♥ PerHimPuNan PaGi JaBaTaN JaN 2014 & SamBuTaN HaRi NaTaL 2013 ♥

Assalammualaikum semua...
Untuk pembukaan tahun baru 2014 ini aku masih nak ucapkan Selamat Tahun Baru yeah...Nak kabarkan pada kawan2 semua yang jabatan tempat aku bertugas baru sahaja selesai mengadakan perhimpunan pagi yang pertamanya untuk Januari 2014.   Bersamaan dengan itu sambutan Hari Natal 2013 turut dibuat pada hari yang sama...

Pada awalnya aku pun tak tahu tentang hal ini sehinggalah dimaklumkan beberapa hari sebelum majlis dibuat.  So kawan-kawan yang Non-Muslim lah yang mengambil alih tugas pada kali ini untuk membuat hiasan dan persediaan pembukaan untuk sambutan Hari Natal ini.  Dan kebetulan Pengarah jabatan aku Dr. Christina Rundi juga adalah seorang Non-Muslim (n__n)
 
# sempat pose dgn colleagues, Nor'Ain...SELFIE...SELFIE :)
# member-member office ku :)
# selfie kejap..hehe...kami ada Santa Clause dan SantaRina in da House juga yeah :D
# antara staff yg hadir pd majlis tersebut...Mmmh, mana yg lain yeah??? :P
# Perhimpunan Pagi Jabatan sedang berjalan....
# Katerer sibuk menyediakan juadah untuk majlis :)
So selesai perhimpunan pagi, majlis sambutan Hari Natal diteruskan....Wowww!! Santa Clause and SantaRina pun ada sama....hehehehe...(theirrr are fake....my frens :P) Ada juga persembahan Carolling utk nyanyian lagu Hari Natal (lebih kurang mcm koir lah...)

# persembahan Carolling...dan aku yang sibuk nak mengemas bila majlis dh tamat

# semua muka HAPPY sebab semua dah kenyaaanggg !! :P
# diarah untuk mengemas setelah majlis tamat...hahaha...

# mengapakah ini pengakhirannya....hahahaha :D
Setelah majlis tamat....kami yang baik hati ini diminta untuk membantu mengemas dan membersihkan sisa-sisa majlis....adoiiiiii.....nasib dah biasa mengemas rumah...hahaha...cuma memang hebatlah sebab hampir 10 tahun bertugas di jabatan ini dan hadir byk acara jabatan, tapi ini lah pertama kali aku kena menyapu tapak acara setelah majlis selesai....kalo lah BFF ku c Miley dan Umiy Izzah ada, mesti diorang senyum kambing pada aku yang rajin ni....hahaha....:D

Apapun majlis ni berjalan dengan lancar dan kami semua turut mendengar amanat daripada Puan Pengarah juga untuk tahun baru 2014...Azam aku??  Doaku sentiasa, ingin menjadi lebih baik daripada semalam dan semoga aku menjadi seorang Isteri & Muslimah yang taat perintah kepada Suami dan Allah SWT sentiasa...Amin ya Rabbal Al amin....

Jumpa kat next entry yeah :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥