Kebiasaan di tempat kita, meakman makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti Teh Tarik adalah kombinasi yang wajib. Kalau sekali sekala tidak mengapa tapi kalau dah dalam seminggu 4-5 kali...Mmmmh...pengambilan lemak dan gula berlebihan seperti ini mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti...hahaha...tak takut ker???? ♥♥♥♥
Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian kita ke arah yang lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikan kombinasi tersebut. Antara sebab-sebab yang baik untuk kita amalkan rutin ini adalah :-
♥ Menambahkan daya ketahanan dalam badan ♥
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang
amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala
Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan
betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur
sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika
itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.
♥ Keseimbangan PH ♥
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau
tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita
ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah
metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali
dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
♥ Membantu masalah mengurangkan berat badan ♥
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal,
amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan,
kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya
mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal
alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh
yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam,
amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.
♥ Masalah penghadaman ♥
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip
ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu
hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang
membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
♥ Pembersihan air kencing ♥
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana
lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu
masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik). Oleh
yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air
kencing anda akan meningkat dan sihat.
♥ Kulit cerah dan bersih ♥
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak.
Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari
dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam
beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.
♥ Mengelakkan dehidrasi ♥
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di
dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi.
Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa
keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari
berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak
meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus
mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.Apapun yang kita kongsikan Reen yang dengan kesederhanaan dalam pengambilan makanan yang diperlukan oleh badan kita kerana kalau terlebih pun makanan berkhasiat yang kita ambilkan pasti ada kesan sampingan yang akan kita alami...boleh diamalkan setiap pagi Minuman Jus Lemon Suam ni tapi bukan diamalkan sebagai minuman harian kita...so selamat mengamalkan petua ini ya :))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan