♥ TIPS / PETUA ~ HiLanGkaN JeRaGaT ♥

Jeragat??? Huhuhu semua orang tak suka pada jeragat bila dah bertempek kat muka...Mana tidaknya bila muka berjeragat konfident level pun akan menurun walaupun penampilan VOKE bagaikan artis....Kadang-kadang bila bermake-up kita berniat nak tutup jeragat tu kan...rupa-rupanya makin ketara and akan menambahkan sakit hati kita sendiri pula....

Aku tak juga nak cakap yang kulit aku ni bersih tanpa jeragat...nak cakap teruk tu tak juga tapi macam nak ada...so apalagi mengelabah lah, jgn ckp aku tak ikut peraturan penjagaan muka...aku ikut taw tapi masih juga jeragat nak menyinggah kat muka aku.....

So apalgi aku mengoogle lah petua-petua untuk menghilangkan jeragat ni.  Satu aku tertarik dengan satu tips/petua yang aku dapat drpd blog Iirzainie.blogspot.com ni...apakata kita try tips dia yang mudah ni...lagipun bahan yang digunakan memang sentiasa ada kat dapur rumah kita kan iaitu ASAM JAWA. Yang pentingnya kita rajin, selawat banyak2 dan tawakal pada Allah SWT agar niat kita kembali mencerahkan wajah kita diperkenankan...Aku dah start dah dlm seminggu yang lalu, belum nampak sangat hasilnya...hehehe...Sabar yeah :)

Bukan apa petua ni kita lakukan dalam masa yang sama kita guna produk-produk yang ada di pasaran tu...mana tahu dah abis usaha, bolehlah cuba mengamalkan petua ni pula k...

Cara-caranya --->>
1.  Ambil sedikit ASAM JAWA dan campurkan dengan SEDIKIT AIR..agar menjadi satu sebatian
2.  Sapukan pada muka yang bermasalah selama 15 minit
3.  Kemudian cuci muka dengan air suam.
4.  Lakukan beberapa kali untuk beberapa hari. Ianya juga dapat menaikkan seri wajah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥