♥ Apa Itu KoLaGeN ??? ♥

Assalammualaikum darlings :)

Zaman nenek aku, mak aku dulu orang tak paham sangat bila kita cakap "nak cantik kena makan kolagen"...sebab zaman tu cara rawatan tradisional seperti memakan Jamu lebih dipraktikkan.  Masa zaman remaja dlu Mama aku pernah suruh aku makan Jamu tapi aku memang tak suka sebab PAHIT dan WANGIAN REMPAH tu aku tak tahan :(

Sekarang Jamu pun mengalami evolusi nya tersendiri...Sebenarnya kolagen pun terhasil daripada bahan-bahan semulajadi tetapi telah diekstrak untuk penggunaan lebih moden kini...Badan kita sendiri mempunyai kolagen tetapi ia semakin susut seiring dengan peningkatan usia kita. Wanita zaman sekarang selalu berkata "kulit kita perlukan kolagen"..."kena makan kolagen selalu"..."kolagen jenama apa yang u makan??"...bla...bla...bla...tetapi adakah semua tahu apa sebenarnya itu KOLAGEN????

Mari aku kongsikan yeah info yang aku dapat dari internet ni :)

KOLAGEN??

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara semulajadi.

Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.

Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

# pic kredit to http://hargasetbersalin.com.my

KEPENTINGAN KOLAGEN

* Mengekalkan kelembapan dan Mencegah Kedutan
Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya.  Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

* Memutihkan Masalah Kulit
Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit.  Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium (sejenis tisu badan), kedutan dan garis-garis halus.

* Mencantik dan Menyuburkan Rambut
Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut.  Kandungan kolagen dalam lapisan korium (lapisan kedua kulit) merupkan bekalan nutrisi kepada epidermis, ranbut dan kuku.  Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakal kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

* Menegangkan Payudara
Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum.  Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara.  Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

* Menguatkan Tulang
Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangkan tulang yang kuat.  Oleh itu, kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang.  Masalah Osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan Kalsium, Magnesium dan Fosforus hanya 20%.  Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut.  Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal dan juga dapat memperlambatkan Osteoporosis.

* Mencerahkan Kulit dan Mengurangkan Pigmentasi
Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru.  Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

* Melambatkan Proses Penuaan Kulit
Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam.  Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

SUMBER KOLAGEN DI PASARAN
  • Bovine (Lembu) - diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
  • Babi (Porcine Origin)
  • Haiwan Laut - contohnya Ikan dan Gamat
  • Tumbuhan - contohnya Kacang Soya
  • Yak - produk dari China
  • Manusia - plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati :(

Oleh itu, pastikan kolagen yang dimakan adalah dari sumber yang Halal. 

Hati-hati!!

Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui.  Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada 'Seafood' atau Gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya.  Kalau sumber selain daripada itu maka perlulah diselidiki sebelum dibeli / dimakan kerana sumber kolagen yang paling mudah di perolehi adalah daripada kulit Babi atau Gamat.

 
ANTARA PRODUK KOLAGEN YG ADA DI PASARAN

# pic kredit to Google


# pic kredit to Google


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥