Anggota tubuh paling utama ini memerlukan
penjagaan yang teliti. Kepentingan penjagaannya juga dituntut oleh agama
Islam kerana tubuh yang sihat menghasilkan otak yang cerdas. Jika
sihat, maka amat mudah untuk anda melakukan segala ibadah yang wajib
mahu pun sunat....
♥ Bersenam adalah cara utama untuk
mendapatkan tubuh yang sihat, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Pastikan anda bersenam secara sihat dengan mengeluarkan peluh dan
tenaga.
♥ Rasulullah SAW berpesan supaya umatnya
mandi seawal pagi sebelum masuk waktu subuh kerana air sejuk yang
meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang mengumpul.
♥ Selain itu, ketika menunaikan solat
Subuh, pastikan anda bersujud lama sedikit kerana di kala itu ruang
udara yang berada di dalam saluran darah di kepala akan tertutup dengan
darah yang akan mengalir ketika sujud.
♥ Islam juga melarang umatnya untuk makan
mencampuri makanan darat dan laut kerana sebagai contoh badan ayam
mengandungi ion positif manakala dalaman ikan pula ion negatif. Apabila
kedua-dua bercampur di dalam perut, ditakuti biokimia yang terhasil akan
merosakkan usus anda.
♥ Jika anda mempunyai bajet yang lebih,
apa kata sekali-sekala membelai diri di pusat rawatan kecantikan yang
bertauliah untuk melakukan skrub di badan. Ia sekaligus dapat membuang
segala sel mati. Urutan badan juga mampu memberikan kelegaan. Secara
tidak langsung, badan anda akan berasa lebih ringan dan mudah untuk
melakukan sebarang pekerjaan.
# Shared from : http://izzeyda-info.blogspot.com
thanks for the info.. from 98 generation.
BalasPadam