♥ BuaH KurMa ♥

Buah Kurma adalah satu kewajiban yang mesti ada di meja makan kami sekeluarga bila tibanya Bulan Ramadhan... Kegemaran Reen ialah "Buah Kurma Coklat" keluaran Sykt Yusof Taiyoob...Susah juga nak jumpa sebab ada beberapa kedai sahaja yg menjual kurma jenis nie, kalau ada pun laku sgt....Reen suka mkn coklat itu sebab Reen suka kurma jenis nie.. :))
Ini ada beberapa informasi yang Reen dpt daripada internet berkaitan buah kurma..dan info ini Reen dapati daripada http://pakarhowto.com...kawan2 boleh klik di ♥ Kongsi Info ♥ Reen jika suka....selamat berkongi ilmu ya (。◕‿◕。)
******
Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix.
Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.
Antara khasiat buah kurma ialah ;
1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.
Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma.
Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.
Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)
Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi,maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta.
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa. Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa. Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.
Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.
Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya. Ini kerana buah kurma kaya dengan serat. Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.
Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal.
Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.
Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita.
Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

♥ UmRaH HuBy Ke TaNaH Suci MEKAH ♥

Alhamdulillah Reen panjatkan kepada ALLAH SWT kerana dengan izinNya huby dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah pada bulan Disember 2010..itu ertinya huby dah dapat gelaran 'Haji Kecil' utk pertama kalinya...(^__^)

Walaupun jauh di sudut hati rasa sedih sebab kalau boleh biarlah pergi bersama-sama tapi oleh kerana panggilanNya utk huby sampai lebih awal maka Reen relakannya juga..Syukur selama seminggu huby mengerjakan umrah huby dlm keadaan sihat walafiat. Begitu juga Reen dan anak2 berada dlm keadaan yang terpelihara...

Sebelum huby kembali dari Kota Mekah utk pulang ke pangkuan Reen dan anak2, huby sempat berdoa agar diberikan kesempatan untuk sekali lagi menjejakkan ke Tanah Suci Allah SWT ini...dan tentunya kali ini hubu berharap dapat sampai ke Tanah Suci ini bersama-sama Reen dan anak2...Amin..amin..amin...Tapi yang tidak tersangka oleh Reen ialah huby sempat berdoa untuk memohon seorang "Anak Perempuan" untuk kami...Amin juga....hahaha :D

Huby sempat mengambil gambar kenangan semasa berada di Tanah Suci Mekah...jom kita cuci-cuci mata (^_^)
Time ni huby bru smpai, belum gunting rambut lg :)


Huby dah potong rambut (^.^)...


Kaabah (Rumah Allah SWT)....aduh sayunya hati melihat rumah Allah SWT ini :(


Pandangan luar Kota Mekah...(dari hotel nie huby ambil gambarnya...)


Makam Nabi Muhammad S.A.W (sorry huby ckp tak boleh ambil gambar dekat2 sgt sbb kena kawal oleh pak 'Arab Guard'..huhuhu...


Jabal Rahmah ~ Dikisahkan, di bukit inilah Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi. Konon, di tempat ini merupakan tempat terbaik untuk berdoa meminta jodoh.


Tempat dimana Kain Kaabah ditenun...


Gua Hira ~ Pandangan dari kejauhan, tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu dari ALLAH SWT.


Bukit Uhud ~ Bukit ini adalah salah satu sebuah bukit terbesar dan terpanjang di Madinah. Letaknya di bahagian utara Madinah iaitu kira-kira 5km dari pusat bandar. Di sinilah berlakunya pertempuran sengit antara tentera Islam dan musyrikin dari Makkah.

************
Indahnya bumi Kota Suci Allah SWT ini, Reen berdoa satu hari akan ada panggilan dariNya untuk Reen menjejakkan kaki ke sana. Insya-Allah (^___^)

♥ KuiH OnDe-OnDe ♥

Huhuhu..pejam celik pejam celik hari ni dah masuk hari ke 14 kita mengerjakan ibadah Puasa. Memang tak terasa langsung masa begitu pantas berlalu. Tak lama lagi bulan Syawal pula akan menjelma. Mesti persiapan untuk menyambutnya sedang rancak dilakukan oleh kita sebagai ibu & isteri untuk keluarga. Apapun kita akan citer topik nie di catatan Reen yang akan datang, mesti best..hehehehe... Sekarang Reen nak share resepi Kuih Onde-Onde. Antara kuih kegemaran Reen dan anak-anak pasal tu Reen belajar juga cara nak buat kuih nie. Memang tak susah tawww....selamat mencuba k :)


Bahan-Bahan (anggaran untuk 3-4 orang) :-

♥ 1/2 biji Kelapa Parut Putih (tapi saya tak guna semuanya, sikit jer bakinya saya masak untuk inti kuih lenggang kalo tak membazir pula)
♥ Tepung Pulut, 8-10 sudu makan
♥ Tepung Gandum, 4-5 sudu makan
♥ Perisa Pandan, 1 sudu kecil
♥ Pewarna Hijau Epal, 1/2 sudu makan
♥ Gula Melaka
♥ secubit Garam
♥ Air Putih secukupnya

Cara penyediaannya :-

♥ Mula-mula campurkan Tepung Pulut, Tepung Gandum dengan sedikit air putih dan secubit garam (jangan letak air sekaligus nanti adunan menjadi lembik)

♥ Dalam masa yang sama, panaskan air putih dalam periuk dan masak hingga mendidih.

♥ Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau epal ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.

♥ Biarkan adunan seketika. Setelah itu, bentukkan adunan tadi dalam bentuk bulat-bulat kecil dan letakkan gula melaka ke dalam bebola tadi sebagai inti (saya pernah gunakan gula perang@brown sugar sebagai inti tapi tak sedap dan tak sama seperti kita guna gula melaka)

♥ Apabila siap dibentuk, masukkan bebola tadi ke dalam air rebusan dan rebus sehingga bebola tersebut timbul di permukaan air (itu tandanya bebola dah masak)

♥ Angkat dan golekkan ke dalam parutan kelapa putih tadi.

♥ Dah siap dan boleh dihidangkan...nyum...nyumm...!!!

♥ KuiH LenGGanG @ KeTaYaP ♥


Salam semua dan bertemu lagi dalam catatan Reen yang seterusnya. Sejak kebelakangan ini memang Reen punya 'angin' memang rajin sangat nak memasak..asyik tengok resepi jak2...hihihi :)
Tapi masakan yang disediakan ini tidaklah susah sangat pun, iyelah masa terhad sbb nak makan tym bersungkai. Pernah juga wat kuih lenggang sebelum nie tapi tak terlintas nak uplodkan dalam blog dan share with all bloggers. Kuih nie Reen tak juga 'cun' buat tapi Reen cuba juga, intinya boleh tahan...tepung kulitnya pun ok (hihihi bagi Reen lah...)...cuma masalahnya cara nak menggulung lenggang tu...masih kureeenggggg...kulit dah nipis dilenser tp bila dah gulung masih jugak tebalnya....Mmmmmh, apapun insya-allah kalau rajin buat kemahiran tu pasti akan meningkat, betul tak???

Ok disini Reen sertakan prosedur masa Reen menyediakan kuih ini untuk rujukan sendiri dan mereka yang berminat mau mencuba :)


Bahan-bahan untuk Kulit (anggaran untuk 3-4 orang) :-

♥ Tepung gandum - saya gunakan dalam 10 sudu makan saja..hehehe
♥ Telur Gred B - 1 biji
♥ Garam - 1/2 sudu kecil
♥ Esen Pandan - 1 sudu kecil (menggantikan Daun Pandan yg takda di rumah....)
♥ Air putih secukupnya
♥ Minyak masak - 2 sudu makan
♥ Pan / Kuali yang leper


Cara penyediaan :-

♥ Gaulkan semua bahan, kacau sehingga sebati.
♥ Pastikan kepekatan adunan tidak terlalu keras atau terlalu cair..(bayangkan kepekatannya seperti Krim Santan dalam kotak tu, mcm tu lah lebih kurang kepekatan adunan bahan2 tadi)
♥ Minyak masak dicampurkan dalam adunan agar bila dimasak ia tidak melekat di atas pan/kuali yang akan digunakan.
♥ Panaskan pan/kuali di atas api yang sederhana.
♥ Masukkan satu senduk adunan ke dalam pan/kuali, angkat pan/kuali dan lenggangkan (goyangkan) pan/kuali seperti menyediakan dadar.
♥ Letakkan semula pan/kuali atas api yang sederhana.
♥ Pastikan dadar adunan tadi dilenser nipis atas pan/kuali tadi.
♥ Setelah masak, angkat dan isikan inti kelapa. Lipat kiri dan kanan dadar, gulung dengan cermat agar inti kelapa tidak terkeluar.
♥ Susun cantik dan siap untuk juadah berbuka...nyummmm...nyummm...:)



Bahan-bahan Inti Kelapa :-

♥ 1/2 kilo kelapa parut putih (lebih dari cukup daaaa....)
♥ 1 cawan gula pasir / 1 cawan gula perang
♥ 1 cawan gula melaka
♥ Air putih - saya letak dalam 2 gelas kecil sbb kelapa parut tak bnyk sangat


Cara penyediaan :-

♥ Masukkan air, gula pasir/gula perang dan gula melaka dalam kuali. Panaskan sehingga mendidih dan berbuih.
♥ Setelah mendidih, masukkan kelapa parut dalam adunan masakan tadi.
♥ Masak di atas api yang kecil sehingga air gula agak kering (tapi jangan kering sangat tawww...biar nmpk lembap sikit k)
♥ Angkat dan sejukkan seketika sebelum digunakan sebagai inti kuih lenggan tadi.
♥ Simpan baki inti kelapa yang ada dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti ais. Boleh digunakan beberapa kali nie.... :)


SELAMAT MENCUBA yeah (^_^)

♥ Resepi : Coklat Puding ♥


Sebenarnya aku memang suker sangat nak prepared 'dessert2' seperti puding, agar-agar dan kek...tp tk pernah terlintas nk uplodkan resepi dekat blog. Oleh kerana sekarang dah jadi satu trend untuk kita berkongsi resepi maka aku pn nak share jugalah...Sebenarnya aku belajar nak prepared puding nie dari blogger lain...sebab tu aku memanh suka melayari blogger2 yg teror bab2 mcm ni...

TQ utk http://linapg.blogspot.com/2011/04/puding-coklat.html dari Teratak Mutiara Kasih for her recipes...

Bahan-bahan :-


♥ Agar-agar serbuk 10gm - Plain (saya guna Cap Flying Swallow) 
Serbuk Koko 30gm
Air putih 500ml 
♥ 1 cawan gula pasir / perang (ikut suker kalo nk manis tmbah lagi...tp nie pn dh ckup manis) 
♥ 1/2 tin Susu Cair


Cara Penyediaan :-


♥ Campurkan serbuk Agar-agar dan Gula dalam periuk yang berisi air.
 
Kacau rata dan masak hingga mendidih atas api yang sederhana. 
♥ Setelah mendidih masukkan Serbuk Koko, kacau lagi agar serbuk koko tidak berketul. 
♥ Masukkan Susu Cair dan kacau lagi dalam tempoh 5 minit.
♥ Tapis dan tuangkan dalam acuan yang disukai. Sejukkan.
 
♥ Letakkan dalam peti ais jika mahu lebih sedap...nyumm..nyummm


Nota :
Kalau nak curahkan coklat syrup atas puding pun boleh tapi Reen buat kosong jer..sedap gak




SaLam RamaDhan Al-MubaRak

Syukur alhamdulillah dengan izin dari Allah SWT, kita diizinkan utk bertemu dengan bulan yang berkat ini sekali lagi...Salam Ramadhan utk semua teman-teman semua, semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna pada kali ini...sehingga bertemu lagi di catatan Reen yang lain...

♥ Followers Yg Setia ♥