Ntah kenapa reen minat nak share artikel ni dgn u ols semua my frens...rasanya mcm best jer nak share....reen taw masing-masing mesti ada cara tersendiri nak manjakan diri sendiri kan dan untuk kelihatan cantik selalu..(semestinya dimata suami tercinta kannnnn...) Mana lah taw ada step yg terlupa untuk diamalkan.....hehehe.....jom-jom kita baca artikel yang reen dapat ni....just sharing ya...mana taw ada nak amalkan...hehehe, tapi petua nak HITAMKAN rambut dengan DAUN LIDAH BUAYA memang betullll dan mujarab, reen amalkn....
"Untuk kelihatan cantik, tidak semestinya anda perlu bersolek, mendapat
rawatan di salon-salon terkemuka. Anda hanya perlukan 5-10 minit untuk
tampil menawan. bagaimanakah caranya?
1. Jadikan aktiviti
membersihkan wajah sebagai rutin wajib anda setiap pagi dan malam.
pemeliharaan kulit merupakan asas penting dalam penampilan kecantikan
anda.
2. Anda perlu menjadi orang yang paling arif mengenai wajah
anda. Apabila anda ingin membeli set penjagaan muka atau kosmetik, baca
butiran dengan terperinci untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
seeloknya anda membeli pek perubaan. sekiranya serasi. buatlah keputusan
untuk memilikinya.
3. Bersolek cukup sekadar untuk mengelak
wajah dari kelihatan pucat, Solekan natural adalah lebih baik dan
selamat untuk aktiviti harian anda. Tidak salah anda mengenakan solekkan
tebal sekiranya anda mahir berdandan sendiri asalkan jangan sampai ada
yang menegur muka anda seperti opera cina.
4. Ketika bersolek,
pastikan riasan yang anda lakukan pada wajah kelihatan sekata. pastikan
bahagian leher tidak di abaikan semasa bersolek. Jika tidak, solekan
anda kelihatan berbelang dan wujud perbezaan warna antara bahagian muka
dan leher.
♥ Alatan Asas yang perlu ada pada wanita
Didalam kamar mandi.
1.
Wanita juga perlukan pisau cukur yang baik, penggunaan pisau cukur
bersama shaving foam atau aftershave dapat membantu anda untuk rasa
lebih selesa selepas bercukur.
2. Span yang lembut - bagi mereka
yang menggunakan buih mandian. span yang lembut memainkan peranan besar
sewaktu anda mandi. Jika span ini di gosokkkan secara teratur, setiap
kali anda mandi, ia dapat membantu menangalkan sel-sel mati dan
menjadikan kulit anda segar dan bersinar.
3. Pumice stone -
berfungsi sebagai batu asah untuk tapak kaki anda, pumice stone dapat
membantu anda menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati dibahagian tapak
kaki. Penggunaan yang kerap semasa mandi dapat membantu anda untuk
memiliki tapak kaki bersih, sihat dan bebas dari bau yang kurang
menyenangkan.
Di Meja Solek
1. Losyen badan atau minyak bayi
dapat melembut dan menghaluskan kulit anda. waktu yang paling sesuai
untuk menyapu losyen atau minyak bayi pada tubuh adalah selepas mandi
kerana kulit dalam keadaan rehat dan boleh menyerap dengan baik.
2.
Sikat atau berus yang sesuai dengan rambut, tip semua sikat sesuai
digunakan untuk menyisir rambut. Seeloknya, pilih sikat atau berus yang
mempunyai gigi lebat, jarang dan pendek. Apa pun pilihan anda, pastikan
anda tidak menyisir rambut ketika rambut anda basah kerana akar rambut
lembut dan mudah patah. Tunggu sehingga rambut kering dan sedikit ringan
3.
Deodoran, terdapan pelbagai jenis deodoran di pasaran dari yang
roll-on, stick-on, cecair mahupun semburan. Pengunaan deodorant dapat
melindungi ketiak anda daripa mengeluarkan bauan yang kurang
menyenangkan.
4. Bedak tabur. Secara umumnya bedak daripada
kering. Pilih bedak yang tidak merangsa dan boleh melindungi kulit dan mudah dihinggapi bakteria seperti bedak berubat"
kredit to sumber #http://keskas.forumotion.net