♥ BaLiK KamPunG NaiK KereTapi ♥

Bagaimana hendak digambarkan perasaan gembira anak-anak kerana hasrat hendak menaiki Keretapi Negeri Sabah siri 'baru' ini tercapai juga...terutama anak kedua Reen, Pooh memang dari malam sebelumnya sudah rasa terlalu teruja sehingga kan asyik2 bertanya "bila kita mau naik keretapi ni Mama"?....Aduh memang penat lah hendak menjawab soalan Pooh yang bertubi-tubi...
~ Keretapi lama yang tersadai di Stesen Keretapi Beaufort ~
 *****
Perjalanan bermula pada petang Bulan Ramadhan.....

Sebenarnya Reen dan anak-anak bercadang untuk balik ke kampung halaman Reen pada bulan Ramadhan untuk menikmati buka puasa bersama keluarga Reen di kampung..(anak-anak hendak berbuka puasa di rumah nenek lah katakan... :-)

Jadi kami menaiki Keretapi Negeri Sabah yang akan bertolak dari Stesen Keretapi Tanjung Aru menuju Stesen Keretapi Beaufort pada jam lebih kurang 1.30 petang...dan di jangka sampai ke destinasi pada jam 4.00 petang...so dapatlah kami singgah sekejap di Bazaar Pekan Beaufort untuk membeli sedikit juadah untuk berbuka puasa nanti... :-)




Kesian juga huby sebab tidak dapat turut serta dalam ekspedisi singkat ini...hahaha sebab huby terpaksa jadi 'driver' untuk hantar dan ambil kami dari stesen keretapi...
Sejurus kami melangkah masuk dalam gerabak keretapi ni memang terpancar keriangan di wajah anak-anak... terpegun pun ada dengan keadaan dlm gerabak memang berbeza daripada keretapi lama (hihihi like jakun lah pula)...fully air-cond, kerusi yang cantik... persis dlm kapal terbang lah pula rasanya...tingkap cermin untuk memudahkan kita melihat pemandangan luar di sepanjang perjalanan nanti....waaaaah (^__^)



Tambang pun berpatutan dan menjimatkan..kalau balik kampung dengan kereta sendiri kena beli minyak kereta dalam RM20.00 - RM30.00...begitu juga kalau naik bas, tambang pun dah mahal juga. Tapi dengan menaiki keretapi ni, tambang untuk Reen dan anak-anak tak sampai pun RM10.00...Nampaknya, peminat setia keretapi semakin hari akan semakin bertambah terutamanya di musim perayaan pada masa depan....lagipun perjalanan selamat sikit, kurang kita dengar kemalangan keretapi berbanding kemalangan jalan raya kan???

Dengan keadaan yang selesa perjalanan jauh tidak terasa...banyak-banyak stesen, Reen dapati Stesen Keretapi Papar yang ramai sangat orang turun dan naik...sampai hampir penuh keretapi di buatnya...
Insya-Allah diharap pada masa akan datang kalau ada kelapangan yang sesuai rasanya Reen akan membawa anak-anak lagi menaiki keretapi....kali ini mungkin perkhidmatan yang sedia ada akan di tambah baik...contohnya di pasangkan TV untuk tontonan penumpang agar tidak bosan sepanjang perjalanan...

1 ulasan:

  1. askum,
    nak tanya tiket kereta api tu slalu ada ke? atau kene beli awal2.
    saya dari KL akn sampai KK pagi sabtu. rasanya ada tiket tak? utk sorang

    BalasPadam

♥ Followers Yg Setia ♥