Minyak wangi adalah campuran wangian berasaskan
minyak atau alkohol serta campuran aroma dan pelarut yang digunakan
untuk memberi kesegaran kepada tubuh. Setiap minyak wangi (perfume) mempunyai ketahanan
yang berbeza bergantung pada campuran yang terdapat di dalamnya. Label
pada perfume menunjukkan kadar ketahanan bagi sesuatu perfume.
- Eau de Cologne (EDC) - jenis campuran pekatan minyak wangi terendah sekitar 2-5% yang aromanya tahan sehingga 3 jam. Umumnya, ia sering ditemui pada produk-produk minyak wangi untuk wanita.
- Eau de Toilette (EDT) - jenis campuran pekatan minyak wangi sekitar 4-10%, lebih sedikit jika dibandingkan dengan EDC dan aromanya tahan sekitar 3-4 jam. Minyak wangi jenis ini banyak dihasilkan untuk lelaki.
- Eau de Parfum (EDP) - jenis campuran pekatan minyak wanginya yang banyak iaitu 10%-20%. Minyak wangi jenis ini biasanya banyak untuk wanita dan harganya agak mahal. EDP sekitar yang mempunyai kadar ketahanan sehingga 3-4 jam.
- Cologne, Parfum Classic atau Pure Perfume - jenis campuran pekatan minyak wangi yang tinggi jika dibandingkan dengan yang lain iaitu 15%-30%. Ia mempunyai kadar ketahanan aromanya lebih dari 6 jam.
- Belakang telinga
- Di bawah leher
- Bahagian siku
- Pelipat lengan
- Bahagian pergelangan tangan dan dada
#
Tidak digalakkan menyembur perfume pada baju kerana ianya boleh
merosakkan pakaian dan boleh meninggalkan kesan tompok pada pakaian.
Secara
umumnya, perfume yang boleh dibuka boleh disimpan sehingga 3 tahun.
Tetapi apabila sudah dibuka, ianya boleh disimpan dalam tempoh 6-18
bulan. Perfume juga mempunyai 3 kelemahan iaitu cahaya, suhu yang tinggi
dam kelembapan.
Cara terbaik untuk menyimpan
perfume adalah di dalam kotak asalnya terutaman jika ianya jarang
digunakan. Apabila disimpan di luar kotak, kualiti perfume akan sedikit
terjejas kerana terdedah pada cahaya. Jangan simpan di dalam bilik air.
Tempat yang terbaik bagi menyimpan perfume adalah di dalam almari
berlaci. Tutup botol perfume dengan ketat supaya baunya kekal.
# Ini antara minyak wangi yang sentiasa menjadi kegemaran Reen dari mula ia dilancarkan hingga kini.....(^_^)
# Ini antara minyak wangi yang sentiasa menjadi kegemaran Reen dari mula ia dilancarkan hingga kini.....(^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan