Assalammualaikum....
Siapalah yang tak suka Puding/Dessert...(memang ada juga tp mostly mereka yang berdiet or ada masalah kesihatan) tp sejujurnya masih tinggi lagi rasannya mereka yang suka menikmati hidangan ini, terutama sebagai pencuci mulut...
Jangan tak tahu...aku ni memang suker sangat kalo bab2 food yang ada Karamel...aku tak teror sangat nak sediakan Puding Roti Karamel ni tapi kata orang biar tak tahu masak yang penting rajin masak..(iyeker???) Sebabnya practice make u perfect....(^__^) Puding ni aku memang suker sangat nak sediakan sbb senang sangat dan sedapppp kalo dimakan sejuk...
Sebelum ni aku selalu sediakan Puding Karamel jer...ertinya aku tak bubuh ROTI kat dalam resipi aku. So satu hari bila aku tengah blogging aku ternampaklah resipi ni so aku teringin sangat nak cuba...nak tahu beza rasanya kalo letak dgn Roti....hehehe...sedap memang sedap dan bagi pendapat lidah aku ni memang ada beza kalo letak roti kat dlm puding karamel kita...mcm rasa 'kek' sikit sebab tekstur puding dah padat drpd sebelum letak Roti...tp aku rasa lebih sedap Puding Roti Karamel drpd Puding Karamel yg biasa...apapun lain org lain pendapat kan??? Kalo nak tahu cuba lah sendiri....
Aku guna Oven jer sebab kat rumah takder Pengukus...dan aku dapat resipi ni drpd Kak Yatie..boleh lawat resipi asalnya kat sini yeah YatieMemories - Puding-Roti-Karamel.html Tqvm kak atas resipi yang enak (^__^)
♥ Bahan-Bahan ♥
♥ 4 keping Roti Putih Gardenia
♥ 3-4 biji Telur (yang ni kena pukul sikit jer pastu tapis k)
♥ 1 cawan Air Suam
♥ 1 cawan Susu Cair (yang ni aku saja tambah sendiri, nak bagi tambah rasa lemak tu)
♥ 1 cawan Susu Pekat Manis
♥ 1 sudu kecil Esen Vanilla
♥ 3-4 sudu Gula Pasir untuk dijadikan Gula Hangus aka Karamel
♥ Cara Penyediaan ♥
1. Untuk Gula Hangus (Karamel) - masukkan Gula Pasir tadi ke dalam kuali dan masak tanpa minyak atas api yang kecil. Selepas 5 minit masukkan 1-2 sudu besar air panas secara perlahan-lahan ke atas gula tadi. Kacau sebati dengan api yang kecil sehingga warna keperang-perangan (hati-hati jgn hangus nanti karamel rasa pahit taw!!). Matikan api dan tuang terus ke dalam loyang yang digunakan.
2. Blendkan sebati Roti Putih Gardenia yang telah dicarik2 bersama Air Suam, Susu Cair, Susu Pekat Manis dan Esen Vanilla.
3. Masukkan Telur yang telah ditapis dan blendkan sekejap sekali lagi.
4. Masukkan dlm loyang yang telah diletakkan Gula Hangus (Karamel) tadi dan masukkan dalam Oven yang telah siap dipanaskan.
5. Masak secara double boil selama 45 minit ke 1 jam dalam suhu 180 - 200 Celcius. Pastikan air sentiasa ditambah ke dlm bekas supaya puding tadi tak kering...
Harap aku terangkan cara nak buat resipi ni dgn jelas yeah...kalo kurang paham u ols boleh try goggle blogger2 yg lain dgn resipi yang sama.
Chaiyok2 !!! ^__^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan