Memaparkan catatan dengan label AkTiViTi / MajLiS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AkTiViTi / MajLiS. Papar semua catatan

♥ Lunch FaReWeLL 4 My FreN ~ LinDa YuBih ♥

Assalammualaikum...alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk aku mencoret lagi walaupun bahasaku tidak seindah pujangga...hahaha...Takpa yang penting maksud tersurat kesampaian....:)

Kali ni aku nak story pasal majlis makan-makan tengahari (lunch lah babe..) yang kami adakan untuk raihkan my office colleague c Linda Yubih drpd Unit Pembangunan.  Walaupun kami berlainan unit tapi semangat setiakawantetap wujud antara kami...Bukannya kami meraihkan ini kerana kami suka dia takda kat opis yeah (ooooh tidak sama sekali...hehe) (^__^)

Cuma kami gembira sebab dia dapat peluang lain untuk mencari pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam suasana dan tempat baru....Hampir lebih 10 tahun berkhidmat di tempat yang sama, memang patut tukar angin kan??? Akhirnya Linda dapat bertukar utk bertugas di Hospital Tuaran Sabah, dah lama sangat dia minta untuk bertukar ke sana tapi selalu sahaja tiada kekosongan jawatan. Alhamdulillah penantian selama ini akhirnya berjawap.

Jadi untuk itu aku jadi mastermindnya untuk majlis makan-makan kali ini.  Kami just memilih untuk lunch di sebuah restoran yang agak fames juga kat Bandaraya KK ni sebab dlu restoran ni terletak di shopping mall Wisma Merdeka.  Tapi kontrak 20 tahun dah tamat dengan owner kedai kat shopping mall, maka restoran ini mencari tapak baru. Kalo ko orang KK mesti taw restoran ni, Restoran Malindo :)

Aku call restoran ini untuk buat reservation bagi 13 orang (aku dah biasa sangat wat booking dgn restoran ni masa bulan Ramadhan...iftar bsama family). Masa dah set utk lunch. Kami btolak dalam 4 buah kereta. Aku dan Wan Julizah, Ain dan Ann sempat singgah ke kedai kek Strawberry di Damai, Luyang KK untuk beli kek bagi majlis makan2 ni. Lepas dr sana kami direct menuju ke restoran. So korang tahulah cerita selanjutnya kan....mesti lah makan jawapnya :)

Hehe...jom kita layan gambar-gambar yang sempat aku shoot pada hari tu :)

# Kek untuk Linda..Beli 2 sbb nak dptkn 2 flavor :)

# Aksi Lindah potong kek...hahaha...mcm nak sambut Birthday pula :P

# sambil makan sempat juga we all berposing sakan :)

# semua kelaparan daah :P
# Aku jadi ANAK BULAN sekejap....hahaha...Interuption tull :P

# gojes ladies semuanya :D
# mastermind nya....hehehe :)
So untuk Linda, aku ucapkan Good Luck di tempat baru babe....Harap ketemu lagi dan persahabatan tidak akan terhenti disini sahaja...Keep in Touch :)

♥ Majlis APC 2014 ~ Bertuahnya Aku!!! ♥

Alhamdulillah syukur...syukur...rezekiku pada tahun ini untuk mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bg penilaian Tahun 2013...Majlis berlangsung dengan jayanya dan tema majlis kami ialah Merah + Batik Malaysia.  Walaupun aku terima APC juga tahun ni aku tetap bertugas pada majlis tersebut, sebagai AJK Sambutan dan Protokol (huhuhu basi dah aku ni nak pegang urusetia tu...)

Ramai kengkawan yang komen juga patutnya aku tak perlulah nak bertugas lagi...iya lah, kiranya majlis tu kan untuk meraihkan aku (konon lerrrr) tapi aku insist juga nak keja masa tu sebab risau nanti tahun ni SKT aku kosong pula sebab takda sumbangan yang aku buat pada jabatan di luar bidang tugas rasmi (waduh..waduh..sememangnya aku yakin aku memang rajin...hahahaha..)

Mulanya aku tak sangka aku tercalon pun untuk terima anugerah ni...yang aku tahu aku pernah tercalon untuk APC ni pada tahun 2010 tapi iyelah belum rezeki nak buat macamana, kita teruskan khidmat seperti biasa lah kan...takkan nak boikot pula :P

Pakaian aku tak VOKE sangat ar sbb memang tak sempat nak mencari memeningkan kepala aku nak pikir pakai baju apa...so aku just pakai JUBAH yang aku tempah kat kawan gunakan kain yang aku dapat tym Exchange Gift New Year 2014 drpd Ain.  Dia maklumkan kat aku kain ni dibeli drpd Bandung, Indonesia...so kira ok lah tu.  Aku cuma nak terasa diri lain drpd yg lain masa majlis tu and memang termakbul doa aku, takder org pakai design mcm aku...hahahaha...wide shawl aku pun lip lap lip lap youuuu kalah mak Datin :P

Ok jom saksikan perkongsian gmbar saat majlis ini berlangsung...ENJOY :D

# SELPIE...SELPIE...ON MY APC DAY


# WITH COLLEAGUES...YUMI..RITAH...KETIRAH...MARLYN

APC 2014 JKN SABAH

# AGAIN....

# WIH MY UNIT COLLEAGUES...
# ANTARA URUSETIA SAMBUTAN DAN PROTOKOL Majlis
# LUNCH
# AGAIN...AGAIN...hahaha


 Terima kasih semua :)

♥ PerHimPuNan PaGi JaBaTaN JaN 2014 & SamBuTaN HaRi NaTaL 2013 ♥

Assalammualaikum semua...
Untuk pembukaan tahun baru 2014 ini aku masih nak ucapkan Selamat Tahun Baru yeah...Nak kabarkan pada kawan2 semua yang jabatan tempat aku bertugas baru sahaja selesai mengadakan perhimpunan pagi yang pertamanya untuk Januari 2014.   Bersamaan dengan itu sambutan Hari Natal 2013 turut dibuat pada hari yang sama...

Pada awalnya aku pun tak tahu tentang hal ini sehinggalah dimaklumkan beberapa hari sebelum majlis dibuat.  So kawan-kawan yang Non-Muslim lah yang mengambil alih tugas pada kali ini untuk membuat hiasan dan persediaan pembukaan untuk sambutan Hari Natal ini.  Dan kebetulan Pengarah jabatan aku Dr. Christina Rundi juga adalah seorang Non-Muslim (n__n)
 
# sempat pose dgn colleagues, Nor'Ain...SELFIE...SELFIE :)
# member-member office ku :)
# selfie kejap..hehe...kami ada Santa Clause dan SantaRina in da House juga yeah :D
# antara staff yg hadir pd majlis tersebut...Mmmh, mana yg lain yeah??? :P
# Perhimpunan Pagi Jabatan sedang berjalan....
# Katerer sibuk menyediakan juadah untuk majlis :)
So selesai perhimpunan pagi, majlis sambutan Hari Natal diteruskan....Wowww!! Santa Clause and SantaRina pun ada sama....hehehehe...(theirrr are fake....my frens :P) Ada juga persembahan Carolling utk nyanyian lagu Hari Natal (lebih kurang mcm koir lah...)

# persembahan Carolling...dan aku yang sibuk nak mengemas bila majlis dh tamat

# semua muka HAPPY sebab semua dah kenyaaanggg !! :P
# diarah untuk mengemas setelah majlis tamat...hahaha...

# mengapakah ini pengakhirannya....hahahaha :D
Setelah majlis tamat....kami yang baik hati ini diminta untuk membantu mengemas dan membersihkan sisa-sisa majlis....adoiiiiii.....nasib dah biasa mengemas rumah...hahaha...cuma memang hebatlah sebab hampir 10 tahun bertugas di jabatan ini dan hadir byk acara jabatan, tapi ini lah pertama kali aku kena menyapu tapak acara setelah majlis selesai....kalo lah BFF ku c Miley dan Umiy Izzah ada, mesti diorang senyum kambing pada aku yang rajin ni....hahaha....:D

Apapun majlis ni berjalan dengan lancar dan kami semua turut mendengar amanat daripada Puan Pengarah juga untuk tahun baru 2014...Azam aku??  Doaku sentiasa, ingin menjadi lebih baik daripada semalam dan semoga aku menjadi seorang Isteri & Muslimah yang taat perintah kepada Suami dan Allah SWT sentiasa...Amin ya Rabbal Al amin....

Jumpa kat next entry yeah :)


♥ MajLis APC TaHun 2013 ♥

Assalammualaikum....♥♥

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Penghargaan kepada Pesara JKN Sabah Tahun 2013 yg lalu diadakan pada 8 Julai 2013 bertempat di Auditorium Kompleks, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sabah.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengarah, Dr. Christina Rundi...Tahun ni aku ditugaskan sebagai AJK Sambutan Dan Protokol...huhu...sebenarnya pada awal perancangan aku sepatutnya ditugaskan sebagai AJKN Tempat, Jamuan, Peralatan & Logistik...Tetapi oleh sebab AJK Sambutan & Protokol kekurangan kakitangan yg membantu so aku dan beberapa org staff yang lain telah diserap masuk pada minit2 terakhir....

Utk pertama kalinya Majlis APC Jabatan pada kali ini diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Sabah...Tahun 2012 majlis ini diadakan di Ballroom, Hotel Promenade Kota Kinabalu dan dirasmikan oleh Mantan Pengarah, Datuk Dr. Mohd Yusof Bin Hj Ibrahim...

Rasa kurang meriah sikit Majlis APC tahun ini tanpa kehadiran BFF ku Umiy Izzah & Miley...rasa sangat kehilangan mereka berdua...but..LIFE MUST GO ON...so aku cuba sisihkan rasa terkilan tu sedaya upaya...:(

Antara gambar yg sempat ku ambil sekitar majlis...tak byk sbb tengah sibuk bertugas :)

AJK Sambutan & Protokol 2013...color tema tidak ditetapkan tp kami semua setuju utk bergaya in BLUE!! :)


bsama teman pejabat, Mama Ritah yg ayu :)
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013...semoga tahun mendatang akan memberi kita lebih byk kejayaan...Aminnn..

DAAAAA :)

♥ DiNNeR @ WindBeLL SeaFooD ResTauRanT ♥

Assalammualaikum....
June 2013...TQ Bosss!!! Itu yang nak aku ucapkan buat Boss kesayangan kami Pn Roza Anthony J. Mojigoh kerana kesudiannya untuk ajak dan belanja staff2 nya ni (Me, Ritah, Safar and Marlyn) having Dinner dekat Restoran WindBell Seafood yang terletak di area Tanjung Aru Kota Kinabalu.  Jarak restoran dengan Kota Kinabalu Airport (Terminal 2) tak lah jauh sangat pun, hanya beberapa minit jer dah sampai kalo u ols driving :)


Sebenarnya boss belanja pun sebab we all 1 team dah bertungkus lumus utk memberi yang terbaik sepanjang 1 bulan lebih unit kita orang di audit oleh pihak Audit Dalam Kementerian...hahaha...jenuh juga menjawab tapi alhamdulillah kami semua berjaya memberi kan yang terbaik 

# Me and Marlyn :)
Kalau nak tahu makan kat Restoran Windbell Seafood ni adalah secara Bufet.   Restoran ni agak terkenal di sekitar bandaraya Kota Kinabalu untuk hidangan steamboat kerana harganya yang memang berpatutan.  Kalau nak buat majlis makan-makan sempena Perkahwinan, Private Dinner Functions, Birthday Celebrations, Luncheons atau apa-apa acara pun boleh dibuat kat restoran ini.



# dari kanan - Marlyn, Me, Safar, Pn Roza dan Ritah

# sory tak sempat nak ambik gmbr semua hidangan yang ada..T_T

Selain hidangan makanan laut ada juga dihidangkan Mee/Mee Hoon Goreng, Nasi Goreng, Ayam Panggang, delicious Chicken-Feet, Fried Ikan Basong dan pelbagai lagi pilihan yang rasanya melebihi 40 jenis juga...(waaah byknya pilihan kannnn...) n__n


# Bakal2 Mommy excited nak steam daging...Me, layannnnn udang :D
Hidangan sup ada 2 jenis hidangan Chicken-Soup/Tom Yam Soup dan juga Chinese Herbs Broth/Curry-Soup....so tym kita orang pergi makan kat sini aku dan member2 lain setuju nak order Chicken/Tom Yam Soup...boleh tahan rasanya..:)



Makan di manapun kita mesti hendak tahu berapa ongkosnya kan...hehehe...yang ni  aku goggle jer kat web sebab tym dinner ni kan Boss yang belanja so takkan aku nak menyibuk pula tanya Boss brapa harga makan itu dan ini...hehehe....pandai2lah, tapi rasanya memang makan utk seorang tak lari budget dalam RM35.00...Apapun jom kita tengok harga yang restoran ni promote kat web diaoran k :)

The Buffet Price is:
RM 32.00+ for adults
RM 16.00+ for children between the age of 6 years and 12 years

Children under the age of 6 years eat for free
Please note that our prices are subjetc to 10% Service Charge
# bahagia kerja, dapat Boss dan colleagues yg best (n__n)

Untuk tempahan restoran ini, bolehlah coling 2 tis number k
+6088-222305

Masa Dibuka
Setiap hari, 
10:30 pagi - 2.00 petang
6.00 petang - 10.00 malam

Nak info lebih lanjut boleh klik sini yeah Windbell Seafood Restaurant

Daaaa....jumpa next entry yeah...(O__O)

♥ FaMiLy DaY BhgN PenGuRuSan (JKN SaBaH) 2012 ♥

Pada 25.02.2012 yang lalu Jabatan Reen telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga bagi semua bahagian di JKN Sabah bertempat di Pantai Tg Aru KK...Sebenarnya hampir tiap-tiap tahun Reen rasa, event ini diadakan di tempat yang sama...Ada juga rasa boring tapi apa boleh buat bukan Reen yang tentukan tempat event ni akan berlangsung kan....yang penting lokasi dekat dan semua orang dapat hadir...hehehehe.....betul tak??? Tapi ada juga yang tak dapat hadir.....tak perlahh....


Reen datang dalam jam 8.00 pagi bersama 2 orang anak Reen..anak Reen yang sulung tak dapat join sama ke event ni sebab ada acara juga di sekolah nya yang wajib dia hadiri...sedih juga dia takda...Mmmm, sebenarnya event dah pun bermula seawal 7.30 pagi dengan senaman aerobik yang di ketuai oleh Dr. Azlihanis (Bhgn KA) dan kru-kru aerobiknya...Reen tak dapat nak join apa-apa aktivit tahun ni sbb Reen dah ada 'permata hati' yang harus dijaga...kalau ikut malas nak datang sebab takut cuaca panas dan angin laut akan membuat kan permata hati Reen seorang tu kurang selesa dn akan menyebabkan dia sakit.  Tapi memandangkan tahun lalu 2011 Reen tidak join event yang sama maka Reen ambil keputusan untuk datang juga walaupun sekejap untuk menunjukkan komitmen kita pada Jabatan dan rakan sekerja yang lain...hehehehe :))

Tahun ini Reen cuma jadi pemerhati dari kejauhan, banyak aktiviti yang Reen tidak join.  Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Aerobik Pagi, Sukan Tarik Tali, Keretapi dan Cabutan Bertuah....Ada acara potong kek lagi oleh Pengarah dan semua Timbalan Pengarah...Reen tak begitu bertuah, seperti tahun-tahun yang sudah masih juga Reen tdk memenangi apa-apa cabutan bertuah...belum lagi 'Lucky' tu sampai-sampai pada Reen...hehehe...Hadiah cabutan bertuah tahun ni Reen dengar memang Grand habis, macam-macam ada...sampai harga ribu-ribu pula tu satu hadiah....tapi desas desus yang tidak sedap di dengar ialah sepatutnya Tiket Bertuah tu hanya diedarkan kepada staff sahaja tapi ini sampai pelajar KSKB pun dapat...akhirnya ada staff yang datang lewat di event ni tidak dapat tiket bertuah sebab kehabisan tiket...huhuhuhu!!!!  Bukan nak tuding jari pada mana-mana pihak tapi pelajar KSKB tu datang hanya sebagai tetamu undangan bagi memeriahkan acara aerobik sahaja...mana tak tiket habis, pelajar yang datang memang ramai betullll.....@__@


Apapun next year 2013 Reen harap urusetia event akan belajar sesuatu drpd kelonggaran penganjuran event pada tahun ini...bukan apa kalo ramai sangat staff yang tak puas hati takut nanti takda staff yang nak hadir event sebegini lagi pada masa akan datang....hahaha...bagi Reen semua ok sebab pada hari event Reen balik awal dalam jam 10.00 pagi sebab cuaca semakin panas...jadi Reen enjoy jak pada pagi event tersebut....hahaha...Next year 2013 Reen harap dan berdoa kalo umur panjang, BFF Reen c Umiy Izzah & Sweet ShySue akan dapat hadir memeriahkan lagi event Family Day ini....:))

Daaaaaa......Salam sayang ^__^


♥ Followers Yg Setia ♥