Mungkin ada diantara u ols yang berasa body u ols kusam, kasar dan warnanya tidak sekata....Kalo u ols dah rasa macam tu apakata lakukan scrub untuk merawat kulit u ols kembali. Terasa seperti itu antara faktornya ialah banyak sangat sel-sel mati di kulit u ols yang tidak dibuang dan ini mengakibatkan kekasaran dan warna kulit u ols tidak sekata.
Kalo berkemampuan dari segi wang ringgit dan masa u ols bolehlah melakukan rawatan di SPA salon atau beli jer scrub yang sudah tersedia di pasaran. Tetapi kali ni aku nak ajak u ols semua untuk sama-sama menghasilkan scrub ini sendiri dirumah. So kosnya sudah tentu lebih murah berbanding mendapatkan khidmat itu di salon-salon kecantikan. Macamana nak buat??? Jom kita berkongsi petua ya :)
## Caranya mudah sahaja, iaitu GORENG 2 CAWAN BERAS TANPA MINYAK hingga kekuningan. Kemudian SEJUKKAN dan KISAR menjadi butiran halus agar sesuai untuk dijadikan scrub. Pastu SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA yeah supaya tahan lama.
Nak guna scrub ini taklah susah sangat, sebelum u ols mandi sapukan minyak bayi atau minyak zaitun pada keseluruhan badan dan biar seketika untuk melonggarkan sel-sel mati dan memberi kesan pelincir pada kulit yeah.. Ambil 3 SUDU BERAS KISAR tadi dan campurkan dengan PERAHAN AIR LIMAU NIPIS / LIMAU PURUT atau ASAM JAWA dan SEDIKIT AIR. Gosok perlahan-lahan campuran tadi di keseluruhan badan dan kulit u ols yang rasa bermasalah tadi terutama di kawasan yang kusam dan kasar. Tunggu kering di badan dan pastu bolehlah dibilas sebersihnya..
Untuk mendapat kesan yang maksima selepas buat scrubbing tu u ols buatlah RAWATAN MANDI SUSU atau MANDI BUNGA MAWAR. Bila telah selesai sapukan tubuh u ols dengan minyak bayi yang telah bercampur dengan vitamin E atau losyen badan. Buatlah rawatan ini seminggu sekali
Selamat mencuba yeah :)
Sumber tipskecantikan-wana.blogspot.com
DARIPADA
Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah
sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."
Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.
Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain.
Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain.
Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu.
Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki.
Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW. - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2010/02/manusia-paling-dekat-dengan-allah.html#sthash.lLTrpjf3.dpuf

Tiada ulasan:
Catat Ulasan