♥ Doa KeTiKa SuJuD AkHir ♥

Assalammualaikum semua...
Seperti yang kita ketahui bahawa dalam Solat iaitu sewaktu bersujud, kita sebenarnya berada amat hampir dengan Allah SWT. Di ketika dan saat itu maka katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah SAW :
“Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

Maka dengan itu kita haruslah mempergunakan peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan doa dan berzikir...Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti sebagai umatnya. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah Doa Yang Dibaca Sewaktu Sujud Akhir dalam solat.  

Doa tersebut adalah seperti berikut :-
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud :-

“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”

Mendengar itu para sahabat bertanya: 
“Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”

Jawab baginda: 
“Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Sahabat Menjawab: 
“Bahkan !” 

Rasulullah menyambung: 
“Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat. Amin :))

♥ MaiNan WarNa MamPu CeRiaKan HaRiMu ♥

Kerja-kerja di pejabat yang tidak pernah habis, kadang-kadang bersambung pula di rumah. namun, kesibukan kerja yang tidak kesudahan pasti membuatkan rumah tunggang-langgang, apatah lagi 'kemesraan' anak-anak dengan barang-barang permainan mereka.

'Rumahku Syurgaku' Walaupun penat dengan kerja-kerja pejabat, semua ini akan hilang apabila anda berada di rumah. Dekorasi rumah yang cantik dengan warna-warna yang mendamaikan mampu memberi efek kebahagiaan pada anda sekeluarga.

Menurut Leslie harrington, penasihat warna di Old Greenwich mengatakan apa-apa warna yang diaplikasikan di dinding rumah anda dapat dijadikan alat untuk mempengaruhi emosi dan tingkah laku.

Sebab itulah, idea penggunaan warna dalam menciptakan rumah yang sihat adalah penting. Walaupun tidak dibuktikan secara ilmiah, anda boleh memilih warna-warna yang dominan. Jadi, bagi anda yang buntu untuk menarik mood, gunakan warna-warna ini untuk menceriakan hari anda.

Ruang Tamu
Warna Terbaik : Merah, Kuning, Jingga, Coklat & Krim
  • Gerbang utama rumah yang digunakan untuk menyambut tetamu. Untuk menimbulkan rasa lebih nyaman dan tenang, pilihlah warna-warna yang mampu menarik tetamu atau keluarga untuk berbual-bual.
  • Menurut Kate Smith, penasihat warna di Lorton, warna merah, kuning, jingga, coklat dan krim mampu mendorong orang untuk duduk dan berborak-borak. Malah warna-warna ini juga boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

  
Dapur
Warna Terbaik : Merah, Kuning, Biru dan Putih
  • Menghabiskan masa di dapur bersama ibu tercinta semasa kecil dapat mengembalikan kenangan kepada anda. Warna biru dan putih adalah pilihan warna yang terbaik untuk anda dan keluarga.
  • Masih tidak tahu warna yang diinginkan. Cuba pilih warna merah atau kuning, sama seperti ruang tamu. Walau bagaimanapun, bagi anda yang sedang menjalani program diet perlu berhati-hati kerana warna ini boleh mendorong anda untuk mengunyah dengan lebih banyak. Sebab itulah, banyak restoran yang menggunakan warna merah sebagai dekorasi dinding mereka.
  • Malah, menurut Leslie Harrington, jika anda sedang berdiet, buang warna merah dari dapur anda.

Ruang Makan
Warna Terbaik : Merah
  • Jika anda elakkan ruang dapur daripada warna merah. Sebaliknya, ruang makan boleh dijadikan pilihan yang baik. Sentuhan warna merah pada ruang ini akan meningkatkan nafsu makan tetamu yang diundang.
  • Menurut Leslie Harrington, mempunyai ruang makan yang berwarna merah akan membuatkan orang atau tetamu berfikir bahawa tuan rumah mempunyai kemahiran memasak.


Bilik Tidur
Warna Terbaik : Biru, Hijau dan Warna-warna Lembut
  • Tempat untuk anda merehatkan badan dan melakukan keintiman bersama pasangan yang sah. Aplikasikan warna-warana yang lembut dan menyejukkan kerana ia membantu menciptakan kesan yang menenangkan.
  • Sebaliknya, warna-warna yang gelap akan memberi kesan yang berlawanan. Contohnya, warna merah lebih cenderung untuk meningkatkan tekanan darah dan denyutan jantung.


Bilik Mandi
Warna Terbaik : Putih dan Warna-warna Hangat
  • Warna-warna ini sering dikaitkan dengan kebersihan. Fungsi bilik mandi bukan sahaja tempat untuk membersihkan badan tetapi tempat untuk relaks dan memanjakan diri.
  • Kebanyakan anda akan merasa lebih nyaman dengan warna biru, hijau atau hijau laut kerana warna ini akan memberikan efek bersih, segar dan menenangkan.

Bilik Pejabat
Warna Terbaik : Hijau
  • Warna ini boleh membangkitkan produktiviti kerja yang optimal. Sebab itulah, semakin cepat anda menyelesaikan kerja-kerja pejabat, semakin banyak waktu untuk anda menghabiskan masa bersama keluarga dan teman.
  • Warna hijau adalah pilihan yang tepat kerana ia dapat meningkatkan tumpuan semasa bekerja.

Lebih Bertenaga Ketahui Rahsianya...

Kerja-kerja di pejabat selama 6-8 jam setiap hari menuntut anda untuk lebih produktif dan bertenaga. Kadang-kadang waktu rehat terpaksa disingkatkan, memikirkan kerja yang menimbun. Lebih menyedihkan, mungkin badan anda kehabisan tenaga sebelum waktunya. Secawan kopi sebagai teman, belum tentu dapat menghilangkan kepenatan dan rasa mengantuk. Jadi, cuba rahsia ini. Anda mungkin boleh lakukan dalam masa 10 minit sahaja.

'Bermain' Dengan Air
Anda tidak perlu bersusah payah mencari kolam renang semata-mata untuk menyegarkan badan. Jika anda ingin mengembalikan kesegaran pada kulit wajah, cukuplah dengan pergi ke tandas dan percikkan air sejuk ke muka ketika rasa mengantuk mula melanda.

'Berkawan' Dengan Matahari
Nikmati 'sarapan pagi' dengan berjemur di bawah matahari selama 10 minit. Keadaan ini akan membuatkan fikiran anda lebih segar. Panahan sinaran matahari secara langsung juga dapat membantu badan anda dalam memperolehi vitamin D dan serotonin (hormon yang berfungsi memperbaiki mood dan membuatkan tidur anda lebih nyenyak pada waktu malam).

Dekorasi Meja Kerja
Pening kepala memikirkan keadaan meja kerja yang berterabur dan berselerak. Cuba ambil masa 10 minit untuk menata rias meja kerja anda. Ubah dan atur barang-barang di atas meja seperti foto keluarga, buku, telefon dan komputer. Buang segala kertas dan benda yang tidak diperlukan. Cara ini bukan sahaja untuk menenangkan hati tetapi membantu anda agar dapat bekerja dengan lebih efektif.

Gunakan Tangga
Menurut Christine Gerbstadt dari American Dietetic Association, melakukan aktiviti seperti naik dan turun tangga selama 10 minit dapat membantu pengaliran darah yang baik.



# Sumber ~ Majalah Rapi

♥ FesYen BerTuDunG ~ 1 ♥

Entah macamana topik kali ni menjadi pilihan hati...Mmmh mungkin sebab sekarang ni bertudung bukan sudah dianggap kepada amalan menutup aurat seperti yang dituntut dalam Agama Islam tapi sudah lebih cenderung kepada Fesyen....


Fesyen bertudung ni kalo betul cara pemakaiannya memang akan nampak manis, ayu dan dlm masa yang sama akan menerbitkan aura muslimah yg menjadi contoh baik kepada masyarakat umum...Tapi kalo terlalu ghairah mengikut tuntutan Fesyen hinggakan lupa cara bertudung dengan betul maka akan nampak peliklah si pemakai tudung tadi....Bukan pula niat untuk menutup aurat tercapai tetapi mengundang orang sekeliling bercakap yang kurang baik (hihihi...pendek kata percuma kena kata umpatan....jan marah sbb diri sendiri puncanya...). Dan yang paling dashyat timbul FITNAH...huhuhu nauzubillah...

Tapi apapun Reen sebenarnya bukan ingin berbahas tentang perkara tu...yang penting Reen nak sharekan beberapa gambar Fesyen Bertudung Terkini yang bagi Reen nampak ok lah dan boleh menjadi pilihan untuk fesyen bertudung...artis pun ada...bukan artis pun ada...hehehe...jom kita layan yeah :-

# Tis pic credit to
izzansalwana.blogspot.com

# Tis pic credit to www.ohbulan.com
# Tis pic credit to
www.wstarz.com

# Tis pic credit to
www.wstarz.com

# Tis pic credit to
trigyy.com

# Tis pic credit to theginga.net

# Tis pic credit to
muslimtudung.blogspot.com

# Tis pic credit to
www.cayob.com

# Tis pic credit to www.mijamedia.com
# Tis pic credit to http://gadisdanblog.blogspot.com
Ok ar..smpai sini dulu nnti Reen uplodkan lagi yeah....daaaaa >_<

♥ LaPaN (8) PunCa MeTaBoLisMe TuBuh BerKuRanGan ♥


Ramai yang tidak sedar bahawa diet yang salah boleh menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun dan membuatkan program diet gagal dijayakan. Pengurangan kalori secara mendadak boleh menyebabkan metabolisme semakin lemah dan tubuh sukar untuk menjalankan proses pembakaran lemak dengan sebaiknya.

Biarpun anda berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh masa yang singkat, namun ia terus menjadi statik dan kemungkinan akan kembali meningkat dalam tempoh tertentu. Terdapat pelbagai kesalahan yang sering anda lakukan ketika berdiet yang boleh memperlahankan kadar metabolisme tubuh. Antaranya:-

♥ KURANG MAKAN ♥
Makanan penting bagi membakar kalori. Pengambilan makanan secara salah boleh memberi kesan buruk pada tubuh. Jika tubuh kekurangan bahan bakar untuk menjalankan fungsinya (sekitar 1200 kalori bagi wanita dan 1800 kalori bagi lelaki), tubuh akan menekan metabolisme. Ini akan menyebabkan pemecahan jaringan otot yang diperlukan tubuh untuk membakar kalori. Tidak perlu mengambil makanan yang banyak, cukuplah sekitar 430 kalori per waktu makan dan diselangi dengan 150 kalori kudapan untuk memastikan metabolisme tubuh berfungsi dengan sempurna.

♥ MENGHINDARI KAFEIN ♥
Kafein dianggap sesuatuyang membahayakan tubuh. Namun, kafein yang terdapat dalam kopi misalnya, boleh meningkatkan metabolisme sekitar 174 kalori per hari. Manakala, satu kajian yang dijalankan di Jepun menunjukkan, secawan teh hijau dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 12 peratus. Para penyelidik percaya, zat antioksidan yang terkandung dalam teh dapat mempercepatkan metabolisme.

♥ MENGURANGKAN PENGAMBILAN SERAT ♥
Tidak menggemari sayuran dan buah-buahan merupakan punca metabolisme tubuh menjadi lemah. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan tingkatkan pengambilan serat seperti roti gandum, pasta dan buah-buahan serta sayuran. kajian menunjukkan, penambahan serat boleh meningkatkan pembakaran lemak sehingga 30 peratus. Wanita yang banyak mengambil serat berupaya memperlahankan kenaikan berat badan ketika usia mulai meningkat.

♥ KURANG MINUM AIR PUTIH ♥
Gemar menikmati air berperisa berbanding air putih? Jika ini tabiat anda, cuba hentikan. Kajian dari Jerman menunjukkan individu yang minum sekurang-kurangnya enam gelas air putih (sekitar 1.4 liter) per hari, boleh meningkatkan metabolisme dan membakar sekitar 2.5 kilogram per tahun.

♥ KURANG PROTEIN ♥
Tubuh memerlukan protein bagi pembentukan otot selain bertindak sebagai molekul penting dalam proses metabolisme. tambahkan sekitar tiga auns daging bebas lemak, dua senduk makan kacang atau lapan auns yogurt rendah lemak ke dalam makanan seharian anda. Kajian membuktikan protein boleh membantu membakar kalori sekitar 35 peratus.

♥ KURANGKAN SUMBER ZAT BESI ♥
Makanan yang kaya dengan zat besi mampu menyebarkan oksigen ke otot. Oksigen sememangnya diperlukan untuk proses pembakaran lemak. Setiap bulan wanita akan kehilangan zat besinya sehinggalah mencapai menopaus. Jika tidak mengambil makanan yang mengandungi zat besi seperti kerang, daging tanpa lemak, bayam dan kekacang, tubuh boleh kehilangan tenaga dan menurunkan kadar metabolisme.

♥ KURANG SUMBER VITAMIN PENTING ♥
Vitamin D penting untuk menjaga jaringan otot untuk bekerja. Kita jarang mengambil makanan yang mengandungi vitamin D padahal tubuh memerlukan sekitar 400 IU per hari. Vitamin D boleh didapati dalam tauhu, susu yang diperkaya dengan vitamin D, salmon dan telur.

♥ KURANG AMBIL SUSU ♥
Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun. Terdapat kajian yang menunjukkan, pengambilan kalsium daripada susu tanpa lemak atau yogurt rendah lemak mampu mengurangkan penyerapan lemak daripada makanan lain.

Sumber  : http://izzeyda-info.blogspot.com 

♥ Followers Yg Setia ♥