Assalammualaikum semua...
Seperti yang kita ketahui bahawa dalam Solat iaitu sewaktu bersujud, kita sebenarnya berada amat hampir dengan Allah SWT. Di ketika dan saat itu maka katakanlah
apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan
memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah SAW :
“Suasana yang paling hampir antara
seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu
hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”
Maka dengan itu kita haruslah mempergunakan peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan doa dan berzikir...Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti sebagai umatnya. Salah
satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah Doa Yang Dibaca Sewaktu
Sujud Akhir dalam solat.
Doa tersebut adalah seperti berikut :-
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam
yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang
tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di
dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para
sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud :-
“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”
Mendengar itu para sahabat bertanya:
“Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”
Jawab baginda:
“Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta
dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?”
Sahabat Menjawab:
“Bahkan !”
Rasulullah menyambung:
“Kerana
sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih
(berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota
mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’
!!!”
KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli
neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan
dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana
Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu
mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan
api neraka selain bekas sujud”
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud
mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa.
Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi
hamba yang benar-benar mendapat rahmat. Amin :))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan