♥ KhaSiat Buah-BuaHan Vol. 3 ♥



AVOKADO
Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung - Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak.

Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.

Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyakit lenguh-lenguh tulang.

Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.




BELIMBING BESI
Merawat Kencing Manis -Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae.

Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

Penyakit darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang saling berkait rapat. Begitu juga dengan sakit jantung dan kegagalan buah pinggang. Biasanya, jika anda mengalami penyakit kencing manis, risiko untuk dihidapi 3 penyakit yang dinyatakan tadi amat tinggi. Lebih-lebih lagi jika anda tak kawal paras gula dalam darah.

Manakala sakit tekak pula merupakan gejala biasa yang dialami oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak. Bila dah sakit tekak, biasanya ia akan disusuli pula dengan batuk dan bersin.

Bagi masalah kencing tak lawas, ia terjadi akibat berlakunya jangkitan pada saluran kencing. Kesannya, anda yang menghidapnya mungkin :-

* Sukar untuk menahan kencing,
* Tak dapat kepuasan yang sepatutnya semasa kencing,
*Terasa pedih dan panas sewaktu kencing,
* Kekadang akan mengalami kencing berdarah
* Mengalami demam dan
* Sakit pada bahagian ari-ari




STRAWBERI CANTIK..strawberi sedap dan berkhasiat.
Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.

Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.
Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.
Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.
Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.


PIR @ PEAR
Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.



PISANG KAKI
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.



KIWI
Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.


# Sumber ~ Berita Harian, http://drrozmey.wordpress.com, http://petuasejagat.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥