Selain daripada itu juga, si pemakai tudung gemar menjadikan selebriti tanah air sebagai ikon mereka dalam menggayakan tudung. Antara selebriti yang terkenal dengan gaya bertudung mereka adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Datin Norjuma Habib, Wardina Safiyyah dan juga Yuna dimana gaya mereka menjadi ikutan sehingga kini.
Ramai yang memakai tudung tetapi pemakaiannya tidak kena dengan fesyen yang digayakan dan juga tidak mengikut tuntutan syariah dalam panduan menutup aurat.
Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang memakai tudung:
✿ Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut ✿
Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis
panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda
memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut
pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang
terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak
rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda
haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga
rambut lain tidak dapat dilihat.
✿ Pilihan tudung yang tepat ✿
Jangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah berserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang.
✿ Pakaian harus bersesuaian ✿
Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan
anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung
untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak
menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang
singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu
merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim.
✿ Pakaian yang singkat dari pinggul ✿
Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang
pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi
paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian
yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak
sebahagian badan kita di belakang.
✿ Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher ✿
Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian
dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara
sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat
leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung
yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di
bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai
tudung.
✿ Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala ✿
Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang
terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah
kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di
tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang
boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung.
✿ Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam ✿
Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung,
banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut
mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan
tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.Sumber : Nadia Najib | Tupai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan