♥ aLaMak! KeTuHaR GeLomBanG BerBau ♥

Setelah pemakaian berulang kali untuk memasak, menghangatkan makanan, bahkan menyah beku ikan yang baru dikeluarkan daripada peti sejuk sering kali menyebabkan ketuhar gelombang kita mengeluarkan aroma yang kurang menyenangkan... Selain menganggu hidung, selera makan juga kadang-kadang boleh terjejas....huhuhu....

Sebenarnya ada cara mudah untuk melenyapkan aroma kurang menyenangkan tersebut tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya yang bisa tercampur di dalam makanan yang masuk ke dalam ketuhar gelombang...

Caranya ialah :-

1. Tuang air pada gelas tahan panas hingga 3/4  bahagian gelas dan campurkan sedikit serbuk penaik (baking soda).

2. Masukkan gelas ke dalam ketuhar gelombang. Pasang suis selama 4-5 minit.  Biarkan air akan mendidih hingga mengeluarkan wap di dalam ketuhar gelombang.

3.  Setelah suis dipadamkan, biarkan selama 15 minit.

4.  Buka ketuhar gelombang, keluarkan gelas lalu lap wap air di permukaan dalam ketuhar gelombang dengan kain kering yang bersih.


#Sumber : Shaharil/Majalah Nona Ogos 2012 Bil 367




1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥