♥ MeNanGani Anak Yang SuKa MeLaWan KaTa... ♥


 
Sepatah yang diucap, 10 patah dijawab. Tentunya ramai ibu bapa yang berasa sakit hati bila anak melawan kata-kata. Lebih memeningkan bila sikap tersebut sebati dengan diri mereka.


Pasti memalukan bila perkara ini terjadi di hadapan orang ramai, tentu ibu bapa dianggap tidak mengajar anak adab sopan. Bagi menghindari sikap negatif ini dari berterusan hingga dewasa anda boleh mengambil pendekatan berikut:-


Katakan sekali sahaja
Praktikkan dengan menggunakan kes anda sebagai contoh dan kemudian jangan mengungkit lagi. Biarkan sahaj komen kurang enak daripada anak anda. Jika perlu, tinggalkan situasi itu. Biarkan anak menyesuaikan diri dengan perkataan - Sudah!



Berikan mereka peluang merungut sendiri
Asalkan segalanya dilakukan tanpa melampaui batas, anda boleh memberinya peluang menyuarakan perasaannya. Pada kebiasaannya, dia mungkin akan berkata: 'Mengapa perlu saya buat begitu?' Namun, ingatlah bahawa persoalan itu tidak semestinya dijawab.

Lazimnya, bebelan si anak sebenarnya bermakna: "Saya akan buat walaupun saya sebenarnya tidak suka melakukannya."


Tetapkan peraturan untuk berdebat
Sesetengah kanak-kanak sebenarnya suka berdebat tentang sesuatu isu. Jika anak anda suka idea ini, pastikan peratura ditetapkan tentang bila dan bagaimana isu ini boleh didebatkan.

Misalnya, larangan meninggikan suara, tidak memanggil dengan nama yang bukan-bukan dan mendengar pandangan orang lain secara senyap. Syarat-syarat itu sebenarnya menjadi latihan terbaik untuk anak belajar bagaimana membuat pilihan dalam hidup pada masa hadapan.

Selain itu, anda juga perlu memahami kebenaran bahawa terdapat sesetengah perkara yang tidak boleh diperdebatkan. Ia menjadi hak mutlak atau sesuatu yang lebih baik untuk membiarkan ibu bapa membuat keputusan. Ibu bapa juga perlu memberikan satu jawapan standard andainya segelintir isi tidak boleh diperdebatkan. Contohnya, memberi jawapan seperti 'perkara ini tidak harus dibincangkan'.


Berikan pilihan
Daripada sekadar memberi anak arahan, cuba tawarkan anak untuk membuat pilihan atau alternatif. Anak yang suka berdebat biasanya tidak akan mempunyai banyak peluang untuk berlatih kemahiran tersebut jika anda menawarkannya pilihan.

Misalnya, elakkan daripada berkata: "Buat kerja rumah awak sekarang juga." Sebaliknya, anda boleh memberikan alternatif kepada anak dengan berkata: "Adakah awak mahu buat ulang kaji atau membasuh pinggan mangkuk dahulu?' Jika jawapan yang diberikan adalah "Bukan kedua-duanya", mungkin anda boleh memberi senyuman manis dengan berkata: "Jadi, tiada satu pun antara dua pilihan itu yang awak mahu?"


Fikir balik
Anak yang melawan cakap ibu sekali sekala besar kemungkinan akan terus melakukan perkara perkara yang sama atau keadaannya boleh bertambah teruk. Jadi, jika ibu bapa memberi maklum balas secara tenang dan dengan autoriti, tabiat burk itu akan berhenti dengan sendirinya.


Jelaskan harapan anda
Luangkan masa untuk membincangkan perkara ini dengan anak. Beritahu anak tentang akibat yang bakal dihadapinya jika berlaku cakap-cakap di belakang. Antara akibat itu adalah anak hilang keistimewaan yang dinikmatinya sekarang seperti penggunaan telefon, menonton televisyen atau peluang melawat kawan.


Jangan biarkan
Bila-bila sahaja anak melawan kata-kata anda, hentikanlah perbualan itu dengan serta-merta. Jika perlu, keluarlah dari bilik atau tinggalkan anak sebentar. Sekiranya anak mengekori anda, jadilah seorang yang tenang tetapi tegas da beritahunya bahawa anda tidak dapat bertoleransi terhadap sikapnya yang tidak menghormati anda. Apabila berada dalam keadaan tenang, anda boleh memutuskan akibat atau hukuman yang setimpal untuk anak-anak yang melawan cakap anda.

Didik
Jika anak anda yang biasanya menunjukkan rasa hormat tiba-tiba berubah sikap, renung matanya dengan bersungguh-sungguh dan berkata, "Apa yang awak sedang lakukan ialah melawan cakap dan ini tidak sesekali dibenarkan!"

Teruskan perbualan itu jika dia tidak melawan kata dan pastikan anak memenuhi permintaan anda. Sebaliknya, elakkan daripada berdebat mengenainya.



Sumber # http://izzeyda-info.blogspot.com

♥ BoT AiR area MasJiD BanDaRaYa, LiKas ♥

 Assalammualaikum semua...hehe..bertemu lagi...Jan risaun Reen masih berada di KK taw!!! Mesti ada yang heran..ada Bot Air di KK, itupun dekat2 area Masjid Bandaraya Likas....kann :)

Sebenarnya Reen dan family tak plan awal2 nak pergi tempat ni...tapi memang ada juga dengar heboh2 berkenaan perkhidmatan Bot Air ni...sebenarnya Masjid Bandaraya di Likas KK ni dibina atas air tasik buatan manusia...mksudnya dlu tasik ini memang tiada taw....

Tak pasti atas inisiatif siapa dan untuk apa sebenarnya tujuan perkhidmatan Bot Air ini disediakan...cuma bagi pendapat Reen, bagus juga benda diperkenalkan...menambahkan lagi satu tarikan kepada pelancong luar negeri dan tempatan untuk datang berkunjung...jalan-jalan Makan Angin....

Huuuu...tym Reen singgah ni, jam di tangan menunjukkan hampir jam 3 petang..apalagi cuaca memang masih panas terik...tengoklah dlm gmbr ni sendiri, habis kecil mata kita dibuatnya....Kalo ikut hati malas nak teruskan niat untuk bagi anak-anak naik Bot Air ni, tapi bila tengok semangat mereka yang memang tidak rasa haba matahari tu...maka Reen dan Huby bagi juga putera2 tu naik Bot Air....memang me'round' habis anak2 dgn bot tu di kawasan tasik....sampaikan mereka yan paling akhir naik semula ke dek...mula2 risau juga keselamatan mereka tapi nasib ada diberi juga baju keselamatan aka pelampung.....

Tak lama juga Reen dan family lepak disini...cukup untuk menikmati semua yang ada disana...sekarang Reen tak pasti pula masih ada kah Bot Laju ini disediakan untuk meronda tasik buatan itu....Kalau masih ada, jom try dan bawa family bersama....best taw!!! 

Hehehe....Daaaaa :)


# Waktu Operasi dan Kadar Bayaran yang dikenakan....
# Cuaca memang menghangatkan....

# Walaupun panas....we all enjoy the short trip....:)
# Putera-puteraku yang sibuk dgn aktiviti Bot Air

♥ FesYen BerTuDung ~ 2 ♥

Salam semua...smoga hari u oll smua sntiasa bahagia dan ceria...kalaupun hari d luar sana nampak mendung dan spt maw hujan..jan pula kita mcm tu ikut mood cuaca...hehehe...senyum2 slalu utk sntiasa nampak cute dan maintain muda...cewaaahhh pandainya aku bckap padahal aku sndiri kalo dh moody mmg tk pandang org juga ponnn....jann marah >,<

Okies lah..hari tu aku dah share beberapa fesyen tudung sekarang ni...iyelah mana taw ada berkenan nk copycat utk stylistakan diri sndiri...no hal bah!!! Yang penting tidak melangkaui batas-batas agama Islam kita taw....jangan jd mangsa fesyen, sian diri tu....hehehe...biar kita bergaya kena pada tempat dan masa supaya nmpak anggun slalu....hehehe...mcm aku kot!! hehehe...layanzzzz jak...

Macam aku mmg ada hati nak bergaya mcm ni walaupun tdk 100% maybe dalam 50%...tp oleh kerna c Cik Puteri Afiqah ku itu slalu suka nak tarik2 tudung shawl ku ketika aku memakainya maka aku rasa buat masa ni aku lupakan dlu ar niat aku nk bermanja-manja dgn shawl2 trkini...babai gamannn...huhuhu...akan dtg mungkin boleh bila c Cik Puteri ini dah faham istilah "Don't sayang"...

Apapun jom cuci2 mata tu ya...(>,<)
cntiknya tudung Mama Wardinah ni kann???

Hehe...Heliza maintain cute dgn stail BIG RIBBON dia :))

Farah Adeeba dgn style tudung yg sofistikated sgt...


Fatin Liyana yg look so gojos...i luvvvv d style so much >,<

Fatin Liyana looks so innocent...but maintain tu stle bah...hehehe

Wah so addorable kan the riben tu....

wrna yg contrast but cantikk sgt :)

Fatin Liyana again with d gojos style....
iyeee...Yuna & Hana Tajima with their own style brtudung....

Sumber kredit to http://gadisdanblog.blogspot.com

♥ InFo ~ BaHaYaNya MiNuMan 3in1 ♥

 

# Mengandungi Lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek.

# Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.


# Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.


# Turut mengandungi Kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.


# Setiap pek turut mengandungi sehingga 200 kalori.


# Jumlah kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.


# Jika diambil tiga peket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.


# Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.



Sumber dari Program Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

♥ FakTa MenGeNai MinYak WanGi ♥


Minyak wangi adalah campuran wangian berasaskan minyak atau alkohol serta campuran aroma dan pelarut yang digunakan untuk memberi kesegaran kepada tubuh. Setiap minyak wangi (perfume) mempunyai ketahanan yang berbeza bergantung pada campuran yang terdapat di dalamnya. Label pada perfume menunjukkan kadar ketahanan bagi sesuatu perfume.
  • Eau de Cologne (EDC) - jenis campuran pekatan minyak wangi terendah sekitar 2-5% yang aromanya tahan sehingga 3 jam. Umumnya, ia sering ditemui pada produk-produk minyak wangi untuk wanita.

  • Eau de Toilette (EDT) - jenis campuran pekatan minyak wangi sekitar 4-10%, lebih sedikit jika dibandingkan dengan EDC dan aromanya tahan sekitar 3-4 jam. Minyak wangi jenis ini banyak dihasilkan untuk lelaki.

  • Eau de Parfum (EDP) - jenis campuran pekatan minyak wanginya yang banyak iaitu 10%-20%. Minyak wangi jenis ini biasanya banyak untuk wanita dan harganya agak mahal. EDP sekitar yang mempunyai kadar ketahanan sehingga 3-4 jam.

  • Cologne, Parfum Classic atau Pure Perfume - jenis campuran pekatan minyak wangi yang tinggi jika dibandingkan dengan yang lain iaitu 15%-30%. Ia mempunyai kadar ketahanan aromanya lebih dari 6 jam.
 
Untuk menjadikan haruman wangian perfume tahan dengan lebih lama, semburkan wangian perfume tersebut pada kulit. Kulit adalah lebih panas pada bahagian denyutan nadi yang membantu keberkesanan bauanya untuk menyerlah. Antara bahagian badan yang sesuai untuk menyemburkan haruman adalah seperti berikut:-

  • Belakang telinga

  • Di bawah leher

  • Bahagian siku

  • Pelipat lengan

  • Bahagian pergelangan tangan dan dada

# Tidak digalakkan menyembur perfume pada baju kerana ianya boleh merosakkan pakaian dan boleh meninggalkan kesan tompok pada pakaian.



Secara umumnya, perfume yang boleh dibuka boleh disimpan sehingga 3 tahun. Tetapi apabila sudah dibuka, ianya boleh disimpan dalam tempoh 6-18 bulan. Perfume juga mempunyai 3 kelemahan iaitu cahaya, suhu yang tinggi dam kelembapan.

Cara terbaik untuk menyimpan perfume adalah di dalam kotak asalnya terutaman jika ianya jarang digunakan. Apabila disimpan di luar kotak, kualiti perfume akan sedikit terjejas kerana terdedah pada cahaya. Jangan simpan di dalam bilik air. Tempat yang terbaik bagi menyimpan perfume adalah di dalam almari berlaci. Tutup botol perfume dengan ketat supaya baunya kekal.

# Ini antara minyak wangi yang sentiasa menjadi kegemaran Reen dari mula ia dilancarkan hingga kini.....(^_^)

  Sumber  : http://izzeyda-info.blogspot.com

♥ Followers Yg Setia ♥