♥ JeNaMa TuDung Dan SeLenDang ♥

Sekarang terlalu banyak kedai atau jenama yang menjual tudung. Jadi tidak hairanlah kita akan dapat melihat banyak tudung-tudung dan selendang yang terbaru di pasaran dan dapat dijual seperti menjual pisang goreng panas-panas. Ini kerana ramai golongan wanita yang ingin kelihatan cantik, elegan dan pada masa yang sama masih lagi mengekalkan adap sopan melayu. ARIANI



Ariani ni pun memang dah terkenal lama sebelum adanya jenama lain rasanya. Ini jenama Tudung Ekspress yang mula-mula mendapat tempat dihati mereka yang ingin segera. Harga yang ditawarkan bermula dari puluhan ringgit hinggalah mencecah ratusan ringgit untuk sehelai. Tudung-tudung yang dikeluarkan sangat berkualiti dan paling penting ianya menepati kehendak atau mengikut selera hijabister masa sekarang. 

JELITASARA



JelitaSara memulakan operasinya berkonsepkan Butik Maya melalui online pada tahun 2009.  Permintaan tudungnya amat menggalakkan melalui online sehingga jumlah tudung terjual melebihi 200,000 helai tudung.   

ALHUMAIRA CONTEMPERARY

CAYLA - CL 03

Alhumaira Contemperary memang tidak asing lagi dalam mengeluarkan tudung serta selendang. Jenama ini sudah mampu untuk berbangga kerana seluruh pelusuk Malaysia mengenali jenama ini. Tudung-tudung yang dikeluarkan sangat berkualiti dan paling penting ianya menepati kehendak atau mengikut selera hijabister masa sekarang. 

FAREEDA

  

Siapa yang tidak kenal dengan jenama ini. Jenama yang terkenal dengan tudung segera atau instant. Harga yang ditawarkan pula sesuai dengan nilai eksklusif dan pembuatan tudung Fareeda itu sendiri. Tiap kali Fareeda mengeluarkan koleksi terbaru pasti ramai yang akan memenuhi kedai dan beratur panjang semata-mata untuk menjadi yang pertama mandapatkan tudung yang terbaru itu. 

RADIUSITE


Radiusite merupakan antara jenama tudung terkenal di Malaysia. Radiusite mempunyai peminat yang tersendiri yang gemarkan rekaan ynag ringkas tetapi masih cantik. Rekaan yang eksklusif tetapi dengan harga yang berpatutan menjadikan jenama ini menjadi pilihan ramai.

SUGARSCAFT
 

Sugarscaft lebih kepada selendang yang menjadi tredemark jenama ini. Selendeng yang ada di bawah jenama ini sangat unik kerana sekali tengok sahaja kita akan tertarik dengan penggunaan warna dan rekaan yang dibuat. Itu yang membuatkan ramai penggemar selendang menyukai jenama Radiusite. 

PEARL HAYA

 HV Single Chiffon SP2

Pearl Haya adalah jenama yang tidak asing lagi dalam dunia tudung atau selendang. Jenama ini adalah antara jenama yang terawal yang ada di Malaysia.Jenama ini merupakan pelopor pasaran tudung di Malaysia yang menyebabkan ramai yang ingin turut berjaya seperti jenama ini. Jenama ini bukan sahaja mempunyai tudung, tetapi juga selendang serta tudung untuk menunaikan umrah. 

Terdapat banyak lagi jenama yang berada di Malaysia yang sedang tumbuh seperti cendawan. Oleh itu tidak menjadi masalah jika ingin memilih tudung yang kita rasakan sesuai dengan kita. Paling penting kita harus membuat pilihan yang bijak dan jangan terlampau mengikut perasaan ketika membeli-belah.

1 ulasan:

♥ Followers Yg Setia ♥