RaYa at My HoMe 2009...^-^

# REEN & KARMILA (BB IPAR BONGSU..)
# JIRAN REEN : RATNA & ANAK2NYA
# LINDAH & HER AUNT (TQ 4 COMING..)
# HUBBY I SIBUK MELAYAN TETAMU..huhuhu

# SYOK DGN SIARAN TV SEMPENA RAYA
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Mohon ampun dan maaf buat teman-teman semua yang Reen tidak dapat jemput ke rumah pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu..Memang niat di hati nak menjamu semua teman2 dan sanak saudara pada Raya kali nie tapi entah mengapa rasa 'Malas' datang menjengah ke dalam diri Reen ni...Mmmh rasa malas nak berpenat lelah memasak dan menyediakan semua juadah dalam masa 3-4 jam...

Memanglah orang cakap..susah2...order saja dari katering, tapi bagi Reen sebolehnya Reen nak menjamu teman2 dan sanak saudara yang datang beraya ke rumah Reen pada hari Raya dengan juadah daripada 'air tangan' Reen sendiri kerana ia lebih bermakna dan bererti buat diri Reen..hehehe tapi kalau tak sedap maaflah sebab Reen ni bukan terror sangat bab2 masak memasak nie...heeee

Apapun pada 27 Sept 2009 lalu, Reen ada juga menjemput kawan2 terdekat dan jiran2 datang beraya ke rumah sebab Reen ada menyediakan beberapa juadah..tidak banyak..Kuah Kacang Ayam + Nasi Impit + Ayam Masak Paprik + Nasi Putih....Biskut2 Raya + Cheese Cake + Chocolate Cake + 2 Jenis Kek Lapis Sarawak...huhuhu sebenarnya Keluarga Mertua Reen semua nak datang ke rumah pada hari tu untuk beraya, sebab itulah Reen ada masak2 sikit...

Tahun ni memang terbalik sangat dari sambutan Raya tahun lalu sebab..tahun 2008 kebanyakan tetamu adalah di kalangan keluarga Reen dan teman2 Reen tetapi tahun ni kebanyakan tetamu daripada keluarga Hubby dan teman2 Hubby Reen sendiri...hahaha memang 'Lucky' tetamu yang datang ke rumah dapat bertemu dengan Hubby Reen sebab dia nie memang kategori 'bz giler2'..hahaha

Gambar2 kenangan pada hari tu pun Reen tak dapat nak ambil banyak sangat sebab BZ melayan tetamu...gambar yang ada pun last minit baru teringat nak snap shot....apapun Reen harap tahun 2010 Insya-Allah Reen akan buat Rumah Terbuka pada Hari Raya ke-8..hahaha ini baru planning tau..sebenarnya untuk pengetahuan teman2 semua Rumah Reen sentiasa terbuka untuk dikunjungi sepanjang bulan Syawal..datanglah jangan malu2 yang penting Reen ada di rumah masa u all nak datang..sebab kalau tidak siapa nak melayan...

Okey..datang rumah tau...assalammualaikum :-D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥