RaYa OpeN HouSe S/U PerSeKuTuAn SaBaH 2009

Hari Raya Aidil Fitri sudah berlalu namun kenangan yang tercipta tetap dalam ingatan kita sepanjang hayat, insya-Allah...

Tahun 2008 Reen tidak ada kesempatan untuk datang ke rumah terbuka Hari Raya anjuran Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah. Namun pada tahun ini, tahun 2009 kesempatan yang ada Reen tidak sia-siakan..Bukan makanan dan minuman yang Reen kejar tetapi Reen nak melihat suasana Raya yang meriah dan silahturrahim yang terjalin antara tetamu yang hadir...Gerai-gerai yang ada menyajikan pelbagai juadah untuk semua tetamu yang hadir...memang best, cuma rasanya 'venue' tidak sesuai, sempit sangat membuatkan ramai orang yang datang berasak-asak...
Keadaan pada setiap Open House dimana-mana pun keadaannya memang lah sesak kerana kunjungan orang ramai yang tidak putus-putus...Namun itulah kemeriahannya, bayangkan kalau Majlis Rumah Terbuka tidak ada orang yang ingin datang sebagai tetamu...mmmmh mesti keadaannya sunyi dan suram...Aduuuuh...sedihnya rasa..
Disini Reen titipkan beberapa gambar kenangan yang sempat Reen abadikan bersama teman2 Reen...Kemeriahan dan kepenatan jelas terserlah. Bagaimanapun yang penting HAPPY....

Selamat Mencuci Mata wokey :-D









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥