♥ TIPS / PETUA ~ SeGarKan MaTa ♥

# pic from google

Kenapa aku suka sangat dgn topik entry aku kali ni ya?? Sebabnya aku memang antara berjuta manusia dalam dunia ini yang selalu mengalami keadaan di mana mata selalu rasa penat, sembap, merah macam tak cukup tidur (padahal aku tidur setiap hr tak kurang 6 jam), kuyu, tak bermaya, tak bercahaya dan macam-macam lagi lah.

Selain daripada menggunakan make-up untuk menutup kekurangan mata yang ada ini, aku rasa kita perlu juga menggunakan cara yang semulajadi untuk merawat mata agar nampak lebih segar dan bercahaya :)

So dengan senang hati aku kan rajin mengoogle untuk mencari petua dan tips yang senang dan boleh aku amalkan selalu. Paling penting bahan yang aku nak kena gunakan tu tidaklah sukar utk didapatkan, kalau boleh biar yang memang dah sedia ada dalam dapur aku...hehehe (rajinnnyaaa aku...). Hasil pencarian aku yang tak sehebat mana ni maka aku berhasil menemukan beberapa tips/petua yang bagus aku rasa dan senang dipraktikkan pada bila2 masa sahaja.  Jom kita berkongsi :)

Tips / Petua 1
Gunakan UNCANG TEH  - Ambil 2 uncang teh yang telah digunakan dan lekapkan pada kedua-dua belah mata selama 5 - 15 minit. Amalkan selalu supaya mata sentiasa segar dan bersinar. Aku suka sejukkan dulu uncang teh sebelum digunakan utk dapatkan feel sejuk tu sedikit sebelum digunakan. Rasa nyaman sangat.  Elakkan guna uncang teh yang masih panas ke atas mata yeah...

# pic kredit to http://sakinahdeen.blogspot.com

Tips / Petua 2
Gunakan DAUN SIREH -  Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya. Info drpd http://www.gempak.org

# pic kredit to http://www.sobatcantik.com

Tips / Petua 3
Gunakkan AIS BATU - Ambil beberapa ketul ais batu yang saiz kecil-kecil sahaja yeah.  Lumurkan pada keliling kedua-dua mata dalam 5-7 minit.  Teknik ini mampu melancarkan kembali peredaran darah di sekeliling mata dan ini membuatkan mata terasa kembali segar. Info didapati drpd http://www.petuatradisional.com

# pic kredit to http://www.anakulucheka.com

Tips / Petua 4
Gunakan TIMUN - Sediakan 2 keping Hirisan Timun.  Jangan hiris terlalu nipis, tebal sikit pun okey. Sejukkan dulu timun di dalam peti sejuk sebelum dihiris dan digunakan. Pejamkan mata dan letak hirisan timun tadi di atas mata utk tempoh 15 - 30 minit. Setelah itu sure korang akan rasa best jer mata tu sbb terasa segar sangat.

# pic kredit to Google

Okey....itu antara tips / petua yang aku dapati dalam internet yang aku dah google. Rasanya ada lagi tips / petua lain tapi yang ni mostly ramai yang gunapakai...hehe...Tapi sebenarnya aku terjumpa satu lagi tips/petua yang sangat bagus untuk mata ni, tips/petua ini telah di olah kepada konsep lebih moden untuk memudahkan penggunaan kita utk mata lebih cantik dan segar....Nak tahu boleh klik-klik pada empunya blog ni ya http://www.kujie2.com


Tips/Petua 5

Gunakan EYE PAD TIMUN - Perlukan Timun, Kapas Muka (yang bentuk persegi lebih baik) & Plastik. Cara nak buat boleh refer kat bawah yeah.Gunakan plastik yang bersih agar tak mendatangkan masalah lain pada mata ketika memakai pad timun korang nanti k :)
  1. Bersihkan timun dan kisar dengan sedikit air sampai halus.
  2. Celupkan kapas muka di dalam jus timun , perah untuk menghilangkan lebihan air dan  mendapatkan eye pads yang lembab
  3. Susun di dalam beg plastik setiap keping dan simpan di dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan 2 keping setiap hari dan pakai selama 10 minit sebelum mandi setiap pagi atau bila-bila masa.
# pic kredit to http://www.kujie2.com/

Itu jer untuk kali ni entry aku, waaaah...panjang berjela pula kan...Apapun selamat mencuba semua tips dan petua tadi k :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥