Entry kali ni simple jer...aku nak share bait-bait lirik utk lagu Ombak Rindu...suka sangat lagu tu. memang dah lama sangat Fenomena Ombak rindu ni dah berlalu, rasanya sekitar tahun 2012. Tetapi aku masih ingat filem Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani memang mendapat sambutan yang Meletopssss masa tu!!! Dan aku memang peminat pelakon-pelakon berkenaan...Filem ini diadaptasikan drpd sebuah novel dgn tajuk yang sama Ombak Rindu hasil coretan Fauziah Ashari...Aku tak lah pergi menonton filem ni di pawagam, malas nak berasak-asak dgn org ramai dlm panggung...lagipun aku bukan FANATIK dgn filem Melayu. Selang setahun selepas filem tersebut baru aku dapat tonton filem ni..itupun aku tempah kat ASTRO FIRST..hehehe :D
Dan seperti biasa....kepuasan menonton FILEM tidak akan sama dengan membaca sendiri NOVEL Ombak Rindu itu...mana mungkin Pengarah Filem mampu untuk merealisasikan emosi sebenar seperti dlm novel...apalagi pengarah filem biasanya akan mengubah sedikit sebanyak plot cerita dalam filem agar tidak sama 100% dgn hasil novel yang dihasilkan....Huhuhu...so cadangan aku lebih baik dapatkan Novel Ombak Rindu drpd pergi menontonnya kalau inginkan kepuasan emosi...Tapi kalo sekadar nak melihat Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani bermain emosi untuk membawa watak seperti dlm novel tersebut maka pergilah menonton filemnya ya...tak rugi sangat pun :)
Apapun lagu Ombak Rindu nyanyian duet Hafiz dan Adira masih tetap merdu kedengaran di huung-hujung telinga ku ini...hahaha...sebab tu aku tetiba nak buat entry berkaitan filem ini...hahaha....jom layan bait-bait lirik lagunya ya.. (^___^)
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
p/s ~ nak tujukan lagu ni utk HUBBY juga....luvvv u yong :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan