Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima
kelahiran anak patut diiringi dengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha
Kuasa.
Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat. Menurut Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari Zakaria, Konsultan Umrah Akademi Mutawwif Trainning and Consultancy, terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.
Sebelum itu, Ustaz Abu Hasan yang juga berpengalaman sebagai penceramah di stesyen radio dan televisyen ini menyuruh pasangan suami isteri dan keluarganya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah bersalin.
Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat. Menurut Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari Zakaria, Konsultan Umrah Akademi Mutawwif Trainning and Consultancy, terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.
Sebelum itu, Ustaz Abu Hasan yang juga berpengalaman sebagai penceramah di stesyen radio dan televisyen ini menyuruh pasangan suami isteri dan keluarganya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah bersalin.
♥ Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut ♥
1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).
2.
Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk
diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w
ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan
dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan
pertama yang didengar oleh bayi. Sementara
Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti
bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim
ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya
di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.
3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada
gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh
dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila
cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari.
Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan
amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal
bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh
jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.
4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja
mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya
untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang
memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan
silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat
bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan
sebagainya kepada ibu bapa tersebut.
5. Tanam
uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz
Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan
sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam
gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di
tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan
daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan
ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri
bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi.
Amalan itu boleh merosakkan akidah.
6. Sunat
menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa
makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat
yang boleh.
7. Sunat melakukkan tahnik atau
belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan
diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan
memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah
yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang
tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh
dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih
utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi
menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa
untuk anaknya”.
8. Sunat membuat aqiqah yang
bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau
atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi.
Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran
kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging
sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka
tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu
melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan
sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor
kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.
9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.
10. Mengkhatankan anak. Hadis
daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing
tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh.
Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan
seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu
kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi
sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi
perempuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan