♥ TIPS / PETUA ~ WaJaH PuTih dan GeBu ♥

Ketemu lagi dgn post yg seterusnya :)

Assalammualaikum dan apa kabar korang?? Moga semua sihat2 belaka ya, kalo ada yang kurang sihat cepat2 lah berjumpa tuan Doktor k dan dapatkan ubat utk sakit2 yang dialami...chewaah, prihatinnya aku :)

Wokeyy kali ni aku nak share beberapa tips/petua yang aku dapat hasil pembacaan aku di alam maya ini.  Ada yang aku amalkan dan ternyata hasilnya memang memuaskan dan In Shaa Allah kalo aku ni tak dihinggap penyakit malas aku mesti kekalkan rutin yang baik untuk keuntungan diri sendiri.  Iyelah siapa tak nak wajah yang mulus, gebu dan putih macam bayi tu...hehehe...

Memanglah tak 100% hasilnya spt bayi yang comei-comei tp atleast kulit aku terjaga sentiasa. Bila kulit cantik, gebu dan putih, tahap keyakinan diri pun akan bertambah.  Kan best macam tu :)
NORA DANISH, cantiknya kulit dia kan??? # pic kredit to http://www.sentiasapanas.com

Jom kita jenguk antara tips/petua yang aku dapat utk dikongsikan dengan korang ya. So kalo rajin korang amalkan lah selalu ya, boleh buat 2-3 kali dalam seminggu :D

1.  BERAS PULUT + MADU + PERAHAN AIR LIMAU

Beras Pulut tu digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga warna kekuningan.  Sejukkan dahulu. Pastu kisar sehingga halus. Setelah itu Beras Pulut yang telah dikisar tadi dicampurkan dengan Madu dan Perahan Air Limau sehingga menjadi satu sebatian. Sebelum sapukan sebatian ke muka korang pastikan muka dibasuh dengan air terlebih dahulu.  Biarkan selama 15-20 minit pastu bolehlah cuci muka sekali lagi dengan air suam.
Tips kredit untuk http://abangonline.net


BERAS PULUT # pic kredit to Google

MADU # pic kredit to Google

PERAHAN AIR LIMAU # pic kredit to Google

2. TOMATO + PUTIH TELUR

Cincang Tomato.  Pastu ramas dengan putih telur sehingga hancur.  Kemudian pupurkan ke wajah seperti memakai masker dan biarkan selama 15-20 minit.  Setelah itu basuh muka dengan air suam. Tips kredit untuk http://nurulbadiah.blogspot.com

TOMATO # pic kredit to Google


PUTIH TELUR sahaja # pic kredit to Google

3. IBU KUNYIT + AIR MAWAR

Ambil ibu kunyit dan tumbuk halus bersama beras.  Campurkan sedikit Air Mawar dan sapukan pada wajah (nak sapu seluruh badan pun boleh jer). Tips kredit untuk http://pama.karangkraf.com

IBU KUNYIT # pic kredit to Google

AIR MAWAR # pic kredit to Google
 4.  YOGURT ASLI

Ambil yogurt asli dan sapukan keseluruh bahagian muka. Buat seperti masker. Biarkan 5-10 minit sehingga yogurt tadi kering barulah cuci muka dengan air suam. Tips kredit untuk http://baeutifulgirl1303.blogspot.com

YOGURT ASLI # pic kredit to Google
5. BASUH KULIT DGN AIR BERAS

Cara ini dikatakan mampu meningkatkan kelembutan kulit.  Beras adalah sumber kepada antioksidan seperti
Vitamin E.  Vitamin antioksidan membantu melawan bahan cemar yang merosakkan kulit.  Tips kredit untuk
http://health-wellness-nature.blogspot.com


AIR BERAS # pic kredit to http://ernienoni.blogspot.com


6. BIJI KOPI

Ini telah lama digunakan di Indonesia. Kopi mengandungi kafein yang merupakan bahan pengelupasan yang natural dan ia sangat2 power. Ia antiradang dan boleh membantu dalam penghasilan kollagen. Secara tidak lansung ia menjadi produk untuk menegangkan kulit.

BIJI KOPI # pic kredit to Google    

Sebenarnya banyak lagi tips / petua yang ada untuk korang amalkan selalu.  Tapi aku cuma pilih yang simple2 jer sebab senang nak ingat dan buat.  So selamat mencuba yeah...

Chaiyok-chaiyok (^__^)


2 ulasan:

  1. sudah tau belum cara mencerahkan wajah aman ? intips yuk cara mencerahkan wajah alami :)

    BalasPadam
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik sekali. Tips Kulit Gebu

    BalasPadam

♥ Followers Yg Setia ♥