♥ FaDhiLaT SuRaH Al-InSyiRaH ♥

PENGERTIAN AYAT SURAH AL-INSYIRAH...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
 

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

********************************************************************



Rupa rupanya sangat luas fadilatnya..terutama kepada kaum ibu yang mudah letih kerana membuat pelbagai kerja rumah.  Semakin meningkat usia, bermacam macam penyakit akan timbul, paling biasa ialah sakit pinggang.  Untuk menghindari diri dari sakit pinggang atau untuk menyembuhkannya "dengan diiringi doa dan izin Allah SWT", In Shaa Allah penyakit itu akan sembuh.  Caranya adalah dengan membaca ayat ke 3 dari surah Al Insyirah sambil menampung tangan seperti berdoa dan ulangi sebanyak 3 kali. Ttiup pda tangan tadi dan tepuk pada pinggang dan punggung sambil berdoa kepada Allah SWT supaya dilindungi atau disembuhkan sakit pinggang yang dialami. Minta Allah SWT jauhkan sebarang penyakit yang akan melemahkan kesihatan badan..Alhamdulillah dengan izin Allah SWT...


Manakala ayat ke 4 dari surah Al Insyirah pula, untuk menyerikan wajah para isteri apabila dipandang suami.  Caranya dengan membaca ayat ke 4 sebanyak 7 kali, tiup pada tapak tangan dan sapu ke muka dengan doa kepada Allah SWT supaya suami pandang kita lawa...amin mudah-mudahan dengan izin Allah SWT..
 


Info ini diperolehi dari rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Muhammad Hanafiah Abdul Malek membentangkan isu tentang Wanita Dominan.



Antaranya:
1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.

2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. In Shaa Allah hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, In Shaa Allah akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.  Caranya :-
Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.

7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.

9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200x setiap terbit matahari, In Shaa Allah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, In Shaa Allah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, In Shaa Allah akan kuat daya ingatannya.

Kelebihan Surah Al-Insyirah.
 
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Wallahualam....
# Sumber http://izzeyda-info.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥