♥ SeLamaT Hari LaHir 10-Tahun Puteraku Wan MarZuQi MusTaQim ♥

Assalammualaikum semua pembaca setia blog ku ini...
31.12.2003 yang lalu masih segar dalam ingatan aku, walaupun telah 10 tahun berlalu.  Pada detik 8.34 pagi tanggal 31.12.2003 aku selamat melahirkan putera keduaku yang diberi nama Wan Marzuqi Mustaqim.  Nama puteraku dipilih oleh Huby dan Ibu Mertua ku sendiri yang membawa erti "Rezekiku Yang Lurus".  Alhamdulillah dengan berat 3.0kg putera ku yang kedua ini sihat ketika dilahirkan.....rindunya saat itu!!!

Kini tanpa sedar masa kian cepat berlalu....putera keduaku kini genap 10 tahun.  Selalunya kami sekeluarga akan membuat sambutan Hari Lahir Wan Marzuqi sekali dengan sambutan Tahun Baru kerana tarikh lahirnya yang jatuh pada 31 Disember setiap tahun.  Namun pada tahun 2013 ini aku buat sedikit perubahan, sambutan hari lahir agak lewat aku buat...iaitu pada 4hb Jan 2014.  Ini atas sebab Rainbow Cake tema BoboiBoy agak lewat disiapkn ats sbb peak season dan sesi sekolah yg baru bermula...aku faham juga sbb kek ni Home Made dr kawan FB dan bukan ditempah di kedai kek...tp mmg dah dimaklumkn lebih awal dn aku pn tidak ada halangan.

Apa yang penting permintaan puteraku ini yang mahukan tema BoboiBoy tetap menjadi....tapi pada mulanya memang aku tak inform pun akan kelewatan ini. Maka Wan Marzuqi beranggapan aku telah lupa hari lahirnya...hehehe..."Wahai anak-anakku sayang, mana mungkin Mama akan lupa tarikh lahir kalian bertiga....TIDAK MUNGKIN sayang" :D

Walaupun sambutan agak sederhana pada sambutan hari lahir yang ke 10-tahun ini, Mama tetap akan mendoakan mu Puteraku Wan Marzuqi Mustaqim..."Ya Allah, Engkau perkenankanlah doaku sebagai Ibu, semoga anakku Wan Marzuqi Mustaqim menjadi anak yang solleh, baik, berjaya dunia akhirat, sentiasa dimurahkan rezeki dalam apa jua yang diimpikannya, menjadi hamba Allah SWT yang taat akan perintahMU, kuat semangat menempuh segala dugaan dan membahagiakan serta membanggakan Mama Bapa dan paling penting dirimu. Amin Ya Rabbal Al Amin" :D

So jom layan gambar yang sempat aku titipkan pada saat-saat yang istimewa ini....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥