♥ Bayi RiNi (Af7) KriTiKaL SelePas 2 HaRi DiLaHirKan...:'( ♥

Sedihnya hati terbaca cerita ni dalam Berita Harian Edisi Sabah hari ni 15 Ogos 2012 (Rabu)...tak cukup dengan membaca akhbar, Reen try Google lagi dalam internet...Memang banyak post-post dari blogger berkenaan peristiwa sedih ni....


Ibu mana yang tak gembira dengan kehadiran 'Cahaya Mata' dalam perkahwinan..apalagi cahaya mata pertama...Tapi pengalaman melahirkan memang cukup memenatkan badan dan perlukan rehat secukupnya...Sepatutnya dalam keadaan baru melahirkan para Hubbu diluar sana bertanggungjawab take care para Isteri taw....Mmmh, sudah terjadi sebegini jangan asyik menuding jari pada c Ibu, mengatakan yang Ibu ni tdk prihatin lah..tidur mati lah...tertendang anak lah...huhuhu kita tidak tahu Qada dan Qadar dari Allah SWT....sepatutnya kita bantu untuk menenangkan hati Ibu yang bergolak hebat gara-gara ujian yang diterimanya ini...Alangkah baiknya kalo kita berkata yang baik-baik untuk anak tersebut agar semuanya selamat....

Cahaya mata sulung Rini AF7 ini terpaksa dimasukkan ke Wad Kecemasan selepas dipercayai lemas akibat jatuh dari atas katil pada 11 Ogos yang lalu...Bayi perempuan Rini dilahirkan melalui kaedah pembedahan kerana saiz dan berat bayinya adalah 4.25kg...(mmmh sihatnya kaannn....)...Nama yang diberi ialah Maryam Joanna...(nama pun cantik....).

Maryam Joanna kini berada di Hospital Kajang dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Berita ini disahkan Rini yang tatkala ini baru saja pulih dari trauma selepas berdepan dengan insiden yang tragik itu. Bercerita tentang tragedi ini, Rini berkata kepada Portal Murai :-

"Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.  Ini semua kuasa Allah dan saya hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh dan selamat. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari saja nak menyambut Syawal. Saya harap, semua doakan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya itu katanya dalam sedih ketika dihubungi murai.com.my.  Menjelaskan lanjut kejadian yang menimpa anaknya itu, penyanyi lagu Apa Sebenarnya memberitahu anaknya itu lemas selepas terjatuh dari katil di rumahnya.  Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah.  Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.  Saya memang sedih sebab dia adalah cahayamata pertama saya. Saya mengandungkan dia selama 10 bulan. Saya menjalani pembedahan apabila sudah cukup tarikh untuk dia dilahirkan".
  
Sungguh berat dugaan yang dihadapi Rini dan suami di bulan Ramadhan yang mulia ini..Dalam tempoh 4 hari lagi kita akan menyambut Bulan Syawal dan doa Reen semoga Maryam Joanna akan cepat sedar dan sembuh seperti sedia kala....Dan kita berdoa lah bersama-sama untuk kebahagiaan keluarga Rini ya...Amin ya Rabbal al Amin :)

Apapun yang terjadi kita sebagai hamba Allah SWT telah berusaha dan perlu Redha dengan ketentuan darinya...kerna setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah tersirat disebalik peristiwa itu....


# Sumber : ~ http://www.murai.com.my, malaysiandigest.com dan terbakor.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥