♥ Lunch FaReWeLL 4 My FreN ~ LinDa YuBih ♥

Assalammualaikum...alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk aku mencoret lagi walaupun bahasaku tidak seindah pujangga...hahaha...Takpa yang penting maksud tersurat kesampaian....:)

Kali ni aku nak story pasal majlis makan-makan tengahari (lunch lah babe..) yang kami adakan untuk raihkan my office colleague c Linda Yubih drpd Unit Pembangunan.  Walaupun kami berlainan unit tapi semangat setiakawantetap wujud antara kami...Bukannya kami meraihkan ini kerana kami suka dia takda kat opis yeah (ooooh tidak sama sekali...hehe) (^__^)

Cuma kami gembira sebab dia dapat peluang lain untuk mencari pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam suasana dan tempat baru....Hampir lebih 10 tahun berkhidmat di tempat yang sama, memang patut tukar angin kan??? Akhirnya Linda dapat bertukar utk bertugas di Hospital Tuaran Sabah, dah lama sangat dia minta untuk bertukar ke sana tapi selalu sahaja tiada kekosongan jawatan. Alhamdulillah penantian selama ini akhirnya berjawap.

Jadi untuk itu aku jadi mastermindnya untuk majlis makan-makan kali ini.  Kami just memilih untuk lunch di sebuah restoran yang agak fames juga kat Bandaraya KK ni sebab dlu restoran ni terletak di shopping mall Wisma Merdeka.  Tapi kontrak 20 tahun dah tamat dengan owner kedai kat shopping mall, maka restoran ini mencari tapak baru. Kalo ko orang KK mesti taw restoran ni, Restoran Malindo :)

Aku call restoran ini untuk buat reservation bagi 13 orang (aku dah biasa sangat wat booking dgn restoran ni masa bulan Ramadhan...iftar bsama family). Masa dah set utk lunch. Kami btolak dalam 4 buah kereta. Aku dan Wan Julizah, Ain dan Ann sempat singgah ke kedai kek Strawberry di Damai, Luyang KK untuk beli kek bagi majlis makan2 ni. Lepas dr sana kami direct menuju ke restoran. So korang tahulah cerita selanjutnya kan....mesti lah makan jawapnya :)

Hehe...jom kita layan gambar-gambar yang sempat aku shoot pada hari tu :)

# Kek untuk Linda..Beli 2 sbb nak dptkn 2 flavor :)

# Aksi Lindah potong kek...hahaha...mcm nak sambut Birthday pula :P

# sambil makan sempat juga we all berposing sakan :)

# semua kelaparan daah :P
# Aku jadi ANAK BULAN sekejap....hahaha...Interuption tull :P

# gojes ladies semuanya :D
# mastermind nya....hehehe :)
So untuk Linda, aku ucapkan Good Luck di tempat baru babe....Harap ketemu lagi dan persahabatan tidak akan terhenti disini sahaja...Keep in Touch :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥