♥ DOAKU buat SUAMI TERSAYANG ♥


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka


Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,


Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu


Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….


Alhamdulillah...
Syukur atas rahmatmu dan kebahagiaan yang Engkau limpahkan kpd kami Ya Allah :)






# Sumber drpd  My Love Story

♥ KeLeBiHan dan FadhiLaT Surah Ayatul Kursi ♥



Bismillahir-Rahmanir-Raheem


Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem


Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
ANTARA KELEBIHAN DAN FADHILAT YANG DIKETAHUI :-

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fadhilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
 
 
1. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."

2. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

3. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

4. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

5. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

6. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

"Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."

7. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

"Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

8. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

9. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

10. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

11. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah2 di sekitarnya."

12. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

13. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

14. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

15. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

"Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."
Menurut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" barangsiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
16. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali :-
Ditengah malam atay diikuti Solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya;
Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah SWT;
Meningkatkan kecerdikan dan terang hati;
Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita




Dapat Menyembuhkan Penyakit Gila / Ayan

Untuk sakit gila cara megamalkannya, ayat Kursi dibaca sebanyak 33 kali pada ubun-ubun orang yang sakit gila itu seraya dihembus-hembuskan. Insya Allah lekassembuh. Lakukanlah berulang-ulang ketika matahari akan terbit dan ketika akan terbenam, bila belum ada perubahan.

Sedang untuk sakit ayan cara mengamalkannya, ambillah segelas air lalu bacalah ayat Kursi sebanyak 90 kali, dan tiap kali bacaan tiupkan pada gelas itu, kemudian diminumkan pada orang yang sakit ayan. Insya Allah akan lekas sembuh. Lakukanlah berulang-ulang, dengan sabar dan dengan keyakinan yang penuh.


Dapat Menjauhkan Dari Impian Yang Buruk

Cara mengamalkannya, bacalah Ta'awwudz 3 kali, yaitu membaca "A'UUDZU BIL LAAHi MINASY SYAITHOONIR ROJIIM" lalu membaca ayat Kursi 3 kali. Dan bila sampai pada bacaan "WA LAA YA-UUDUHU HIFDLU HUMAA WA HUWAL 'ALIYYUL 'ADLIIM" hendaknya diulang 3 kali. Insya Allah dalam tidurnya nanti tepjauh dari mimpi-mimpi yang buruk, dan bahkan bermimpi yang indah-indah.

Dapat Mendatangkan Keselamatan Dalam Perjalanan

Cara mengamalkannya, bacalah ayat Kursi sebanyak 3 kali sebelum anda berangkat dalam suatu perjalanan. Insya Allah dalam perjalanan anda nanti selalu dalam perlindungan-Nya sehingga tidak akan menemui kesulitan dan kesukaran sampai anda pulang kembali.

Dapat Mendatangkan Segala Macam Hajat.

Cara mengamalkannya, bacalah ayat Kursi 99 kali sesudah shalat Hajat 2 rakaat pada tengah malam. Kemudian berdo'alah kepada Allah dengan menyebutkan hajat yang dimaksud. Insya Allah dalam waktu dekat apa yang dihajatkan itu akan segera terkabulkan.

Dapat Menghilangkan Dosa-Dosa Kecil
 

Cara mengamalkannya, bacalah ayat Kursi secara rutin pada setiap selesai shalat fardhu, maka faedahnya dapat menghilangkan dosa-dosa kecil, kecuali dosa-dosa yang berhubungan dengan sesama manusia.

Dapat Membentengi Diri dari Gangguan Syaitan
 

Cara mengamalkannya, bacalah ayat Kursi sebanyak 7 kali sebelum anda mengerjakan sesuatu perkara niscaya Allah akan melindungi anda didalam mengerjakan sesuatu itu dari gangguan syetan.

Dapat Mengaburkan Pandangan Musuh

Cara mengamalkannya, buatlah garis lingkaran seraya bacalah ayat Kursi sebanyak 7 kali, kemudian masuklah ke dalam lingkaran itu, niscaya pandangan musuh menjadi kabur tidak bisa melihator-angyang ada dalam lingkaran, sehingga orangyang berada di lingkaran itu selamat dari ancamannya.

Dapat Menghindarkan Gangguan Orang Zalim


Cara mengamalkannya, bacalah ayat Kursi pada permulaan siang dan permulaan malam. Lakukanlah bacaan ini sebagai amalan rutin, Insya Allah akan terjagadari maksud jahat orang zalim, karenaselalu dalam perlindunganNya. Disamping itu syetan pun tidak berani menggangu.

Dapat Menyembuhkan segala penyakit

Cara mengamalkannya, tulislah ayat Kursi pada kertas yang putih, kemudian dilebur dengan aiar suci, lalu airnya diminumkan pada orang yang sakit. Lakukanlah berulang-ulang dengan harapan penyakitnya lekas sembuh. Insya Allah dengan jalan yang demikian ini, penyakit yang dideritanya akan segera sembuh.


Dapat Membungkam Mulut Orang jahat

Cara mengamalkannya, lakukanlah petunjuk dibawah ini bila anda akan menghadapi penggilan orang yang akan berlaku jahat terhadap anda. Yaitu sebelum anda mendatangi penggilan itu bacalah ayat kursi, kemudian bacalah do'a sebagai berikut: 




Artinya : "Wahai Dzat yang hidup, wahai Dzat yang berdiri sendiri, wahai dzat yang menciptakan semua langit dan bumi, wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Aku memohon kepada-Mu dengan haq (kebenaran) ayat yang mulia ini (ayat kursi) dan semua yang terkandung didalamnya berupa nama-nama yang agung, agar Engkau bungkam mulutnya (sebut nama orang yang dimaksud) dan Engkau bisukan lisannya sehingga dia akan berkata kecuali dengan kata yang baik, atau dia diam. Kebaikanmu hai orang ini berada dikedua tangan-Mu, dan kekejianmu berada dibawah kedua telapak kaki-Mu".

Sesudah membaca do'a tersebut, lalu datang menghadap orang yang dimaksud dengan tenang dan penuh keyakinan tanpa keraguan sedikitpun. In Syaa Allah, orang jahat yang anda hadapi iaitu akan membungkam seribu bahasa sehingga ia tidak berkata apa-apa kecuali berkata yang baik, dan bahkan menaruh belas kasihan terhadap anda.


Dapat Menyelamatkan Ancaman Pencuri

Cara mengamalkannya, bacalah ayat kursi 7 kali ketika akan berangkat tidur, kemudian bacalah pula do'a sebagai berikut sebanyak 7 kali pula do'a sebagai berikut sebanyak 7 kali: 




Artinya : "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah adalah Dzat Yang Maha meliputi kepada hamba-Nya. Allah adalah Dzat Yang Maha Memelihara, Yang Maha Dahulu, Yang Azali, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri dan tidak tidur".

In Syaa Allah, dengan dibacakan yang demikian itu rumah beserta isinya akan selamat dari pencurian hingga pagi hari. Sebab do'a tersebut mempunyai faedah yang besar sekali. Dari padanya terpancar daya gaib yang dapat menolak kehendak jahat para pencuri,

Demikianlah diantara keutamaan dan khasiyat ayat Kursi. Dimana ayat Kursi adalah bacaan yang ampuh untuk membentengi diri dari berbagai macam godaan dan musibah. Karena dengan dibacanya ayat kursi, Allah memberikan perlindungan terhadap diri si pembaca itu. 
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda :


 "SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT"


Wallahualam :)

♥ Rahsia Awet Muda yang Jarang Diungkap! ♥


Dr. Stephen percaya pada penyembuhan alami dalam tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Iaitu dengan: memakan buah segar. Umumnya, masyarakat menilai makan buah bererti membeli buah, cuci, memotongnya dan masukkan ke dalam mulut kita?
Tapi tidak semudah yang kita fikirkan, makan buah itu ada caranya, jika anda tidak tahu caranya maka bukan manfaat yang akan anda dapatkan!

CARA TEPAT MAKAN BUAH!

Tidak makan buah-buahan, setelah makan!!


Buah juga harus dimakan pada saat perut masih kosong. Memakan buah akan menjadi berbahaya jika bercampur dgn makanan lain. Karena akan membusuk dan menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!

Maka sebaiknya,  makanlah buah-buahan pada waktu perut Anda kosong atau sebelum Anda makan !
Mungkin Anda sering mendengar orang-orang mengeluh – setiap kali ia makan tembikai aku bersendawa, ketika aku makan durian perutku kembung, saat saya makan pisang aku merasa seperti ingin lari ke toilet, dll
Sebenarnya semua ini tidak akan muncul jika anda makan buah pada saat perut kosong. Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk dan menghasilkan gas dan dengan itu anda akan kembung, rambut beruban, botak, dan lingkaran hitam di bawah mata. Namun, semua itu TIDAK akan terjadi jika Anda makan buah pada waktu perut kosong.

Menurut Dr Herbert Shelton yang melakukan penelitian tentang hal ini. Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah-buahan, Anda memiliki Rahsia kecantikan, umur panjang, kesihatan, energi, kebahagiaan dan berat badan normal!

Ketika Anda harus minum jus buah – minumlah jus buah yang fresh, TIDAK dari kaleng. Jangan minum jus yang telah dipanaskan. Jangan makan buah-buahan yang sudah dimasak karena Anda tidak mendapatkan nutrisi sama sekali. Anda hanya bisa mendapatkan rasa. Memasak buah akan menghancurkan semua vitaminnya!!

Makan buah utuh lebih baik daripada minum jus. Tetapi jika Anda juga ingin meminum jus, minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karena Anda harus membiarkannya bercampur dengan air liur Anda sebelum menelannya.

Untuk membuktikan khasiat dari buah, Anda dapat melakukan percubaan dengan memakan buah-buah segar 3-hari berturut-turut untuk membersihkan tubuh Anda. Hanya makan buah dan minum jus buah selama 3 hari dan Anda akan terkejut ketika teman Anda memberitahu Anda bagaimana Anda tampak berseri-seri !


BEBERAPA KHASIAT BUAH :

KIWI : Kecil tapi kuat.Ini adalah sumber yg baik terdiri dari kalium, magnesium, vitamin E dan serat. Berisi vitamin C dua kali ganda dari jeruk.

EPAL : Sebuah epal sehari membuat Anda jauh dari doktor. Meskipun sebuah epal memiliki kandungan vitamin C rendah, ia memiliki antioksidan dan flavonoid, yang dapat meningkatkan aktivitas vitamin C dengan demikian membantu untuk menurunkan risiko kanser usus, serangan jantung dan strok.

STRAWBERI : Buah pelindung. Strawberi memiliki kekuatan antioksidan total tertinggi antara buah-buahan utama dan melindungi tubuh dari penyebab kanser, penyumbatan pembuluh darah-radikal bebas.

JERUK : Ubat yang manis. Memakan 2-4 jeruk dalam sehari dapat membantu agar pilek menjauh, menurunkan kolesterol, mencegah dan melarutkan batu ginjal serta mengurangi risiko kanser usus.

TEMBIKAI : Pendingin dan pemadam haus. Terdiri dari 92% air, juga dikemas dengan dosis raksasa glutathione, yang membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh kita. Semangka juga merupakan sumber utama likopen – oksidan melawan kanker. nutrisi lain yang ditemukan di semangka adalah vitamin C dan  kalium.

JAMBU dan BETIK : penghargaan paling TOP untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang untuk vitamin C. Jambu biji juga kaya serat, yang membantu mencegah sembelit. Pepaya kaya akan karoten, ini adalah baik untuk mata Anda


Lagi-lagi menurut penelitian Dr Herbert Shelton, jika Anda telah menguasai cara yg benar makan buah2an, anda memiliki; umur panjang, selalu sehat, penuh energi, tubuh dan pikiran jadi nyaman dan berat badan normal..


♥ 10 SiLap BeSar Yang DiLakuKan Oleh IsTeri TerHaDap SuaMi ♥

Assalammualaikum,
Aku tertarik dengan post yg ku baca dalam blog ni MyBuletin.com
So aku rasa memang patut aku share dengan sahabat2 semua,,,sebagai manusia biasa kita bisa lalai dan lupa bahawa tindakan kita terhadap suami kadang-kadang menyebabkan kita DERHAKA kepada suami....Nauzubillah...Jom kita baca dan beringat ya, Syurga suami terletak dibawah Kaki Suami taw :)

10 Silap Besar Yang Dilakukan Oleh Isteri Terhadap Suami

Rumahtangga adalah satu bentuk hubungan mesra diantara seorang lelaki dan wanita sebagai suami dan isteri dalam perjalanan menuju kebahagiaan dalam kehidupan dan untuk mendapatkan redha Allah.

Tetapi ramai yang tidak menyedari akan beberapa perkara yang merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh isteri terhadap suami mereka.

Antara kesilapan tersebut adalah seperti berikut:


1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna

Sebelum menikah, seorang wanita membayangkan pernikahan yang begitu indah, kehidupan yang sangat romantis sebagaimana ia baca dalam novel maupun ia saksikan dalam sinetron-sinetron.

Ia memiliki gambaran yang sangat ideal dari sebuah pernikahan. Kelelahan yang sangat, cape, masalah keuangan, dan segudang problematika di dalam sebuah keluarga luput dari gambaran nya.

Ia hanya membayangkan yang indah-indah dan enak-enak dalam sebuah perkawinan.

Akhirnya, ketika ia harus menghadapi semua itu, ia tidak siap. Ia kurang bisa menerima keadaan, hal ini terjadi berlarut-larut, ia selalu saja menuntut suaminya agar keluarga yang mereka bina sesuai dengan gambaran ideal yang senantiasa ia impikan sejak muda.

Seorang wanita yang hendak menikah, alangkah baiknya jika ia melihat lembaga perkawinan dengan pemahaman yang utuh, tidak sepotong-potong, romantika keluarga beserta problematika yang ada di dalamnya.

2. Nusyus (tidak taat kepada suami)

Nusyus adalah sikap membangkang, tidak patuh dan tidak taat kepada suami. Wanita yang melakukan nusyus adalah wanita yang melawan suami, melanggar perintahnya, tidak taat kepadanya, dan tidak ridha pada kedudukan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah tetapkan untuknya.

Nusyus memiliki beberapa bentuk, diantaranya adalah:


  • Menolak ajakan suami ketika mengajaknya ke tempat tidur, dengan terang-terangan maupun secara samar.
  • Mengkhianati suami, misalnya dengan menjalin hubungan gelap dengan pria lain.
  • Memasukkan seseorang yang tidak disenangi suami ke dalam rumah
  • Lalai dalam melayani suami
  • Mubazir dan menghambur-hamburkan uang pada yang bukan tempatnya
  • Menyakiti suami dengan tutur kata yang buruk, mencela, dan mengejeknya
  • Keluar rumah tanpa izin suami
  • Menyebarkan dan mencela rahasia-rahasia suami.

Seorang istri shalihah akan senantiasa menempatkan ketaatan kepada suami di atas segala-galanya. Tentu saja bukan ketaatan dalam kedurhakaan kepada Allah, karena tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ia akan taat kapan pun, dalam situasi apapun, senang maupun susah, lapang maupun sempit, suka ataupun duka.

Ketaatan istri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami.

3. Tidak menyukai keluarga suami

Terkadang seorang istri menginginkan agar seluruh perhatian dan kasih sayang sang suami hanya tercurah pada dirinya. Tak boleh sedikit pun waktu dan perhatian diberikan kepada selainnya. Termasuk juga kepada orang tua suami.

Padahal, di satu sisi, suami harus berbakti dan memuliakan orang tuanya, terlebih ibunya.
Salah satu bentuknya adalah cemburu terhadap ibu mertuanya.

Ia menganggap ibu mertua sebagai pesaing utama dalam mendapatkan cinta, perhatian, dan kasih sayang suami. Terkadang, sebagian istri berani menghina dan melecehkan orang tua suami, bahkan ia tak jarang berusaha merayu suami untuk berbuat durhaka kepada orang tuanya.

Terkadang istri sengaja mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang tua dan keluarga suami, atau membesar-besarkan suatu masalah, bahkan tak segan untuk memfitnah keluarga suami.

Ada juga seorang istri yang menuntut suaminya agar lebih menyukai keluarga istri, ia berusaha menjauhkan suami dari keluarganya dengan berbagai cara.

Ikatan pernikahan bukan hanya menyatukan dua insan dalam sebuah lembaga pernikahan, namun juga ‘pernikahan antar keluarga’. Kedua orang tua suami adalah orang tua istri, keluarga suami adalah keluarga istri, demikian sebaliknya. Menjalin hubungan baik dengan keluarga suami merupakan salah satu keharmonisan keluarga. Suami akan merasa tenang dan bahagia jika istrinya mampu memposisikan dirinya dalam kelurga suami. Hal ini akan menambah cinta dan kasih sayang suami.

4. Tidak menjaga penampilan

Terkadang, seorang istri berhias, berdandan, dan mengenakan pakaian yang indah hanya ketika ia keluar rumah, ketika hendak bepergian, menghadiri undangan, ke kantor, mengunjungi saudara maupun teman-temannya, pergi ke tempat perbelanjaan, atau ketika ada acara lainnya di luar rumah.

Keadaan ini sungguh berbalik ketika ia di depan suaminya. Ia tidak peduli dengan tubuhnya yang kotor, cukup hanya mengenakan pakaian seadanya: terkadang kotor, lusuh, dan berbau, rambutnya kusut masai, ia juga hanya mencukupkan dengan aroma dapur yang menyengat.

Jika keadaan ini terus menerus dipelihara oleh istri, jangan heran jika suami tidak betah di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar ketimbang di rumah. Semestinya, berhiasnya dia lebih ditujukan kepada suami Janganlah keindahan yang telah dianugerahkan oleh Allah diberikan kepada orang lain, padahal suami nya di rumah lebih berhak untuk itu.

5. Kurang berterima kasih

Tidak jarang, seorang suami tidak mampu memenuhi keinginan sang istri. Apa yang diberikan suami jauh dari apa yang ia harapkan. Ia tidak puas dengan apa yang diberikan suami, meskipun suaminya sudah berusaha secara maksimal untuk memenuhi kebutuhan keluarga dan keinginan-keinginan istrinya.

Istri kurang bahkan tidak memiliki rasa terima kasih kepada suaminya. Ia tidak bersyukur atas karunia Allah yang diberikan kepadanya lewat suaminya. Ia senantiasa merasa sempit dan kekurangan. Sifat qona’ah dan ridho terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya sangat jauh dari dirinya.

Seorang istri yang shalihah tentunya mampu memahami keterbatasan kemampuan suami. Ia tidak akan membebani suami dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan suami. Ia akan berterima kasih dan mensyukuri apa yang telah diberikan suami. Ia bersyukur atas nikmat yang dikaruniakan Allah kepadanya, dengan bersyukur, insya Allah, nikmat Allah akan bertambah.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.”

6. Mengingkari kebaikan suami

“Wanita merupakan mayoritas penduduk neraka.”

Demikian disampaikan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam setelah shalat gerhana ketika terjadi gerhana matahari.

Ajaib !! wanita sangat dimuliakan di mata Islam, bahkan seorang ibu memperoleh hak untuk dihormati tiga kali lebih besar ketimbang ayah. Sosok yang dimuliakan, namun malah menjadi penghuni mayoritas neraka. Bagaimana ini terjadi?

“Karena kekufuran mereka,” jawab Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ketika para sabahat bertanya mengapa hal itu bisa terjadi. Apakah mereka mengingkari Allah?

Bukan, mereka tidak mengingkari Allah, tapi mereka mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah diperbuat suaminya. Andaikata seorang suami berbuat kebaikan sepanjang masa, kemudian seorang istri melihat sesuatu yang tidak disenanginya dari seorang suami, maka si istri akan mengatakan bahwa ia tidak melihat kebaikan sedikitpun dari suaminya. Demikian penjelasan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam hadits yang diriwayatkan Bukhari (5197).

Mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan suami!!

Inilah penyebab banyaknya kaum wanita berada di dalam neraka. Mari kita lihat diri setiap kita, kita saling introspeksi , apa dan bagaimana yang telah kita lakukan kepada suami-suami kita?

Jika kita terbebas dari yang demikian, alhamdulillah. Itulah yang kita harapkan. Berita gembira untukmu wahai saudariku.

Namun jika tidak, kita (sering) mengingkari suami, mengingkari kebaikan-kebaikannya,  maka berhati-hatilah dengan apa yang telah disinyalir oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Bertobat,  satu-satunya pilihan utuk terhindar dari pedihnya siksa neraka. Selama matahari belum terbit dari barat, atau nafas telah ada di kerongkongan,  masih ada waktu untuk bertobat. Tapi mengapa mesti nanti? Mengapa mesti menunggu sakaratul maut?

Janganlah engkau katakan besok dan besok wahai saudariku; kejarlah ajalmu,  bukankah engkau tidak tahu kapan engkau akan menemui Robb mu?

“Tidaklah seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya (di akhirat kelak): bidadari yang menjadi pasangan suaminya (berkata): “Jangan engkau menyakitinya, kelak kamu dimurkai Allah, seorang suami begimu hanyalah seorang tamu yang bisa segera berpisah dengan kamu menuju kami.” (HR. At Tirmidzi, hasan)

Wahai saudariku, mari kita lihat, apa yang telah kita lakukan selama ini , jangan pernah bosan dan henti untuk introspeksi diri,  jangan sampai apa yang kita lakukan tanpa kita sadari membawa kita kepada neraka, yang kedahsyatannya tentu sudah Engkau ketahui.

Jika suatu saat, muncul sesuatu yang tidak kita sukai dari suami; janganlah kita mengingkari dan melupakan semua kebaikan yang telah suami kita lakukan.

“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah surga dan nerakamu.” (HR.Ahmad)


7. Mengungkit-ungkit kebaikan

Setiap orang tentunya memiliki kebaikan, tak terkecuali seorang istri. Yang jadi masalah adalah jika seorang istri menyebut kebaikan-kebaikannya di depan suami dalam rangka mengungkit-ungkit kebaikannya semata.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” [Al Baqarah: 264]

Abu Dzar radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Ada tiga kelompok manusia dimana Allah tidak akan berbicara dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka adzab yang pedih.”

Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali.” Lalu Abu Dzar bertanya, “Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. ” [HR. Muslim]

8. Sibuk di luar rumah

Seorang istri terkadang memiliki banyak kesibukan di luar rumah. Kesibukan ini tidak ada salahnya, asalkan mendapat izin suami dan tidak sampai mengabaikan tugas dan tanggung jawabnya.

Jangan sampai aktivitas tersebut melalaikan tanggung jawab nya sebagai seorang istri. Jangan sampai amanah yang sudah dipikulnya terabaikan.

Ketika suami pulang dari mencari nafkah, ia mendapati rumah belum beres, cucian masih menumpuk, hidangan belum siap, anak-anak belum mandi, dan lain sebagainya. Jika hni terjadi terus menerus, bisa jadi suami tidak betah di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar atau di kantor.

9. Cemburu buta

Cemburu merupakan tabiat wanita, ia merupakan suatu ekspresi cinta. Dalam batas-batas tertentu, dapat dikatakan wajar bila seorang istri merasa cemburu dan memendam rasa curiga kepada suami yang jarang berada di rumah. Namun jika rasa cemburu ini berlebihan, melampaui batas, tidak mendasar, dan hanya berasal dari praduga; maka rasa cemburu ini dapat berubah menjadi cemburu yang tercela.

Cemburu yang disyariatkan adalah cemburunya istri terhadap suami karena kemaksiatan yang dilakukannya, misalnya: berzina, mengurangi hak-hak nya, menzhaliminya, atau lebih mendahulukan istri lain ketimbang dirinya. Jika terdapat tanda-tanda yang membenarkan hal ini, maka ini adalah cemburu yang terpuji. Jika hanya dugaan belaka tanpa fakta dan bukti, maka ini adalah cemburu yang tercela.

Jika kecurigaan istri berlebihan, tidak berdasar pada fakta dan bukti, cemburu buta, hal ini tentunya akan mengundang kekesalan dan kejengkelan suami. Ia tidak akan pernah merasa nyaman ketika ada di rumah. Bahkan, tidak menutup kemungkinan, kejengkelannya akan dilampiaskan dengan cara melakukan apa yang disangkakan istri kepada dirinya.

10. Kurang menjaga perasaan suami

Kepekaan suami maupun istri terhadap perasaan pasangannya sangat diperlukan untuk menghindari terjadinya konflik, kesalahpahaman, dan ketersinggungan.

Seorang istri hendaknya senantiasa berhati-hati dalam setiap ucapan dan perbuatannya agar tidak menyakiti perasaan suami, ia mampu menjaga lisannya dari kebiasaan mencaci, berkata keras, dan mengkritik dengan cara memojokkan. Istri selalu berusaha untuk menampakkan wajah yang ramah, menyenangkan, tidak bermuka masam, dan menyejukkan ketika dipandang suaminya.


Itu antara kesilapan kita sebagai isteri yang terkadang dilakukan kepada suami...Hindarkan diri dari melakukan perkara-perkara tersebut agar suami semakin sayang pada setiap istri. Semoga keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, warohmah.

Aamiiin.

Semoga bermanfaat

♥ TIPS / PETUA ~ HiLanGkaN JeRaGaT ♥

Jeragat??? Huhuhu semua orang tak suka pada jeragat bila dah bertempek kat muka...Mana tidaknya bila muka berjeragat konfident level pun akan menurun walaupun penampilan VOKE bagaikan artis....Kadang-kadang bila bermake-up kita berniat nak tutup jeragat tu kan...rupa-rupanya makin ketara and akan menambahkan sakit hati kita sendiri pula....

Aku tak juga nak cakap yang kulit aku ni bersih tanpa jeragat...nak cakap teruk tu tak juga tapi macam nak ada...so apalagi mengelabah lah, jgn ckp aku tak ikut peraturan penjagaan muka...aku ikut taw tapi masih juga jeragat nak menyinggah kat muka aku.....

So apalgi aku mengoogle lah petua-petua untuk menghilangkan jeragat ni.  Satu aku tertarik dengan satu tips/petua yang aku dapat drpd blog Iirzainie.blogspot.com ni...apakata kita try tips dia yang mudah ni...lagipun bahan yang digunakan memang sentiasa ada kat dapur rumah kita kan iaitu ASAM JAWA. Yang pentingnya kita rajin, selawat banyak2 dan tawakal pada Allah SWT agar niat kita kembali mencerahkan wajah kita diperkenankan...Aku dah start dah dlm seminggu yang lalu, belum nampak sangat hasilnya...hehehe...Sabar yeah :)

Bukan apa petua ni kita lakukan dalam masa yang sama kita guna produk-produk yang ada di pasaran tu...mana tahu dah abis usaha, bolehlah cuba mengamalkan petua ni pula k...

Cara-caranya --->>
1.  Ambil sedikit ASAM JAWA dan campurkan dengan SEDIKIT AIR..agar menjadi satu sebatian
2.  Sapukan pada muka yang bermasalah selama 15 minit
3.  Kemudian cuci muka dengan air suam.
4.  Lakukan beberapa kali untuk beberapa hari. Ianya juga dapat menaikkan seri wajah...



♥ Lirik lagu --->> Let It Go - Demi Lovato ♥

Huhuhu..rasanya sekarang memang demam Movie Disney's FROZEN kan??? Anak kecik aku yang umur 2 thn lebih memang gila sangat dengan movie ni...siap hafal lagu tema movie ni lagi....LET IT GO....LET IT GO!!!

Walaupun bahasa Amirah masih tak cun nak sebut bait-bait lagu ni tapi aku tahu dia memang 200% suka lagu ni...Bila Amirah menyanyi siap dengan aksi naik tangga nya lagi mcm Princess Elsa dalam movie ni....haha...lucu bila aku tengok.  Aku taw lagu ni ada 2 version penyanyinya, by Idina Menzel & Demi Lovato.

Aku saja nak pilih Demi Lovato sebagai penyanyi utama aku dalam entry ini sebab dia memang antara penyanyi kini yg aku LOIKEEEE sangat2 :)

DEMI LOVATO # pic kredit to google

Jom kita hayati bait-bait lagu ni LET IT GO ini ya (jangan lupa dengarkan MP3 nya sekali masa nak nyanyi) takut tiun lari...:D

Let it go

The snow glows white on the mountain tonight
Not a footprint to be seen.
A kingdom of isolation,
and it looks like I'm the Queen
The wind is howling like this swirling storm inside
Couldn't keep it in;
Heaven knows I've tried

Don't let them in,
don't let them see
Be the good girl you always have to be
Conceal, don't feel,
don't let them know
Well now they know

Let it go, let it go
Can't hold it back anymore

Let it go, let it go
Turn away and slam the door
I don't care
what they're going to say
Let the storm rage on.
The cold never bothered me anyway

It's funny how some distance
Makes everything seem small
And the fears that once controlled me
Can't get to me at all

It's time to see what I can do
To test the limits and break through
No right, no wrong, no rules for me,
I'm free!

Let it go, let it go
I am one with the wind and sky
Let it go, let it go
You'll never see me cry
Here I stand
And here I'll stay
Let the storm rage on

My power flurries through the air into the ground
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I'm never going back, the past is in the past

Let it go, let it go
And I'll rise like the break of dawn
Let it go, let it go
That perfect girl is gone
Here I stand
In the light of day
Let the storm rage on

The cold never bothered me anyway!
wokey...yang ni link video klips FROZEN - Let It Go ya korang (n__n)

OFFICIAL DISNEY HD

lyrics kredit to http://www.phat.my ;)
Mmuuuah :)

♥ PerHimPuNan PaGi JaBaTaN JaN 2014 & SamBuTaN HaRi NaTaL 2013 ♥

Assalammualaikum semua...
Untuk pembukaan tahun baru 2014 ini aku masih nak ucapkan Selamat Tahun Baru yeah...Nak kabarkan pada kawan2 semua yang jabatan tempat aku bertugas baru sahaja selesai mengadakan perhimpunan pagi yang pertamanya untuk Januari 2014.   Bersamaan dengan itu sambutan Hari Natal 2013 turut dibuat pada hari yang sama...

Pada awalnya aku pun tak tahu tentang hal ini sehinggalah dimaklumkan beberapa hari sebelum majlis dibuat.  So kawan-kawan yang Non-Muslim lah yang mengambil alih tugas pada kali ini untuk membuat hiasan dan persediaan pembukaan untuk sambutan Hari Natal ini.  Dan kebetulan Pengarah jabatan aku Dr. Christina Rundi juga adalah seorang Non-Muslim (n__n)
 
# sempat pose dgn colleagues, Nor'Ain...SELFIE...SELFIE :)
# member-member office ku :)
# selfie kejap..hehe...kami ada Santa Clause dan SantaRina in da House juga yeah :D
# antara staff yg hadir pd majlis tersebut...Mmmh, mana yg lain yeah??? :P
# Perhimpunan Pagi Jabatan sedang berjalan....
# Katerer sibuk menyediakan juadah untuk majlis :)
So selesai perhimpunan pagi, majlis sambutan Hari Natal diteruskan....Wowww!! Santa Clause and SantaRina pun ada sama....hehehehe...(theirrr are fake....my frens :P) Ada juga persembahan Carolling utk nyanyian lagu Hari Natal (lebih kurang mcm koir lah...)

# persembahan Carolling...dan aku yang sibuk nak mengemas bila majlis dh tamat

# semua muka HAPPY sebab semua dah kenyaaanggg !! :P
# diarah untuk mengemas setelah majlis tamat...hahaha...

# mengapakah ini pengakhirannya....hahahaha :D
Setelah majlis tamat....kami yang baik hati ini diminta untuk membantu mengemas dan membersihkan sisa-sisa majlis....adoiiiiii.....nasib dah biasa mengemas rumah...hahaha...cuma memang hebatlah sebab hampir 10 tahun bertugas di jabatan ini dan hadir byk acara jabatan, tapi ini lah pertama kali aku kena menyapu tapak acara setelah majlis selesai....kalo lah BFF ku c Miley dan Umiy Izzah ada, mesti diorang senyum kambing pada aku yang rajin ni....hahaha....:D

Apapun majlis ni berjalan dengan lancar dan kami semua turut mendengar amanat daripada Puan Pengarah juga untuk tahun baru 2014...Azam aku??  Doaku sentiasa, ingin menjadi lebih baik daripada semalam dan semoga aku menjadi seorang Isteri & Muslimah yang taat perintah kepada Suami dan Allah SWT sentiasa...Amin ya Rabbal Al amin....

Jumpa kat next entry yeah :)


♥ SeLamaT Hari LaHir 10-Tahun Puteraku Wan MarZuQi MusTaQim ♥

Assalammualaikum semua pembaca setia blog ku ini...
31.12.2003 yang lalu masih segar dalam ingatan aku, walaupun telah 10 tahun berlalu.  Pada detik 8.34 pagi tanggal 31.12.2003 aku selamat melahirkan putera keduaku yang diberi nama Wan Marzuqi Mustaqim.  Nama puteraku dipilih oleh Huby dan Ibu Mertua ku sendiri yang membawa erti "Rezekiku Yang Lurus".  Alhamdulillah dengan berat 3.0kg putera ku yang kedua ini sihat ketika dilahirkan.....rindunya saat itu!!!

Kini tanpa sedar masa kian cepat berlalu....putera keduaku kini genap 10 tahun.  Selalunya kami sekeluarga akan membuat sambutan Hari Lahir Wan Marzuqi sekali dengan sambutan Tahun Baru kerana tarikh lahirnya yang jatuh pada 31 Disember setiap tahun.  Namun pada tahun 2013 ini aku buat sedikit perubahan, sambutan hari lahir agak lewat aku buat...iaitu pada 4hb Jan 2014.  Ini atas sebab Rainbow Cake tema BoboiBoy agak lewat disiapkn ats sbb peak season dan sesi sekolah yg baru bermula...aku faham juga sbb kek ni Home Made dr kawan FB dan bukan ditempah di kedai kek...tp mmg dah dimaklumkn lebih awal dn aku pn tidak ada halangan.

Apa yang penting permintaan puteraku ini yang mahukan tema BoboiBoy tetap menjadi....tapi pada mulanya memang aku tak inform pun akan kelewatan ini. Maka Wan Marzuqi beranggapan aku telah lupa hari lahirnya...hehehe..."Wahai anak-anakku sayang, mana mungkin Mama akan lupa tarikh lahir kalian bertiga....TIDAK MUNGKIN sayang" :D

Walaupun sambutan agak sederhana pada sambutan hari lahir yang ke 10-tahun ini, Mama tetap akan mendoakan mu Puteraku Wan Marzuqi Mustaqim..."Ya Allah, Engkau perkenankanlah doaku sebagai Ibu, semoga anakku Wan Marzuqi Mustaqim menjadi anak yang solleh, baik, berjaya dunia akhirat, sentiasa dimurahkan rezeki dalam apa jua yang diimpikannya, menjadi hamba Allah SWT yang taat akan perintahMU, kuat semangat menempuh segala dugaan dan membahagiakan serta membanggakan Mama Bapa dan paling penting dirimu. Amin Ya Rabbal Al Amin" :D

So jom layan gambar yang sempat aku titipkan pada saat-saat yang istimewa ini....



♥ Followers Yg Setia ♥