Makanan yang sihat adalah tubuh badan kita menerima khasiat lebih dari kalori yang ada di dalam makanan tersebut.
Untuk memastikan anda mengetahui khasiat tubuh badan yang diterima,
pastikan pengambilan makanan sihat diambil dengan kuantiti yang
mencukupi setiap hari agar ada keseimbangan di dalam badan.
♥ Bijirin ♥
Untuk pengetahuan semua, bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding beras
putih yang telah diproses. Bijiran yang telah diproses menghapus
vitamin, zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan dalam
badan. Khasiat bijirin adalah meningkatkan tahap imun (ketahanan) dalam
diri, merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko diabetes, menghalang
obesiti, sakit jantung mengurangkan asma dan bermacam-macam lagi.
Antara makanan yang diperbuat dari bijirin adalah roti, pasta,oat dan
nestum.
♥ Sayur-sayuran ♥
Ubi keledek lebih kurang kalori berbanding ubi kentang, ianya juga lebih
manis dan memiliki vitamin c dan fiber yang diperlukan badan. Ubi
keledek juga mampu menghalang dari penyakit kanser, mengurangkan
kolestrol dan meningkat ketahanan diri. Banyak kajian menunjukkan ubi
keledek lebih berkhasiat berbanding sayuran lain seperti, lobak merah,
brokoli dan bayam. Makanan ini juga sesuai untuk bayi yang baru lahir
hingga sekitar berusia 6 bulan. Makanan ini memang sesuai untuk makanan
pertama bayi.Cili benggala amat tinggi dengan kandungan vitamin c dan
juga merupakan sumber vitamin dan mineral. Kandungan vitamin C nya
adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari. Cili
benggala merah juga amat baik untuk kesihatan.Bayam sangat berkhasiat
dimana mengandungi beta karoten, zat besi, kalsium, vitamin B6.
♥ Buah-buahan ♥
Antara buah buahan yang menjadi pilihan untuk mendapatkan zat yang
mencukupi adalah buah pisang, buah oren, mangga dan juga kiwi. Bukan
sahaja sedap malahan mempunyai vitamin A,C dan beta karoten. Buah-buahan
ini juga membantu menguatkan tulang dan juga melancarkan system
penghadaman kita.
♥ Produk Tenusu ♥
Pastikan anda memilih produk tenusu yang asli dan segar. Produk tenusu
mengandungi khasiat yang tinggi kalsium,membantu penghadaman dan
meningkatkan tahap imun. Ia juga sumber protein yang baik.
♥ Daging dan Kekacang ♥
Soya dan juga tauhu memang bagus untuk kesihatan dengan mengandungi
pelbagai khasiat termasuk protein, tinggi kandungan asid lemak,pelbagai
vitamin dan juga fiber.Daging kualiti terbaik protin, zat besi. Juga
mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium.
♥ Ikan Salmon ♥
Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik
untuk protien, vitamin D, selenium dan vitamin B6. Anda boleh membuat
sendiri resepi salmon mengikut citarasa anda, namun titik beratkan cara
pembuatannya dimana kurangkan penggunaan minyak dan juga bahan yang
boleh memusnahkan zat yang ada di dalam makanan ini.# Sumber ~ Nadia Najib | Tupai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan