♥ Resipi SaLaD KenTanG ♥

Whatsap2!! Assalammualaikum...

Petang-petang macam ni memang best layan macam-macam...layan mata (tngok movie ar..)...layan telinga (dengar lagu2 best..)...layan mulut (bergossip ar tu..)..layan perut (tak caya try pg tngok kat pantry...hahaha msti ramai melepak layan secawan mnuman panas kat sna...)...layan perasaan dan layan internet....hahaha...mcm aku ar...iyelah penat buat keja kan so kita stop jap TAKE A BREAK..alah, mcm iklan coklat KIT KAT tu....>__<

Apa lagi aku masuk internet...layan jap bloggers2 femes kat Malaysia...tngok apa citer dorang so...aku dptlah satu citer best...citer masak memasak...hahaha...sebenarnya aku pon blum try lagi tp insya-Allah aku akan try juga resipi ni sbb bila baca sepintas lalu mcm senang nak buat, bahan2 pun ringkas...dan paling penting mcm sedappp....hehehe...

Kalo dulu kala salad2 ni makanan orang barat, huhuhu...kalo kita makanan mcm ni kita sebut ulam2...oleh kerna ulam2 ni dibuat drpd sayur-sayur mentah yg brwarna hijau (selalunya arr...) so aku x berapa nk berkenan...sory yeah aku tak mkn Sayur Hijau ar gals...oleh kerna perubahan zaman, skrg mcm2 jenis salad ada...salad buah..salad tomato...salad mangga...dan yang ni termasuk juga iaitu salad ubi kentang...(wah mcm best jak kannn...)..Kalo ikut blogger yg aku baca ni dulu tym dia kat Japan, her host mother suka buat potato salad with egg. Hmm they called it Oishii ! But recently dia jumpa resipi ni drpd myresepi.com..so dia try and dia suka sgttt (>,<)....

So jom layan the simple Resipi ~ Salad KenTanG :-

Courtesy of Google Image. Now I am proudly announced that I am a big fan of Potato Salad!

: Bahan-bahan :

6 biji kentang
2-3 sudu besar mayo
1 sudu besar lemon juice
1 sudu besar air
3-4 genggam daun bawang
Serbuk pati ayam & perasa

: Cara-cara :

Potato
Kentang dipotong kiub (saiz lebih kurang macam sebiji pemadam)
Didihkan bersama dengan garam. Tos.
Dressing:
Dalam mangkuk yang lain, campurkan mayo, lemon juice, air, serbuk pati ayam, & perasa sehingga sebati.
Gaul kentang yang sudah ditos dengan dressing dan daun bawang.
Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Voila!
Sangat sedap apabila dimakan sejuk. Boleh buat banyak-banyak, simpan dalam fridge. Bila lapar tak perlu drive thru ke mcd, hanya perlu drive thru ke fridge aje haha bajet lawak.

Enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan side dishes dengan black pepper steak, chicken chop etc.


Amacam?? Mcm best kan....Blogger ni siap pesan lagi "Please la cuba resipi ni, rasa dia sukar digambarkan! Walaupun bahan-bahan dia nampak macam tak serius, tapi rasa dia memang complete. Yang penting dia sedap gila sebab ada rasa tangy sensation from the lemon juice. Resipi yang aku featurekan kat blog ni semua simple (jimat bahan), menjimatkan wang dan menjimatkan masa. Ahaks, berjimat cermat kan amalan yang mulia. Selamat mencuba!"

So dear all readers for my blog nie...Thank you too for reading this entry !
Labiuuuu....♥♥♥♥

Sumber # http://honeykoyuki.blogspot.com/

♥ BloGKu MasiH UnDer ToP ♥

Salam sayang semua....apa kabar??  Jarum jam sdh hampir menunjukkan ke jam 12.00 t/mlm... Sebenarnya mata aku dah ngantuk sangat tapi c tuan Puteri ku yang kecik ni masih tak maw lelapkan matanya yang cntik tu...huhuhu...aku try juga pujuk dia utk tidur, pujuk punya pujuk bukan makin ngantuk, makin Mamanya ni di bawanya bermain...abislah!!!>,<

Tiba-tiba aku trnampak laptop atas meja, so sementara menunggu mata tuan puteri ni penat..baik aku layan internet dulu...kwang...kwang...kwang...hihihi. Cuba teka aku nak buat apa?? Ntah mcmana trlintas dlm pikiran aku yg tngah mengantuk gila ni untuk try GOOGLE blog aku yang kiut miut ni...(hahaha..saja layan perasaan bangga ada blog!!!)..Biasanya aku klik jer dekat Bookmarks ats tu sbb aku dh save awal2,  iyelah aku malas nk trkial-kial lg menaip utk cari blog sendiri kan....Zaman skrg smua nk cpat..semua men shortcut jer...betul tak??? (jawap sendiri erk...)

Jadi nak dijadikan story dlm blog aku ni...Aku taip ar nama dlm column mncari dkt google tu...aku taip ikut nama blog...tak jumpa...mcm2 aku try....(iyelah aku taip nk dekat2 sama ar dgn nama blog aku ni sbb kdg2 enjin google ni dpt detect juga tu...) still HAMPA...x jumpa juga!!! Huuuuu...memang aku benggong.. dlm hati terdetik..."Aik!! Dh byk yg aku post dlm blog, tkkn blog aku pun ko x kenal...x top2 lg ker blog aku ni....cewaaaahhh!!"...Rupanya mmg x top ponnn...hahaha..Mcmna aku yakin tk top sbb bila aku google nama seorg blogger yg femes tu (mmg femes lah) Tk payah taip penuh http @ blog address dia, just taip nama jer...Tuupp!! Terus trpampang blog dia yg kiut miut lebih dr aku tu...dahlah nama blog dia ni bunyi ala-ala Korea...huuu  cayalah...:))

Sian aku...msih under top pula blog ku ini...aku x lah nk blog aku tu fames 1 dunia ker atau 1 malaysia ker....ckuplah sekadar bila member2 aku tnya..aku dengan bangganya mnjawap..."Korang klik ar blog aku ladyhanekoma.blogspot.."...tp bla jd mcmana ni. Bayangkan smgt c member ni nak baca blog aku..tp bla dia google2 tak jumpa...hahaha...matai ar, kemana perginya blog ku itu...benggong!!! Next tym aku kena bagi taw details...nak cari blog aku tak dapat nak setakat taip dkt goggle2 tu..korang kena taip http @ address penuh blog aku kat ruangan atas sekali dkt ngan -->> www....

Sebab kenyataannya blogku ini masih Under Top ar....o_O



♥ CaRa BeTul MemBaSuh MuKa ♥



Apa langkah pertama dan penting untuk perawatan wajah? Jawapannya adalah mencuci muka. Ketika membersihkan muka, bererti anda telah menghilangkan sisa-sisa, kotoran dan minyak dari wajah. Sebahagian besar dari kita, baik wanita mahupun lelaki pasti sedar akan hal itu, dan membersihkan wajah dua kali sehari sudah menjadi hal wajib.

Tapi, banyak diantara kita yang kurang memperhatikan cara mencuci muka yang baik dengan tidak melihat formula yang terdapat dalam produk pembersih, atau memperlakukan wajah dengan kasar, seperti menggosoknya terlalu keras.
Sekarang ini, ada banyak produk pembersih wajah yang dijual di pasaran, mulai dari jenis foam, gel atau krim yang diformulasikan untuk berbagai jenis kulit berminyak hingga sensitif. Oleh itu, Anda perlu melihat lebih dulu, pembersih apa yang sesuai untuk jenis kulit wajah Anda.

Jika kulit Anda kombinasi atau cenderung berminyak, pilih formula pembersih yang mampu membuang lebihan minyak di wajah dan mengurangi sebum. Sedangkan untuk jenis kulit kering dan sensitif, gunakan pembersih dengan formula lebih ringan dan mengandungi pelembap.

Pastikan produk yang Anda pilih bebas minyak (oil-free), tidak menyumbat pori (non-comedogenic), tidak menimbulkan iritasi (hypoallergenic) dan tidak menimbulkan jerawat (non-acnegenic). Sekarang ini, kebanyakan produk pembersih mengandungi banyak bahan aktif untuk perbagai keperluan, seperti alpha hydroxy acids (membuat wajah lebih cerah), salicylic acid (mencegah jerawat dan membunuh bakteria), vitamin, mineral, glycerin, collagen (menegangkan wajah), elastin dan sodium laureth sulfate.

BAGAIMANA MENCUCI MUKA DENGAN BETUL?

Langkah 1. Cuci Tangan
Selalu cuci tangan sebelum membersihkan muka, memakai makeup atau menyentuh wajah Anda. Tanpa disedari, sangat banyak bakteria yang melekat di tangan Anda, dan jika tidak dibersihkan, bakteria dan kotoran yang melekat pada tangan akan berpindah ke wajah Anda. Gunakan sabun antibakteria dan cuci tangan secara perlahan dengan air suam.

Langkah 2. Ikat Rambut Anda
Dengan mengikat rambut, selain lebih mudah membersihkan, wajah Anda juga akan terhindar dari kotoran yang mungkin melekat pada rambut.

Langkah 3. Bersihkan Makeup
Jika menggunakan makeup, ada baiknya jika Anda membersihkannya dahulu dengan makeup remover sebelum mencuci muka, agar produk akan bekerja lebih efektif. Pilih makeup remover berformula lembut, yang sesuai dengan kulit Anda. Bersihkan bahagian mata terlebih dahulu.

Langkah 4. Basahi Muka
Percikkan sedikit air suam ke wajah agar pori-pori lebih terbuka. Dengan begitu, produk akan membersih lebih mendalam.

Langkah 5. Menggunakan Sabun Muka
Letakkan sedikit pembersih di telapak tangan atau sponge. Gosokkan di telapak tangan hingga berbuih dan usapkan secara lembut dengan jari-jari tangan atau sponge ke seluruh wajah, mulai dari dahi, hidung, pipi, dagu hingga leher. Pijat lembut wajah dengan gerakan memutar selama beberapa minit.

Yang perlu diingat, jangan terus membilas setelah memakainya, biarkan formula pembersihnya meresap ke dalam kulit selama beberapa minit (biasanya 1 atau 2 minit).

Langkah 6. Membilas
Basuh muka dengan air beberapa kali hingga sisa-sisa sabun tidak terasa lagi di wajah. Gunakan air dingin agar pori-pori tertutup dan melancarkan perjalanan darah. Kemudian, keringkan dengan tuala bersih.







Langkah 7. Gunakan Toner
Bagi Anda yang memiliki wajah berminyak, sangat disarankan menggunakan face toner setelah mencuci muka. Toner berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan sabun muka. Toner juga berfungsi mengecilkan pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Usapkan toner secukupnya ke wajah dengan kapas.

Langkah 8. Lembapkan Kulit
Oleskan moisturizer atau face cream berbahan dasar air selepas selesai membersihkan wajah, agar wajah sentiasa terjaga kelembapannya. Pastikan juga bahawa Anda menggunakan pelembap yang sesuai jenis kulit.

♥ 43 PerKaRa RinGan Yg MenYeKaT ReZeKi...Wallahualam!! ♥

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1.  Tidak Solat.
2.  Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3.  Makan atas pinggan yang terbalik.
4.  Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5.  Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6.  Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7.  Suka bersandar pada pintu rumah.
8.  Suka duduk di atas tangga.
9.  Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Apapun penilaian terhadap perkara seperti ini adalah datang dari hati kita sendiri.  Bagi Reen sesuatu perkara yang baik pastinya mendatangkan kebaikan dan rahmat buat kita untuk mengamalkannya.  Manakala perkara yang kurang baik dan tidak senonoh memang patut dielakkan demi menjaga maruah kita bukan saja didepan mata masyarakat sekeliling kita tapi juga didepan Maha Pencipta kita..Carilah PaHaLa dengan beramal...♥♥

♥ Followers Yg Setia ♥