mungkin anda boleh menggayakan tudung yang dihasilkan daripada fabrik silk. Ciri fabriknya yang lembut, licin dan berkilat pasti menimbulkan aura glamor pada si pemakainya. Namun, begitu harus diingat fabrik ini sukar untuk digayakan jika anda tidak tahu cara pemakaiannya yang betul. Oleh itu, jangan lupa memakai anak tudung yang mempunyai pengeras dihadapannya dan gunakanlah jarum serta kerongsang yang tajam agar tudung anda tidak tercarik.

Dengan fabrik yang glamor ini, anda boleh bergaya dengan apa jua aksesori yang anda inginkan. Yang pasti aksesori itu bersesuaian dengan baju yang dipakai. Lilitan juga boleh dilakukan secara lebih ringkas tetapi memberi impak glamor. Jika anda tidak pandai untuk menggayakan tudung dengan gaya yang lebih glamor, cukup jika melakukan lilitan biasa. Tambahkan sahaja aksesori yang lebih menyerlah pada bahagian kepala atau sanggul. Lebih baik jika aksesori jenis juraian permata.


Cara dan gaya tudung yang dikenakan harus mementingkan kekemasan dan keselesaan kepada anda kerana ia melambangkan keperibadian seseorang. Penampilan bertudung ini juga perlu diselaraskan mengikut beberapa faktor penting iaitu faktor majlis, jenis pakaian dan warna pakaian.

♥ MAJLIS ♥
Anda perlu memastikan sama ada majlis yang ingin dihadiri adalah majlis formal atau majlis tidak formal. Hal ini kerana dalam majlis formal anda perlu kelihatan lebih eksklusif dan tampak elegan. Manakala dalam majlis tidak formal seperti bersama teman dan keluarga, gaya pemakaian tudung sesuai jika kelihatan santai dan kemas.

♥ JENIS PAKAIAN
Tudung yang hendak dipadankan dengan pakaian mestilah berdasarkan jenis pakaiana itu sama ada dari  fabrik bercorak atau tidak. Kebiasaannya, apabila pakaian yang dikenakan tidak mempunyai corak polos, tudung yang menjadi pilihan adalah tudung yang bercorak. Begitu juga sebaliknya.

♥ WARNA PAKAIAN ♥ 
Lebih baik jika warna tudung yang dipakai lebih menyerlah daripada pakaian itu sendiri. Penampilan seorang muslimah lebih menarik jika ia dilihat pada pemilihan warna tudungnya.


SumBer # http://izzeyda-info.blogspot.com

♥ MaKaNan SiHaT UnTuk TuBuH BaDaN ♥

Makanan yang sihat adalah tubuh badan kita menerima khasiat lebih dari kalori yang ada di dalam makanan tersebut.

Untuk memastikan anda mengetahui khasiat tubuh badan yang diterima, pastikan pengambilan makanan sihat diambil dengan kuantiti yang mencukupi setiap hari agar ada keseimbangan di dalam badan.

♥ Bijirin
Untuk pengetahuan semua, bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding beras putih yang telah diproses. Bijiran yang telah diproses menghapus vitamin, zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan dalam badan. Khasiat bijirin adalah meningkatkan tahap imun (ketahanan) dalam diri, merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko diabetes, menghalang obesiti, sakit jantung mengurangkan asma dan bermacam-macam lagi. Antara makanan yang diperbuat dari bijirin adalah roti, pasta,oat dan nestum.

♥ Sayur-sayuran
Ubi keledek lebih kurang kalori berbanding ubi kentang, ianya juga lebih manis dan memiliki vitamin c dan fiber yang diperlukan badan. Ubi keledek juga mampu menghalang dari penyakit kanser, mengurangkan kolestrol dan meningkat ketahanan diri. Banyak kajian menunjukkan ubi keledek lebih berkhasiat berbanding sayuran lain seperti, lobak merah, brokoli dan bayam. Makanan ini juga sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga sekitar berusia 6 bulan. Makanan ini memang sesuai untuk makanan pertama bayi.Cili benggala amat tinggi dengan kandungan vitamin c dan juga merupakan sumber vitamin dan mineral. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari. Cili benggala merah juga amat baik untuk kesihatan.Bayam sangat berkhasiat dimana mengandungi beta karoten, zat besi, kalsium, vitamin B6.

♥ Buah-buahan
Antara buah buahan yang menjadi pilihan untuk mendapatkan zat yang mencukupi adalah buah pisang, buah oren, mangga dan juga kiwi. Bukan sahaja sedap malahan mempunyai vitamin A,C dan beta karoten. Buah-buahan ini juga membantu menguatkan tulang dan juga melancarkan system penghadaman kita.

♥ Produk Tenusu
Pastikan anda memilih produk tenusu yang asli dan segar. Produk tenusu mengandungi khasiat yang tinggi kalsium,membantu penghadaman dan meningkatkan tahap imun. Ia juga sumber protein yang baik.

♥ Daging dan Kekacang
Soya dan juga tauhu memang bagus untuk kesihatan dengan mengandungi pelbagai khasiat termasuk protein, tinggi kandungan asid lemak,pelbagai vitamin dan juga fiber.Daging kualiti terbaik protin, zat besi. Juga mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium.

♥ Ikan Salmon
Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik untuk protien, vitamin D, selenium dan vitamin B6. Anda boleh membuat sendiri resepi salmon mengikut citarasa anda, namun titik beratkan cara pembuatannya dimana kurangkan penggunaan minyak dan juga bahan yang boleh memusnahkan zat yang ada di dalam makanan ini.



# Sumber ~ 

♥ FaMiLy DaY BhgN PenGuRuSan (JKN SaBaH) 2012 ♥

Pada 25.02.2012 yang lalu Jabatan Reen telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga bagi semua bahagian di JKN Sabah bertempat di Pantai Tg Aru KK...Sebenarnya hampir tiap-tiap tahun Reen rasa, event ini diadakan di tempat yang sama...Ada juga rasa boring tapi apa boleh buat bukan Reen yang tentukan tempat event ni akan berlangsung kan....yang penting lokasi dekat dan semua orang dapat hadir...hehehehe.....betul tak??? Tapi ada juga yang tak dapat hadir.....tak perlahh....


Reen datang dalam jam 8.00 pagi bersama 2 orang anak Reen..anak Reen yang sulung tak dapat join sama ke event ni sebab ada acara juga di sekolah nya yang wajib dia hadiri...sedih juga dia takda...Mmmm, sebenarnya event dah pun bermula seawal 7.30 pagi dengan senaman aerobik yang di ketuai oleh Dr. Azlihanis (Bhgn KA) dan kru-kru aerobiknya...Reen tak dapat nak join apa-apa aktivit tahun ni sbb Reen dah ada 'permata hati' yang harus dijaga...kalau ikut malas nak datang sebab takut cuaca panas dan angin laut akan membuat kan permata hati Reen seorang tu kurang selesa dn akan menyebabkan dia sakit.  Tapi memandangkan tahun lalu 2011 Reen tidak join event yang sama maka Reen ambil keputusan untuk datang juga walaupun sekejap untuk menunjukkan komitmen kita pada Jabatan dan rakan sekerja yang lain...hehehehe :))

Tahun ini Reen cuma jadi pemerhati dari kejauhan, banyak aktiviti yang Reen tidak join.  Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Aerobik Pagi, Sukan Tarik Tali, Keretapi dan Cabutan Bertuah....Ada acara potong kek lagi oleh Pengarah dan semua Timbalan Pengarah...Reen tak begitu bertuah, seperti tahun-tahun yang sudah masih juga Reen tdk memenangi apa-apa cabutan bertuah...belum lagi 'Lucky' tu sampai-sampai pada Reen...hehehe...Hadiah cabutan bertuah tahun ni Reen dengar memang Grand habis, macam-macam ada...sampai harga ribu-ribu pula tu satu hadiah....tapi desas desus yang tidak sedap di dengar ialah sepatutnya Tiket Bertuah tu hanya diedarkan kepada staff sahaja tapi ini sampai pelajar KSKB pun dapat...akhirnya ada staff yang datang lewat di event ni tidak dapat tiket bertuah sebab kehabisan tiket...huhuhuhu!!!!  Bukan nak tuding jari pada mana-mana pihak tapi pelajar KSKB tu datang hanya sebagai tetamu undangan bagi memeriahkan acara aerobik sahaja...mana tak tiket habis, pelajar yang datang memang ramai betullll.....@__@


Apapun next year 2013 Reen harap urusetia event akan belajar sesuatu drpd kelonggaran penganjuran event pada tahun ini...bukan apa kalo ramai sangat staff yang tak puas hati takut nanti takda staff yang nak hadir event sebegini lagi pada masa akan datang....hahaha...bagi Reen semua ok sebab pada hari event Reen balik awal dalam jam 10.00 pagi sebab cuaca semakin panas...jadi Reen enjoy jak pada pagi event tersebut....hahaha...Next year 2013 Reen harap dan berdoa kalo umur panjang, BFF Reen c Umiy Izzah & Sweet ShySue akan dapat hadir memeriahkan lagi event Family Day ini....:))

Daaaaaa......Salam sayang ^__^


♥ KaRaOke ~ Antara AktiViti SanTai BerSaMa TeMan SePeJabat... ♥

Karaoke...ooooh...karaoke...Mmmh jangan pandang sinis dengan aktiviti santai ini..Bukan bererti kalau hati nak berkaraoke kena tunggu jam menunjukkan pukul 8.00 malam ke atas sehingga 2-3.00 pagi tawww...pakai seksi2 lepas tu kena pergi ke pub atau pusat hiburan malam....Sebenarnya aktiviti santai ini boleh kita lakukan waktu siang semasa waktu rehat tengahari waktu bekerja, biasanya girlish macam Reen akan pergi tym hari Jumaat sebab waktu rehat panjang sikit...

Suara Reen tidaklah semerdu Dato Siti Nurhaliza..ataupun bernada tinggi bak Jaclyn Victor...jauh sekali serak-serak basah seperti Stacy AF...tapi suara yang ada cukup untuk mendendangkan lagu kegemaran hati...Bila tiba bulan terang (PayDay), biasanya pada Jumaat pertama selepas Bulan Terang Reen dan teman-teman sepejabat akan bersepakat untuk pergi ke Karaoke di KK Box Komplek Karamunsing di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu...sebab dengan harga pakej RM12++ sekepala bermula jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang pada Weekdays... Reen dan kawan-kawan dapat menikmati pelbagai menu set lunch yang disediakan...bilik ber'karaoke' yang selesa dan mantap....Kadang-kadang Reen dan kawan-kawan akan menyambut Sambutan Hari Lahir di sini juga....

Bukan selalu juga Reen berkaraoke, tengok juga keadaan...apapun cara sebegini mampu mengeratkan hubungan persahabatan dengan kawan sepejabat yang lain...dapat juga menghilangkan stress dan penat bekerja di pejabat...sebenarnya bukan hanya dengan kawan-kawan boleh pergi ke sini untuk berkaraoke..dengan family dan anak-anak pun tiada masalah cuma untuk anak-anak tu biarlah umurnya 8 tahun ke atas sebab kesian dengan anak-anak nanti tdk tertahan dengan bunyi muzik yang terlalu kuat..(sebab kalau sound tak kuat mana best nak karaoke kannnnn....)
 

♥ MEI 2011 ~ KanDunGan Ku MenCaPai Usia 21-22 MinGGu Daaaahh!!! ♥

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT...sedar tak sedar janin dalam kandungan Reen kini sudah berusia hampir mencecah 21 minggu...bermacam-macam perkara yang Reen alami sepanjang tempoh mengandungkan janin yang seorang ni..pembawaaan lah katakan, antaranya Reen kuat tidur...hahaha...tidak dapat minum produk tenusu...tak dapat makan ayam/daging, malas hendak menyulam manik/labuci tetapi sangat rajin memasak...hahaha...nanti Reen ceritakan satu persatu pembawaan Reen pada awal kandungan ini ya..tapi semua yang Reen alami memang satu pengalaman yang berbeza dari 2 kandungan Reen sebelum ini :-D

Ok..pertama sekali..pembawaan Reen yang "Kuat Tidur"..hahaha...Mrs Sleepy...Reen ni kalo sampai pejabat memang awal sebab Reen ikut hubby hantar Wan Marzuqi @ Pooh pergi sekolah, bertolak dari rumah jam 6.00 pagi...kebiasaannya Reen akan sampai pejabat dalam jam 6.40 pagi...waaaah, awal ker tu?? Masa bekerja Reen adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang, so maksudnya memang panjang juga masa Reen yang ada untuk jd Mrs Sleepy..hihihi...selalunya Reen akan sarapan sedikit (panaskan perut...) sebelum melelapkan mata yang terlalu mengantuk ni (padahal malam sebelumnya memang cukup tidur taw....). Jarum jam di tangan menunjukkan hampir jam 7.00 pagi, apalagi...Reen akan betulkan kedudukan kerusi dan ambil 2 biji bantal yang memang khas Reen sediakan untuk Landing Time...hahaha...so tunggu apa lagi, Reen pun memulakan pelayaran Reen ke alam mimpi...sampai jam berapa?? Jangan terkejut Reen tidur sampai jam 8.30 pagi taw...Syukur Reen dapat Bos yang baik hati (Pn Roza)....dia tak sampai hati hendak mengganggu tidur Reen..dibiarkannya Reen tidur dan tidur!!!! Apakan daya bukan kehendak Reen tapi memang mata tdk dapat ditahan-tahan bah!!! Dulu masa mengandung anak pertama dan kedua, Reen tidak pernah macam ni..Reen sangat aktif walaupun tengah berbadan dua. Pernah Reen skip tidur pagi, bahana nya Reen sakit kepala dan pening sampai ke petang...atlast Reen balik awal untuk berehat...bukan setakat 3 bulan pertama jak Reen jd Mrs Sleepy tp sepanjang tempoh kehamilan 9 bulan ini lah...Nasib Bos dan kawan-kawan opis paham...TQ all...XOXOXO...


Pembawaaan yang kedua yang Reen rasa ketara sangat ialah perut Reen tidak dapat menerima sebarang bentuk makanan atau minuman yang berasaskan tenusu...Means, Reen tdk dapat minum susu..makan yogurt..cheese pun tdk dapat...Soya mcm Melilea pn tdk dapat minum...Huhuhu :((

Mcmana Reen tahu...sebabnya pada satu hari selepas Reen minum Susu Soya Melilea (amalan Reen sebelum mengandung lagi..), tidak lama selepas itu Reen sakit perut seperti orang keracunan makanan dan Reen muntah-muntah...hehehe..mulanya Reen tak perasan itu penyebabnya so keesokan harinya Reen minum lagi....sekali lagi, Reen alami simptom yang sama tapi lagi teruk sampai rasa tak sihat badan dan Reen call opis mohon Cuti Rehat...Mmmmh...Dulu masa mengandung anak pertama dan kedua semua jenis makanan dan minuman Reen dapat ambil malah semasa mengandung anak kedua Reen, minuman wajib Reen mesti ada ialah Susu Soya....

Itu susu soya...Reen cuba susu lembu pula...hehehe mcm susu Dutch Lady tu...baru ambil 2-3 sedutan dari minuman kotak trsebut, tidak sampai 15 minit perut Reen sakit dan Reen rasa mahu pitam...atlast susu yang Reen beli sampai 2-3 kotak Reen bagi pada anak-anak Reen...bukan setakat susu perasa asli..perasa strawberry dan coklat pun Reen rasakan simptom yang sama...Beli lagi Susu Anmum..Huhuhu..sama juga...adoiiiii...sakit jiwa juga Reen...Makan cheese dgn bread pun sama juga...pening dah!!!  Mesti hairan mengapa mesti nak ambil susu kan atau semua yang diperbuat daripada susu...Kan Ibu Mengandung perlukan extra kalsium...atlast Reen give up...So Reen mengadu dengan Jururawat & Doktor di Klinik Kesihatan.  Mereka sarankan Reen ambil hati ayam...sayur bayam...dan bilis...So oleh kerana Reen tak pandai makan hati ayam dan sayur bayam...Jadi jawapnya Reen amalkan makan Bilis sebagai makanan sampingan Reen..selain dapat menambah Kalsium...Reen juga dapat menambah sel darah dalam badan...

Bila makan ayam dan daging pun Reen akan rasa ketidakselesaan yang sama...Ertinya Reen tak dapat lah lagi makan KFC...kesian juga dengan Pooh sebab makanan kegemarannya ialah KFC...kami pegi KFC juga bawa Pooh makan tp Reen cuma dapat makan Wedges....Hampir 6 bulan kandungan Reen tak dapat makan itu dan ini...Reen cuma dapat minum Milo O, Horlicks O dan Jus Buah-buahan...Sebab teh dan kopi memang terpaksa tolak tepi...makanan pula semua berasaskan Ikan sahaja....hehehe..cerewet juga pembawaan Reen kali ini ya..kadang terfikir juga habislah baby Reen, kulit akan jadi gelap lah nie sebab asyik-asyik minum Milo O saja.... (^__^)

Ok habis cerita bab makan dan minum...hehehe..beralih pula kepada hobi yang Reen suka buat sebelum ini iaitu memanik dan membuat labuci/manik pada baju kurung...dulu semasa mengandung anak pertama dan kedua memang Reen punya pembawaan ialah Reen suka buat kerja-kerja tangan seperti buat crossticth, menyulam dan memanik...Tetapi bila mengandung anak ketiga ni memang langsung tidak ada hati Reen nak buat semua tu...nak tengok kota manik-manik pun Reen tak ada selera...hahaha tapi Reen suka masak...macam-macam resipi masakan Reen cuba...penat macamana pun lepas kerja Reen tetap akan masak-masak di dapur...padahal dulu tak lincah sangat pun ke dapur....

Macam-macam pengalaman yang Reen alami semasa mengandung anak ketiga ni...ini baru cerita pembawaan..sebenarnya banyak lagi yang Reen rasakan berbeza daripada kandungan sebelum ini tapi itu antaranya yang nyata sekali tertonjol...belum lagi bab Reen masuk hospital selama 5 hari 4 malam gara-gara kena jangkitan dekat leher dan terpaksa dibuat pembedahan kecil sebab takut effect pada baby dalam kandungan yang masuk 22 minggu....hahaha...lepas tu kena ambil ujian kencing manis dalam darah..kena cucuk jarum 2-3 kali...huhuhuhu....pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang hayat...apapun setiap kandungan masing-masing ada keistimewaannya...Doa Reen semoga anak yang akan Reen lahirkan sihat walafiat dan sentiasa menjadi anak yang soleh @ solehah :))

♥ Followers Yg Setia ♥