♥ FEB 2011 ~ PoSitiF KeHaDiRan CaHaYaMaTa KeTiGa...♥

Februari 2011, badanku panas dan kepala ku terasa tersangat pening!!! Sudah 2 kali aku mangambil ubat Paracetamol namun sakit yang ku rasa masih tidak berkurang...akhirnya aku call Hubby ku, mengadu kesakitan yang ku alami..bukan sehari...bukan dua hari tapi hampir 4 hari aku rasa terhimpit dengan kesakitan ini...huhuhu :(

Mendengar keluhanku mulanya Hubby bising sebab aku hanya berdiam dan tidak memaklumkan dia keadaan yang aku alami..Maka, Hubby membawa aku ke klinik swasta hampir area Inanam...Klinik & Surgeri Hussain...Doktor menyoal bila last aku 'Period', dengan yakin aku memaklumkan antara 12-13hb Dis 2010 yang lalu sebelum Hubby berangkat ke Kota Suci Mekah....Selepas itu aku diminta memberi Sampel Urin untuk pemeriksaan...Mmmmh, berdebar juga hati sebab aku dah rasa lain macam...

Keputusan yang kuterima...aku 'Hamil 6 minggu'...huuuu...memang aku terkejut...aku terdiam tidak terkata..Hubby pun sama...hahaha..Doktor memecah kesunyian suasana antara aku dan Hubby dengan berkata.."Bergembiralah...akan ada Baby baru"....baru kami tersedar betapa kami memang terkejut dengan berita ini...:))

Bukannya aku tidak gembira dengan berita ini..Semua ini ReZeKi drpd ALLAH SWT, pastinya aku bersyukur cuma aku terkejut kerana selepas 7 tahun (maksudnya tym ni anak aku kedua Wan Marzuqi dah berumur 7 tahun daaa...) baru aku PoSiTiF dengan KeHaDiRan CaHaYaMaTa KeTiGa....macam2 aku rasa dalam hati ini, aduh aku akan mengalami semuanya sekali lagi...pengalaman menjadi seorang Bakal Ibu......mmmmh....Mampukah aku melalui semua itu dengan umur yang masuk awal 30-an nie...bLURRRR !!!! :-X

Hubby pun mulanya nampak terkejut tapi akhirnya Hubby bersuara dan memanjatkan kesyukuran nya kepada ALLAH SWT kerana memakbulkan doanya ketika di berada di Mekah...aku berasa hairan..Apa DOA hubby ku ya??? Rupanya Hubby memohon drpd ALLAH SWT agar mengurniakan keluarga kami seorang ANAK PEREMPUAN....dan Hubby aku cakap dia yakin Baby kami kali ini mesti Perempuan tapi dalam masa yang sama Hubby tidak terlalu berharap cuma berdoa dan tawakal agar doanya itu dimakbulkan....

So apakah pengakhiran ceritaku ini...hehehehe...nantikan ya!!!! (^__^) XOXOXOXO....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥