Sudah acap kali kita dikhabarkan tentang
keburukan minuman berkarbonat terhadap kesihatan. Bagi yang menggemari
minuman ini, anda perlu lebih berhati-hati lagi kerana bahan kimia yang
terdapat di dalam bahan pewarna karamel yang biasa digunakan dalam
pemprosesan minuman soda dikatakan boleh menyebabkan kanser.
Karamel semula jadi diperbuat daripada gula, namun sebagai pewarna makanan, biasanya ia akan ditambahkan dengan bahan kimia ammonia dan menghasilkan sebatian yang terbukti dapat menyebabkan pelbagai penyakit kanser. Perkara ini dibuktikan di dalam kajian yang dilakukan terhadap haiwan oleh Pusat Sains dan Kepentingan Umum (CSPI), Kanada dan Washington D.C.
Kumpulan pengkaji tersebut juga membuat petisyen kepada Badan Pengawalan Makanan dan Ubat-ubatan US tentang larangan penggunaan karamel yang mengandungi amonia yang biasa digunakan di dalam minuman ringan lain yang berwarna gelap.
Dari aspek lain, soda masih merupakan penyebab masalah utama kesihatan di dunia iaitu obesiti. Reaksi kimia antara gula dan amonia dapat membentuk karsinogen dan mungkin boleh menyebabkan jutaan penduduk menghidap kanser.
Selain itu, disebalik kesegaran minumannya ia boleh mengurangkan sistem kekebalan badan anda. Jika anda termasuk orang yang sering minum minuman bersoda, sebaiknya segera kurangkan ia dari sekarang. Ketahuilah empat alasannya, seperti berikut:-

1 Kurang nutrisi
Orang
yang suka minum minuman bersoda, nutrisi dalam tubuhnya seperti vitamin
A, kalsium dan magnesiumnya cenderung untuk kurang. Itu kerana soda
mengandungi asam phospor yang menghilangkan kalsium dan magnesium.
Padahal, kedua nutrisi tersebut sangat penting untuk memelihara sistem
kekebalan tubuh atau imunisasi agar berjalan baik.
2 Radikal bebas
Soda mengandung sirap jagung tinggi,
fruktosa dan zat radikal bebas. Keduanya boleh mencetuskan
kerosakan rangkaian tubuh, diabetes, serta komplikasi penyakit.
3 Bisphenol A (BPA)
Terdapat beberapa botol plastik
bungkusan minuman bersoda mengandung racun kimia yang disebut Bisphenol A
(BPA). Racun tersebut boleh larut dalam soda dan boleh masuk ke dalam
tubuh saat anda meminumnya. Beberapa bukti menunjukkan BPA mencetuskan
pelbagai penyakit, termasuk penurunan sistem kekebalan tubuh.
4 Diet soda boleh menyebabkan berat badan bertambah
Minuman soda jenis “diet soda”, sebenarnya
bukan minuman yang sihat. Justeru dengan mengambilnya berat badan boleh
bertambah. Satu kajian terhadap 1,550 orang menyimpulkan bahawa orang
yang minum diet soda memiliki 41% peningkatan risiko peningkatan berat
badan atau obesiti, untuk setiap botol yang mereka minum per harinya.
Ini kerana, rasa manis buatan membuat isyarat sel tubuh untuk menyimpan
lemak dan karbohidrat, yang membuat anda merasa lapar. Rasa manis juga
mempromosikan pelepasan insulin, yang menghalang keupayaan badan anda
untuk membakar lemak.
Sumber daripada http://izzeyda-info.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan