♥ JohnSon's Baby Of The Year 2012 ♥

Assalammualaikum....

Entry kali ni aku nak kongsikan citer pasal c gadis ku (my princess youuu...!!) Aku jarang nak post gmbr c baby girl ku ini kalo dlm Facebook ker apa ker sbb byk sgt komen yg membuat aku bangga...haha...orang tua2 ckp, jngan banyak sangat dipuji nnti jadi sebaliknya...Nauzubillah minta Allah hindarkan, smoga segala nikmat diberikan akan kekal..Aminnn ;)

Jangan konpius erk!!! sebenarnya Baby Amirah tk menang pun Johnson's Baby Of The Year 2012. Cuma saja jer...nak tajuk gempak sikit...hehe..yang ni pun bukan niat nak join sebenarnya tp ter..terjoin.

Competition kali ni dibuat di peringkat Servay Daerah Putatan, Kota Kinabalu.  Nite b4 the event, aku at the 1st place nak beli brg kt dlm hypermarket tu dgn Huby, tetiba trnampak promotion dbuat oleh promoter produk Johnson & Johnson's....so aku tnya lah macam2 kat promoter tu...kwang..kwang..kwang..yg menarik minat aku nak bawa Baby Amirah join tu ialah sesi Fotografi ala2 studio oleh Photographer yg Pro...ikut ni bukan FOC taw, kena bayar jga ar dlm RM15.00 tp after bayar dpt Free 1 produk J&J...so berbaloi lah sbb barangan J&J tu kalo nak beli dn bayar kat kaunter tu pun harga RM15.00+-

MODE ::: Feeling excited =)

Esoknya aku dtg balik ke hypermarket tu tapi kali ni aku bawa sekali Baby Amirah yg masa tu baru nak masuk umur 8 bulan..Aku pakaikan dia Gown from Sara Kids yg mmg dh ada kt wardrobe dia pun...(^_^)
Smpai kt sana, mak oiiii...ramainya parents dgn baby2 sekali..brmacam2 style yg aku nmpk...huhuhu. Tp the main things is..all the babies ARE VERY..VERY CUTE...gerammm tengok..hahaha :D

Bila turn Baby Amirah waaah aku yg teruja giler, iyealah selalunya aku ambik gmbr dia guna HP jer ataupun Camera Sony aku yg 14MP tu...skrg ni the Pro Photogrpher weiii yg akan ambik..mestilah excited dgn kos RM15.00 aku dpt kualiti gmbr dia sama mcm ambik kat studio...And the best part is menang atau kalah itu belakang cerita...yg penting sekali aku dpt all those pictures for her....sebagai one of the sweet memory dia tym baby2 gitu...hehe :)

Jom kita layan gmbr2 ni yeah...aku dah edit sikit utk tmbahkan kemeriaahan gmbr ni...sbb I got the softcopy snapshot tht day, so I can do anything with the pictures babes....

# start dah nak wat muka...nak tumbuh gigi kn?? so asyik jelir lidah jer  >__<


# haha...cute kan dia...MAMA LOVE u syg....:*

# Mama ask her to sit properly tp tym ni dia blum pndai sgt pn nk duduk tetap...GOYANG-GOYANG jer bdn tu...

# muka kegeliaan...Baby Amirah x suker lapis kuning tu..BERBULU!!!
So atlast selesai competition...Result dah keluar....jeng..jeng..jeng.....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
ALHAMDULILLAH....
>
>
Baby Amirah dapat tempat ke-2 even ramai ckp dia yg patut dpt 1st place...bagi aku alhamdulillah dh ckup syukur...sbb all tis is REZEKI from Allah SWT...dapatlah Baby Amirah Hamper produk J&J brnilai dlm RM100.00 ringgit....kn berbaloi tu :D

Untuk yang dah baca entry aku pada kali ini...Mohon sama-sama mendoakan anak2 ku Wan Syazhriman Shafik, Wan Marzuqi Mustaqim & Wan Amirah Afiqah serta anak2 kita semua...Smoga menjadi anak yang Soleh Solehah berjaya dalam hidup dunia akhirat, memiliki ilmu yg bermanfaat dan mendapat pasangan hidup yang baik..Amin Ya Rabbal Al Amin )=


♥ JeNaMa TuDung Dan SeLenDang ♥

Sekarang terlalu banyak kedai atau jenama yang menjual tudung. Jadi tidak hairanlah kita akan dapat melihat banyak tudung-tudung dan selendang yang terbaru di pasaran dan dapat dijual seperti menjual pisang goreng panas-panas. Ini kerana ramai golongan wanita yang ingin kelihatan cantik, elegan dan pada masa yang sama masih lagi mengekalkan adap sopan melayu. ARIANI



Ariani ni pun memang dah terkenal lama sebelum adanya jenama lain rasanya. Ini jenama Tudung Ekspress yang mula-mula mendapat tempat dihati mereka yang ingin segera. Harga yang ditawarkan bermula dari puluhan ringgit hinggalah mencecah ratusan ringgit untuk sehelai. Tudung-tudung yang dikeluarkan sangat berkualiti dan paling penting ianya menepati kehendak atau mengikut selera hijabister masa sekarang. 

JELITASARA



JelitaSara memulakan operasinya berkonsepkan Butik Maya melalui online pada tahun 2009.  Permintaan tudungnya amat menggalakkan melalui online sehingga jumlah tudung terjual melebihi 200,000 helai tudung.   

ALHUMAIRA CONTEMPERARY

CAYLA - CL 03

Alhumaira Contemperary memang tidak asing lagi dalam mengeluarkan tudung serta selendang. Jenama ini sudah mampu untuk berbangga kerana seluruh pelusuk Malaysia mengenali jenama ini. Tudung-tudung yang dikeluarkan sangat berkualiti dan paling penting ianya menepati kehendak atau mengikut selera hijabister masa sekarang. 

FAREEDA

  

Siapa yang tidak kenal dengan jenama ini. Jenama yang terkenal dengan tudung segera atau instant. Harga yang ditawarkan pula sesuai dengan nilai eksklusif dan pembuatan tudung Fareeda itu sendiri. Tiap kali Fareeda mengeluarkan koleksi terbaru pasti ramai yang akan memenuhi kedai dan beratur panjang semata-mata untuk menjadi yang pertama mandapatkan tudung yang terbaru itu. 

RADIUSITE


Radiusite merupakan antara jenama tudung terkenal di Malaysia. Radiusite mempunyai peminat yang tersendiri yang gemarkan rekaan ynag ringkas tetapi masih cantik. Rekaan yang eksklusif tetapi dengan harga yang berpatutan menjadikan jenama ini menjadi pilihan ramai.

SUGARSCAFT
 

Sugarscaft lebih kepada selendang yang menjadi tredemark jenama ini. Selendeng yang ada di bawah jenama ini sangat unik kerana sekali tengok sahaja kita akan tertarik dengan penggunaan warna dan rekaan yang dibuat. Itu yang membuatkan ramai penggemar selendang menyukai jenama Radiusite. 

PEARL HAYA

 HV Single Chiffon SP2

Pearl Haya adalah jenama yang tidak asing lagi dalam dunia tudung atau selendang. Jenama ini adalah antara jenama yang terawal yang ada di Malaysia.Jenama ini merupakan pelopor pasaran tudung di Malaysia yang menyebabkan ramai yang ingin turut berjaya seperti jenama ini. Jenama ini bukan sahaja mempunyai tudung, tetapi juga selendang serta tudung untuk menunaikan umrah. 

Terdapat banyak lagi jenama yang berada di Malaysia yang sedang tumbuh seperti cendawan. Oleh itu tidak menjadi masalah jika ingin memilih tudung yang kita rasakan sesuai dengan kita. Paling penting kita harus membuat pilihan yang bijak dan jangan terlampau mengikut perasaan ketika membeli-belah.

♥ Followers Yg Setia ♥