BunGa LaLanG NiGiNa for AsiaH...

Bersyukur kita kepada Allah SWT atas keizinanNya..Reen dapat mencoret lagi buat teman2 semua...Dan pada kali ini Reen akan kongsikan bersama teman2 hasil manik yang Reen namakan Bunga Lalang Nigina for Asiah..
Sebenarnya Reen letakkan nama sahabat Reen di penghujung nama hasil jahitan manik ini sebagai tanda penghargaan...Diharap hasil tangan Reen dapat memuaskan hatinya..tidak 100% pun harap dalam 80% pun kira dah berbaloi...
Bunga Lalang Nigina ini Reen hanya jahitkan di Bahagian Lengan kerana itu sahaja permintaan yang dibuat..Apapun Reen mengambil masa dalam 2 malam menyiapkan hasil jahitan manik ini...
Selamat Mencuba k....

MajLis RaYa OfiS 2009 ~ SwEEt MeMoRy...

Aku & Dyg Sarizah
Aku & Suriati
Aku, Sg Sarizah & Suriati
Berdiri dari kiri : Suriati & Aku / Duduk dari kiri : Husnah & Afny
Aku & Daisy
Salam semua..bertemu lagi di catatan blog Reen yang seterusnya ini...Apa yang Reen paparkan disini adalah gambar2 kenangan semasa Majlis Raya 2009 yang diadakan di ofis Reen..Kita semua buat secara 'Pot Luck' by unit masing-masing...meriah, memang meriah dengan pelbagai juadah..heeeeee makan freee bah...Di atas adalah gambar2 Reen bersama teman2 ofis Reen personally...
Selain gambar2 Reen bersama teman2, Reen sempat juga snap gambar antara juadah yang terhidang semasa majlis raya nie...Untuk kenangan lah katakan tapi sayangnya Reen tidak pula sempat snap gambar 'pot luck' dari Reen sendiri...Reen share dengan Afny & Sue...kita bertiga buat Dadih Strawberry dan Dadih Mangga...Adduuuuhh memang tak ingat nak snap gambar...'pot luck' kita bertiga dalam kategori 'desserts' tau....
So harap kawan2 enjoy watching all this sweet memories ever....mmmmh BYE
Khusuknya kawan-kawanku berdoa..hee nak makan...Aminn
Wow...Cheese Cake hasil Air Tangan Cik Husna...nyum..nyum..sedappp!!
Antara judah yang dihidangkan pada Majlis Raya Opis 2009
Kek-kek Pot Luck dari Unit Latihan....
Pot Luck dari Unit Tatatertib : Puding Caramel + Buah Peach
Juga Pot Luck dari Unit Tatatertib : Rendang Daging
Pot Luck dari Unit ICT..(yang nie main order jak!!!)
Sambal Ikan Bilis, Pot Luck dari Pn Asmah..memang buat terliur betul !!!

PinK PiRaMiD DuO Vs MaNik SToNe




Pink....Pink...and Pink...warna yang menjadi kegemaran Reen sejak bertahun yang lalu sehingga kini. Tapi Pink untuk lelaki??? huhuhuhu apa salahnya kan.....lagipun it's just about Colour lah...
Baju Melayu ni milik 1st Cousin Reen, Abg Mijo...Mama AbG Mijo minta Reen jahitkan manik dan labuci di Baju Melayu ni, katanya tak perlu 'Voke' sangat..nak pakai masa Hari Bersanding di pihak lelaki nanti..Huhuhu bila Mama cakap macam tu Reen terus blurrrr...sebab takut nanti hasil tangan Reen tidak menepati citrasa yang diinginkan. Lebih-lebih lagi ini baju lelaki, rasa payah juga nak cari design yang sesuai...
Perlu faham Reen bukannya beader yang 'Pro'....Reen buat semua ni kerana minat....so hasilnya memang tidak dapat menandingi beaders yang sudah berpengalaman. Tapi apapun akhirnya hasil yang tercipta tidak menghampakan semua..Inilah hasilnya, Reen share dengan kawan2 semua..hahahaha bila dah siap rasa lega dan happy sangat Reen rasakan...Syukur..syukur and syukur...BYEEEEE

Stardust V2



Hello...Reen kongsikan corak manik tabur yang Reen buatkan di pergelangan tangan baju. Bahagian Leher baju kurung moden ni Reen tidak banyak jahitkan manik/labuci sebab jenis kain ni memang sudah sedia ada labuci, so Reen tidak mahu baju ni nampak sarat sangat sebab tu Reen buatkan manik jenis beriring yang simple sahaja di bahagian lehernya.
Hopefully menjadi inspirasi buat kawan2 semua...chawwwww ^_^

RaYa at My HoMe 2009...^-^

# REEN & KARMILA (BB IPAR BONGSU..)
# JIRAN REEN : RATNA & ANAK2NYA
# LINDAH & HER AUNT (TQ 4 COMING..)
# HUBBY I SIBUK MELAYAN TETAMU..huhuhu

# SYOK DGN SIARAN TV SEMPENA RAYA
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Mohon ampun dan maaf buat teman-teman semua yang Reen tidak dapat jemput ke rumah pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu..Memang niat di hati nak menjamu semua teman2 dan sanak saudara pada Raya kali nie tapi entah mengapa rasa 'Malas' datang menjengah ke dalam diri Reen ni...Mmmh rasa malas nak berpenat lelah memasak dan menyediakan semua juadah dalam masa 3-4 jam...

Memanglah orang cakap..susah2...order saja dari katering, tapi bagi Reen sebolehnya Reen nak menjamu teman2 dan sanak saudara yang datang beraya ke rumah Reen pada hari Raya dengan juadah daripada 'air tangan' Reen sendiri kerana ia lebih bermakna dan bererti buat diri Reen..hehehe tapi kalau tak sedap maaflah sebab Reen ni bukan terror sangat bab2 masak memasak nie...heeee

Apapun pada 27 Sept 2009 lalu, Reen ada juga menjemput kawan2 terdekat dan jiran2 datang beraya ke rumah sebab Reen ada menyediakan beberapa juadah..tidak banyak..Kuah Kacang Ayam + Nasi Impit + Ayam Masak Paprik + Nasi Putih....Biskut2 Raya + Cheese Cake + Chocolate Cake + 2 Jenis Kek Lapis Sarawak...huhuhu sebenarnya Keluarga Mertua Reen semua nak datang ke rumah pada hari tu untuk beraya, sebab itulah Reen ada masak2 sikit...

Tahun ni memang terbalik sangat dari sambutan Raya tahun lalu sebab..tahun 2008 kebanyakan tetamu adalah di kalangan keluarga Reen dan teman2 Reen tetapi tahun ni kebanyakan tetamu daripada keluarga Hubby dan teman2 Hubby Reen sendiri...hahaha memang 'Lucky' tetamu yang datang ke rumah dapat bertemu dengan Hubby Reen sebab dia nie memang kategori 'bz giler2'..hahaha

Gambar2 kenangan pada hari tu pun Reen tak dapat nak ambil banyak sangat sebab BZ melayan tetamu...gambar yang ada pun last minit baru teringat nak snap shot....apapun Reen harap tahun 2010 Insya-Allah Reen akan buat Rumah Terbuka pada Hari Raya ke-8..hahaha ini baru planning tau..sebenarnya untuk pengetahuan teman2 semua Rumah Reen sentiasa terbuka untuk dikunjungi sepanjang bulan Syawal..datanglah jangan malu2 yang penting Reen ada di rumah masa u all nak datang..sebab kalau tidak siapa nak melayan...

Okey..datang rumah tau...assalammualaikum :-D

Open HsE RaYa 2009 - TaDiKa PooH

Gembiranya hati sebab buat pertama kalinya Reen dapat memenuhi undangan ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2009 'tadika' anak Reen yang bungsu "Pooh"..Mmmh next year dia dah masuk Tahun 1 mungkin suasana Rumah Terbuka untuk sekolah dia akan datang tidak sama keadaannya semasa dia berada dalam alam Tadika nie...
Rumah terbuka Tadika Pooh dibuat pada hari Ahad..jemputan bermula dari jam 12 tengahari sehingga jam 2 petang, tapi rasanya waktu jemputan dipanjangkan pada hari tersebut sebab memang ramai sangat ibubapa dan anak2 mereka yang datang memeriahkan Rumah Terbuka tersebut...sampaikan ruang nak parking kereta pun dah tak ada, Reen terpaksa parking kereta jauh2 dan berjalan kaki sahaja ke Tadika Pooh...dalam keadaan panas terik lagi tu..bayangkanlah....:-D
Makanan dan minuman yang dihidangkan ada pelbagai jenis, sempat juga Reen bekalkan Pooh 'sebekas' kuih Raya untuk diberikan kepada pihak tadika untuk sama dihidangkan dalam Majlis tu...Senyum Cikgu Pooh bila Pooh datang dengan tangan 'berisi' ke sekolah...
Mmmh Reen dan anak2 saja yang datang sebab masa tu Hubby berada diluar kawasan liputan hahahaha...Yang paling excited mestilah Pooh...sebab ni kan majlis Raya sekolah dia...^_^

Reen pula walaupun hari Ahad, Reen lengkap berbaju kurung juga pergi ke Rumah Terbuka Raya ni sebab nak 'Feel' Raya tu tetap ada lah katakan...Pooh pula lengkap berbaju Melayu cuma anak sulung Reen saja berpakaian rugged sikit hari tu...
So..apapun memang Reen ucapkan tahniah dan terima kasih buat pihak tadika Pooh kerana berjaya menjayakan majlis raya tersebut dengan cukup baik...semua cukup...tempat duduk..makanan..minuman..dan kuih raya...
Harapan Reen semua ni menjadi Kenangan Manis buat Pooh....

Matahariku OST Jelita

Mmmh...salam semua. Apa kabar? Sekian lama Reen tidak mencoret dan meng'uplod' gambar2 terbaru Reen didalam blog kesayangan Reen ni...Insyallah cerita terbaru dan gambar2 projek beading Reen yang terbaru akan Reen share dengan kawan2 semua dalam sedikit masa lagi...
Sekarang Reen paparkan satu lagi hasil jahitan manik Reen untuk rujukan dan komen kawan2 semua...simple dan nice..Reen namakan hasil nieengan projek dan Matahariku OST Jelita...hahahaha saja bagi nama tu sbab mcm best dan glamor..lain dari yang lain...apapun bertemu lagi di lain catatan okey...bye..

SaRiZah : InViTaTion To HeR OpeN Hse RaYa 2009....

Firstly, tahniah dari Reen buat my fren Umiy Izzah atas kejayaannya tahun ini merealisasikan impian untuk sambut Raya 2009 di rumah barunya...
Mmmh, my fren ni cakap rumah dia biasa saja but for me..ia LUARBIASA...sweet sangat rumahnya, hiasan macam orang 'pro'..ini baru tahun pertama..
'Introduction' lah katakan...kita tengok selepas ini, mesti lagi 'voke'....Bestnya sudah ada 'rumah sendiri'...
Apapun Reen ucapkan TQ so much atas kesudian menjemput Reen ke rumah ya 'Yang' pada raya yang lalu...bila2 masa kalo dijemput Reen ni memang ringan kaki untuk bertandang asalkan tiada aral melintang, faham2lah yang buzyyyy memanjang ialah Hubby Reen...terikat dengan tugas...
So Reen abadikan gambar2 ini buat tatapan semua sebagai kenangan pertama beraya di Rumah Baru my fren ni...sempat juga Reen ajak Sue dan sis nya datang sekali beraya ke rumah Umiy Izzah..memang best dan hidangan pun 'kaw2'...
# Reen dan Sue pose di Meja Makan yang ala Chinese style..^_^
# My Hubby & Kidz bz berborak dgn Hubby Umiy Izzah....
# Sue and her sis....

# Umiy Izzah and her sweet princess (panggilan manja : Adik), Reen dan Sue....Kenangan Terindah di Hari Raya 2009....
# Sweetnya kalo Reen ada 'Princess' di rumah, kan?????

MaNik-MaNik For HusNa

# BUNGA QALESYA V.I


# BERIRING EDORA


# SIMPLE BUNGA KEKWA
Salam semua
Hasil jahitan manik yang Reen buatkan untuk sahabat Reen..Husna
Simple sahaja sebab Reen buatkan ketiga-tiga ni dalam masa 1 hari sahaja...
Hopefully Husna suka lah dengan corak nie...

♥ Followers Yg Setia ♥