SamBuTaN RaYa UniT PenTaDbiRaN 2008

Salam semua..Raya Aidil Fitri tinggal 3 bulan lagi dari sekarang kan? Dalam 20hb Ogos 2009 kita akan memulakan ibadat Puasa di Bulan Ramadhan (kalo tak silap tarikhlah ya)...Mmmh jadi Reen nak kongsi pengalaman menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan member2 satu unit dekat ofis tahun lalu...

Ceritanya bermula begini...kan selalunya kita yang beragama Islam ni bila tiba musim Raya semua mohon cuti nak balik kampung so tak tinggal juga Reen dan kawan rapat Reen yang seorang ni..Hehehe nama dia Ummi Izah tpi Reen panggil dia dgn nama lain..(Ssst..adalah tu..Lu Pikirlah Sendiri), takpa disini Reen gelar ni Ummi saja lah...

Selepas Cuti Raya dalam seminggu lebih macam tu Reen dan c Ummi ni bersms lah..Kita orang janji nak bawa Biskut Raya utk menjamu kawan2 di ofis yang tak kesampaian nak beraya di rumah kita orang..So Reen dan Ummi setujulah bawa Biskut Raya dalam 1 bekas seorang, tak silap dalam 1 bekas tu boleh bubuh 6-7 jenis biskut.....Tapi kita inform seorang kakak tu juga yang sama unit dengan kita bawa sama bila datang kerja nanti sebab sebenarnya kita nak merasa biskut2 kakak tu juga...so kita yang nak membawa juadah raya ni berjumlah 3 orang lah...yang nak dijamu ni hampir 30 orang...hehehe bayangkan lah...

Dah sampai masanya kita buatlah apa yang dah di plan melalui sms tu...so kita panggil lah kawan2 menjamu biskut yang Reen dan Ummi bawa dari rumah...Rupanya kakak yang seorang ni dah ubah plan asal..mulanya nak makan kecik2 tapi tup-tup paln kakak ni membuatkan kita menjamu kawan2 ni dekat bilik mesyuarat kecik yang ada di ofis tu...Siap pembantu pejabat sediakan air minum lagi, boleh tahan...Tanya kakak tu rupanya kakak tu sebenarnya tak ada bawa biskut sebab biskut dah habis katanya tapi takpa sebab dia ada bawa juadah lain iaitu Rendang Ayam dan sedikit 'Lamban' utk hidangan..Ummi pun ada bawa ketupat tapi utk makan 3-4 orang saja...Last minit ada seorang penolong pegawai tu bermurah hati minta hidangkan Biskut Raya yang dibawanya utk dijamu sama....

Tapi yang bestnya jamuan kecik2 yang di plan jadi macam satu majlis lah pula..sampai mengundang iri hati unit lain..Astagfirullah, mana tidak....tersebar gossip mengatakan Unit Pentadbiran buat Majlis Raya sendiri2 tak jemput unit lain..sedangkan sebenarnya jamuan dibuat bukan atas nama Unit Pentadbiran...Yang membawa makan ni cuma Reen, Ummi dan kakak tu...itupun makan sedikit seorang tapi cukup juga utk semua...Siapa2 yang lalu ditempat jamuan tu semua kita jemput sama so Reen rasa mohon maaflah atas kekeliruan ini...kawan2 lain dalam unit yang sama pun sound juga kenapa tak maklumkan mereka bawa biskut dan macam2 lagi..tapi seperti yang Reen cakapkan ni semua plan luar jangkaan kakak tu...Kita sebenarnya nak menjamu di meja kerja masing2 tapi dah pindah tempat ke bilik mesyuara tu yang heboh dibuatnya...

Apapun jamuan ni meriah dan berjalan lancar sbb semua orang happy..tau lah lagipun masih mood Raya kan...so cubalah kawan2 tatap photo2 ni masa jamuan tu...makanan tak seberapa tapi yang penting hubungan kekawanan yang terjalin...Selamat Hari Raya semua


Oh ya sekarang Reen tak bersama dalam Unit tu lagi...dah pindah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥