Sepatah yang diucap, 10 patah dijawab. Tentunya ramai ibu bapa yang berasa sakit hati bila anak melawan kata-kata. Lebih memeningkan bila sikap tersebut sebati dengan diri mereka.
Pasti memalukan bila perkara ini terjadi di hadapan orang ramai,
tentu ibu bapa dianggap tidak mengajar anak adab sopan. Bagi menghindari
sikap negatif ini dari berterusan hingga dewasa anda boleh mengambil
pendekatan berikut:-
Katakan sekali sahaja
Praktikkan
dengan menggunakan kes anda sebagai contoh dan kemudian jangan
mengungkit lagi. Biarkan sahaj komen kurang enak daripada anak anda.
Jika perlu, tinggalkan situasi itu. Biarkan anak menyesuaikan diri
dengan perkataan - Sudah!
Berikan mereka peluang merungut sendiri
Asalkan
segalanya dilakukan tanpa melampaui batas, anda boleh memberinya
peluang menyuarakan perasaannya. Pada kebiasaannya, dia mungkin akan
berkata: 'Mengapa perlu saya buat begitu?' Namun, ingatlah bahawa
persoalan itu tidak semestinya dijawab.
Lazimnya, bebelan si anak sebenarnya bermakna: "Saya akan buat walaupun saya sebenarnya tidak suka melakukannya."
Tetapkan peraturan untuk berdebat
Sesetengah
kanak-kanak sebenarnya suka berdebat tentang sesuatu isu. Jika anak
anda suka idea ini, pastikan peratura ditetapkan tentang bila dan
bagaimana isu ini boleh didebatkan.
Misalnya, larangan meninggikan suara, tidak memanggil dengan nama
yang bukan-bukan dan mendengar pandangan orang lain secara senyap.
Syarat-syarat itu sebenarnya menjadi latihan terbaik untuk anak belajar
bagaimana membuat pilihan dalam hidup pada masa hadapan.
Selain itu, anda juga perlu memahami kebenaran bahawa terdapat
sesetengah perkara yang tidak boleh diperdebatkan. Ia menjadi hak mutlak
atau sesuatu yang lebih baik untuk membiarkan ibu bapa membuat
keputusan. Ibu bapa juga perlu memberikan satu jawapan standard andainya
segelintir isi tidak boleh diperdebatkan. Contohnya, memberi jawapan
seperti 'perkara ini tidak harus dibincangkan'.
Berikan pilihan
Daripada
sekadar memberi anak arahan, cuba tawarkan anak untuk membuat pilihan
atau alternatif. Anak yang suka berdebat biasanya tidak akan mempunyai
banyak peluang untuk berlatih kemahiran tersebut jika anda menawarkannya
pilihan.
Misalnya, elakkan daripada berkata: "Buat kerja rumah awak sekarang
juga." Sebaliknya, anda boleh memberikan alternatif kepada anak dengan
berkata: "Adakah awak mahu buat ulang kaji atau membasuh pinggan mangkuk
dahulu?' Jika jawapan yang diberikan adalah "Bukan kedua-duanya",
mungkin anda boleh memberi senyuman manis dengan berkata: "Jadi, tiada
satu pun antara dua pilihan itu yang awak mahu?"
Fikir balik
Anak
yang melawan cakap ibu sekali sekala besar kemungkinan akan terus
melakukan perkara perkara yang sama atau keadaannya boleh bertambah
teruk. Jadi, jika ibu bapa memberi maklum balas secara tenang dan dengan
autoriti, tabiat burk itu akan berhenti dengan sendirinya.
Jelaskan harapan anda
Luangkan
masa untuk membincangkan perkara ini dengan anak. Beritahu anak tentang
akibat yang bakal dihadapinya jika berlaku cakap-cakap di belakang.
Antara akibat itu adalah anak hilang keistimewaan yang dinikmatinya
sekarang seperti penggunaan telefon, menonton televisyen atau peluang
melawat kawan.
Jangan biarkan
Bila-bila
sahaja anak melawan kata-kata anda, hentikanlah perbualan itu dengan
serta-merta. Jika perlu, keluarlah dari bilik atau tinggalkan anak
sebentar. Sekiranya anak mengekori anda, jadilah seorang yang tenang
tetapi tegas da beritahunya bahawa anda tidak dapat bertoleransi
terhadap sikapnya yang tidak menghormati anda. Apabila berada dalam
keadaan tenang, anda boleh memutuskan akibat atau hukuman yang setimpal
untuk anak-anak yang melawan cakap anda.
Didik
Jika
anak anda yang biasanya menunjukkan rasa hormat tiba-tiba berubah
sikap, renung matanya dengan bersungguh-sungguh dan berkata, "Apa yang
awak sedang lakukan ialah melawan cakap dan ini tidak sesekali
dibenarkan!"Teruskan perbualan itu jika dia tidak melawan kata dan pastikan anak memenuhi permintaan anda. Sebaliknya, elakkan daripada berdebat mengenainya.
Sumber # http://izzeyda-info.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan