♥♥ Assalammualaikum WBT dan salam sayang semua..lama juga Reen menyepi dari update blog Reen ni kan..hehe..bukan lupa cuma Reen sibuk sikit dengan tugasan harian sebagai Pekerja Pejabat dan juga Ibu Isteri di rumah...Apalagi dengan kehadiran Puteri Reen yang kini mencecah usia 11 bulan...lagilah Reen ligat melayan karenah nya dirumah...Apapun blog Reen ni sebenarnya tetap di hati dan insya-Allah takkan dibiarkan sunyi sepi sebegitu lama...
Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi...Syukur alhamdulillah kita masih diizinkan oleh-Nya untuk terus menemui Ramadhan kali ini dan berpeluang menambah amal ibadat di bulan yang mulia ini....Untuk itu, Reen dan keluarga tercinta ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Puasa di Bulan Ramadhan yang amat mulia ini...semoga kebaikan yang lakukan di bulan mulia ini akan menambahkan pahala buat kita sekeluarga sebagai bekal di hari kemudian....♥♥
♥♥ Bersama-sama ini Reen kongsikan lafaz niat puasa sebulan, lafaz niat puasa seharian, doa ketika berbuka puasa dan doa selepas berbuka puasa untuk kita sama-sama mengamalkannya ya...
♥ Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan ♥
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
♥ Lafaz Niat Puasa Harian ♥
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
♥ Lafaz Doa Berbuka Puasa ♥
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku
berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka
dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
♥ Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa ♥
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku
berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau
aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat.
Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi
segala sesuatu.
♥ Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan ♥
♥ Lafaz Niat Puasa Harian ♥
♥ Lafaz Doa Berbuka Puasa ♥
♥ Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan