♥ KurSus Asas InsTrukTur KeSiHaTan Dan KeCerGaSan ♥

Pertama kali saya dengar kursus nie memang hati minat sangat nak join...maka saya pun menawarkan diri untuk turut serta...selepas ditapis (ramai juga yang nak join sama....)...akhirnya nama saya naik juga antara mereka yang dibenarkan untuk turut serta dalam kursus ini....Saya join bukan untuk sesiapa tetapi untuk motivasi diri sendiri agar dapat kuatkan semangat agar kembali cergas setelah lama sangat merehatkan badan dan otot-otot dlm badan nie....hihihi :)
♥ Fitballrobik yang menarik minat saya untuk terus mengamalkannya dirumah ♥


Kursus ni bukannya saja2 untuk mereka yang mahu menimba ilmu jadi instruktur dlm bidang Senamrobik sahaja malah kursus ini turut mendedahkan kita bahawa ingin cergas banyak cara dan tekniknya...terpulang dengan keinginan masing-masing dan harus dipraktikkan dengan cara yang betul agar tidak mencederakan diri sendiri...nanti asalnya ingin sihat dan cergas atlast oleh kerana kurang pengetahuan tubuh badan yang menerima bahana...dan akhirnya semangat untuk cergas terkubur semula....iyelah dah badan habis sakit sana sakit sini.....ngee ~~

Kursus ni adalah anjuran Jabatan Kesihatan Negeri dan Instruktur2 Kecergasan adalah drpd JFHH Kuala Lumpur...www.jumpforheart.com.my/

Kursus yang berlangsung mulai 06 Mac 2012 sehingga 08 Mac 2012 yang lalu dilaksanakan di Dewan Serbaguna INTAS Kampus Sabah dan disertai oleh lebih kurang 50 orang peserta yang terdiri daripada anggota Jabatan Kesihatan Negeri Sabah itu sendiri...Aktivitinya kecergasan bermula seawal 6.30 pagi sehingga 6.00 petang dan malamnya pula ada kuliah kecergasan...memang best sangat sbb banyak pengetahuan baru yang saya perolehi...

♥ Dewan Serbaguna INTAN Kampus Sabah ♥
♥ dah nak start senaman pn sempat lagi saya berpose :) ♥
♥ Kenangan bersama Pn Siti Aishah, Instruktur JFHH.. ♥



Hari pertama sampai sahaja saya sudah melalui Ujian BMI menggunakan Mesin Tanita Body Composition Analyzer yang berharga RM10k..wah..wah..wah..bila tengok keputusan, memang menakjubkan sebab saya boleh tahu berapa % Lemak Dalam Badan, Berat Lemak, Berat Badan Tanpa Lemak, Jumlah Air Dalam Badan selain drpd Fat To Lose (berat yang kena dikurangkan....) hihihi...its AMAZING lah :)

Antara aktiviti kecergasan yang didedahkan ialah Brisk Walk/Walk For Shape, My Hess Test, Chairobik, Tridex Band, Fittball, Latihan Litar, Floor Exercise, Body Toning dan Muscle Conditioning selain Senamrobik itu sendiri.....huuuuu, memang dah boleh jadi instruktur kecergasan kecil-kecilan lah saya nie taw......hihihihi :)

♥ Instruktur Tn Hj Syaiful Anwar, Pengurus Besar JFHH Services ♥

♥ Sempat lagi JFHH buka gerai promosi..memang berbaloi ♥


♥ Pn Siti Aishah menerangkan teknik Fitballrobik ♥

Semua yang telah saya pelajari akan saya praktik kan Insya-Allah untuk terus mengekalkan kecergasan dan kesihatan yang ada...semoga semangat ini tidak akan luntur....dan saya turut dimaklumkan oleh Penganjur bahawa mereka yang bergiat aktif akan dicadangkan untuk mengikuti Kursus Lanjutan dalam bidang yang sama.... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥