♥ TIPS / PETUA ~ ManJakan DiRi di RuMah ♥


Suka sangat aku bila cakap pasal kecantikan ni...Tak kisahlah, kecantikan luar mahupun dalaman. Dah nama kita ni WANITA memang bab2 macam ni cepat sangat menarik perhatian kita kan??  Cuma kali ni aku just copy paste tips yang aku dapat drpd http://www.eh.com.my hehehe....jangan marah yeah, sekali sekala kita cari info macam ni dan share macam tu jer rasanya tak menjadi masalah....

Aku bukan sahaja share macam tu, walaupun FOC sebenarnya. Tapi aku nak ajak korang semua yang rajin melayan blog aku ni, kalo nak perlbagai info yang menarik boleh google dan baca kat web tadi k.  Dulu aku memang fanatik dengan majalah tu, habis baca aku belek jer majalah2 tu tanpa jemu sebab memang suka sangat lah layan EH :)

Makin lama...makin banyak koleksi kat rumah sampai tak tahu nak letak mana...hehe...atlast aku jual kat tokeh barangan terpakai. Laku juga walaupun tak mahal mana, tapi ada juga hasil daripada buang kosong macam tu jer kan...

Tidak semestinya kena manjakan diri ni perlu pergi SPA (walaupun lebih elok dptkan bantuan pro) kannn....Tetapi kadang kita tak bagi keutamaan sangat bab2 pegi SPA ni dalam budget bulanan kita so langkah yang bijak adalah manjakan diri sendiri jer di rumah.

Jom baca k :)

}
}
}
}

# pic kredit to http://aurabiz2u-shop.com.my
 1. Skrub Badan

Trick ini adalah benda yang sama digunakan di kebanyakkan spa terkemuka, cuma yang membezakannya adalah suasana tempat itu dan cara urutan mereka. Antara bahan yang kamu perlukan untuk mengembalikan kulit halus itu adalah:
  • ½ cawan gula perang
  • ¼ cawan minyak zaiton
  • 4 sudu besar madu
  • 2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
Campurkan kesemua bahan itu dan lumurkan ke seluruh badan kamu, biarkan ia kering dan sambil kamu ingin mengeluarkannya urut bahan tersebut perlahan-lahan di permukaan kulit kamu.

# pic kredit to http://nurulaziyana.blogspot.com
 2. Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Sebagai seseorang yang bekerjaya, panda eyes sudah menjadi signature look bagi setiap orang yang melaluinya oleh itu jadikan remedi ini sebagai tabiat dan kamu akan mendapat wajah yang lebih segar before you even know it!

Kamu hanya perlukan:
  • Segengam daun pudina
Tumbukkan daun pudina itu sehingga hancur dan tekapkan pada bawah mata kamu 20 minit pada setiap hari.

# pic kredit to http://anekainfounik.net
3. Masker Rambut

Satu sesi terapi rambut di salon boleh mencecah ratusan ringgit, apa kata kamu cuba resepi ini dan lakukannya sendiri di rumah. Ia bukan sahaja akan melembutkan rambut kamu tetapi pada masa yang sama menguatkan dan memberikan sinar semulajadi. Bahan yang diperlukan adalah:
  • 2 biji telur
  • 5 sudu besar minyak zaitun
  • Beberapa titik minyak Lavender
Adun kesemua bahan tersebut sehingga kamu mencapai konsistensi seperti mayonis, kemudia lumurkan ke seluruh rambut kamu dari akar hingga hujung. Balut dan biarkannya selama 40 minit kemudian cuci sehingga bersih. Ulang terapi ini setiap minggu dan kamu akan mendapatkan keputusan yang sangat mengagumkan.

Selamat mencuba :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥