Memaparkan catatan dengan label MANIK & AKSESORI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MANIK & AKSESORI. Papar semua catatan

♥ KunTuMan Lili ♥



Salam sayang semua..huuuu, lama juga Reen tak update blog Reen nie tentang bab sulam manik..bukan dah stop tapi sejak setahun lalu memang Reen tak buat apa-apa aktiviti memanik, disebabkan pembawaan 'baby' lah mungkin..mahu tengok kotak manik pun Reen malas...hahaha...tapi insya-allah tahun nie aktiviti manik Reen ini akan bergerak aktif semula..

Sebenarnya banyak juga permintaan untuk kawan-kawan yang minta jahitkan labuci dan manik ni tapi Reen terpaksa tolak sebab 'malas' yang melampau time2 tu...awal tahun 2012 sudah ada kawan-kawan yang bertanya kalau Reen dah boleh terima tempahan tapi Reen hanya senyumm..apa maknanya ya?? hihihi >__<

Reen bukannya pakar sangat nak menjahit labuci dan manik nie cuma ini adalah salah satu hobi Reen...apapun selagi ada kesempatan Reen akan berkongsi hobi ini dengan anda semua ya :)



V Beriring


Sudah sekian lama Reen tidak berkesempatan meng'uplodkan' gambar terbaru corak manik hasil tangan Reen ini...Sebenarnya ada beberapa gambar lagi dalam koleksi Reen yang belum Reen kongsikan bersama teman-teman semua. Tapi ya, insya-Allah Reen akan meng'uplodkan' hasilnya dalam sedikit masa lagi utk dikongsi bersama jika ada kesempatan....

Hasil ni Reen nama kan V Beriring...sebenarnya corak ni tidak sesukar mana bagi Beaders yang dah cun dengan beading-beading project ni kan...Reen sedar apa yang Reen hasilkan ini belum cukup 'voke' tetapi apapun ia adalah hasil tangan Reen sendiri...hahaha...so Reen harap semua enjoy....:-D

BunGa ManJaLaRa II

Terlalu lama rasanya sudah tidak berkongsi cerita dengan kawan-kawan...dan itu bererti juga sudah terlalu lama Reen tidak berkongsi hasil-hasil jahitan manik yang telah Reen hasilkan....
Bunga Manjalara II antara hasil yang Reen ingin kongsikan bersama-sama teman-teman...simple tapi tetap menarik. Reen harap apa yang ada disini akan menarik perhatian teman-teman untuk terus menjadi peminat hasil manik.....
Sayonara......

BunGa LaLanG NiGiNa for AsiaH...

Bersyukur kita kepada Allah SWT atas keizinanNya..Reen dapat mencoret lagi buat teman2 semua...Dan pada kali ini Reen akan kongsikan bersama teman2 hasil manik yang Reen namakan Bunga Lalang Nigina for Asiah..
Sebenarnya Reen letakkan nama sahabat Reen di penghujung nama hasil jahitan manik ini sebagai tanda penghargaan...Diharap hasil tangan Reen dapat memuaskan hatinya..tidak 100% pun harap dalam 80% pun kira dah berbaloi...
Bunga Lalang Nigina ini Reen hanya jahitkan di Bahagian Lengan kerana itu sahaja permintaan yang dibuat..Apapun Reen mengambil masa dalam 2 malam menyiapkan hasil jahitan manik ini...
Selamat Mencuba k....

PinK PiRaMiD DuO Vs MaNik SToNe




Pink....Pink...and Pink...warna yang menjadi kegemaran Reen sejak bertahun yang lalu sehingga kini. Tapi Pink untuk lelaki??? huhuhuhu apa salahnya kan.....lagipun it's just about Colour lah...
Baju Melayu ni milik 1st Cousin Reen, Abg Mijo...Mama AbG Mijo minta Reen jahitkan manik dan labuci di Baju Melayu ni, katanya tak perlu 'Voke' sangat..nak pakai masa Hari Bersanding di pihak lelaki nanti..Huhuhu bila Mama cakap macam tu Reen terus blurrrr...sebab takut nanti hasil tangan Reen tidak menepati citrasa yang diinginkan. Lebih-lebih lagi ini baju lelaki, rasa payah juga nak cari design yang sesuai...
Perlu faham Reen bukannya beader yang 'Pro'....Reen buat semua ni kerana minat....so hasilnya memang tidak dapat menandingi beaders yang sudah berpengalaman. Tapi apapun akhirnya hasil yang tercipta tidak menghampakan semua..Inilah hasilnya, Reen share dengan kawan2 semua..hahahaha bila dah siap rasa lega dan happy sangat Reen rasakan...Syukur..syukur and syukur...BYEEEEE

Stardust V2



Hello...Reen kongsikan corak manik tabur yang Reen buatkan di pergelangan tangan baju. Bahagian Leher baju kurung moden ni Reen tidak banyak jahitkan manik/labuci sebab jenis kain ni memang sudah sedia ada labuci, so Reen tidak mahu baju ni nampak sarat sangat sebab tu Reen buatkan manik jenis beriring yang simple sahaja di bahagian lehernya.
Hopefully menjadi inspirasi buat kawan2 semua...chawwwww ^_^

Matahariku OST Jelita

Mmmh...salam semua. Apa kabar? Sekian lama Reen tidak mencoret dan meng'uplod' gambar2 terbaru Reen didalam blog kesayangan Reen ni...Insyallah cerita terbaru dan gambar2 projek beading Reen yang terbaru akan Reen share dengan kawan2 semua dalam sedikit masa lagi...
Sekarang Reen paparkan satu lagi hasil jahitan manik Reen untuk rujukan dan komen kawan2 semua...simple dan nice..Reen namakan hasil nieengan projek dan Matahariku OST Jelita...hahahaha saja bagi nama tu sbab mcm best dan glamor..lain dari yang lain...apapun bertemu lagi di lain catatan okey...bye..

MaNik-MaNik For HusNa

# BUNGA QALESYA V.I


# BERIRING EDORA


# SIMPLE BUNGA KEKWA
Salam semua
Hasil jahitan manik yang Reen buatkan untuk sahabat Reen..Husna
Simple sahaja sebab Reen buatkan ketiga-tiga ni dalam masa 1 hari sahaja...
Hopefully Husna suka lah dengan corak nie...

BaB 6 : KoLekSi KeRonSanG

Assalammualaikum dan Salam Lebaran...heeee sekarang masih dalam bulan Syawal tau..

Semestinya sebelum menjelangnya Bulan Syawal hari tu ramai yang ada beli Keronsang baru untuk dipakai pada pagi Hari Raya..Iyelah tidak kira sama ada untuk diri sendiri, Mama, adik dan kaum keluarga terdekat yang lain. Dan mungkin juga ada yang beli untuk dihadiahkan kepada teman-teman...


Reen pun ada juga menambah Koleksi Keronsang Reen yang sedia ada...memang banyak sangat pilihan yang ada dan kadang-kadang masa mahu membeli pun boleh binggung memilih dibuatnya....hahaha sebab nak yang paling cantik dan berpatutan harganya..


So sekarang Reen kongsikan bersama teman-teman pembaca blog Reen antara jenis Keronsang yang menjadi pilihan hati Reen untuk ditambahkan ke dalam Koleksi Keronsang yang sedia ada...



Bab 5 : KoLekSi GeLanG KrisTaL SaBaH

Sudah lama sangat Reen tak uplodkan gambar berkaitan aksesori..Untuk itu disini Reen uplodkan gambar2 Gelang Kristal Dwi Color yang ada dipasaran KK sekarang..ada juga yang Triple Color..Kalo ada yang tidak suka combination color yang telah dibuat, permintaan boleh dibuat untuk menggabungkan color kegemaran masing-masing..hehehehe

Mohon maaflah sebab kualiti gambar tak berapa jelas..actually kalo ua ll nak tau kristal ni memang 'shining' dari jauh lagi..mesti best pakai sempena Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi..Mmmh match kan dengan color Baju Raya mesti lagi 'voke'..Gelang-gelang seperti ini juga boleh dijadikan ole2 untuk saudara-mara (yg pompuan lah) di kampung, memang meriah dan happy mereka dpt ole2 dari kita. Mungkin tak sehebat 'Emas' tapi yang penting ingatan tulus ikhlas kita buat mereka...

Selamat Hari Raya :-))

♥ Followers Yg Setia ♥