♥ Ayam MaSak HaLia ♥

Assalammualaikum...Selamat Mengerjakan Ramadhan Pertama :)

Pada kebiasaannya setiap kali bulan Ramadhan aktiviti 'MEMBELI" juadah berbuka puasa di bazaar hanya akan aku buat pada minggu kedua bulan Ramadhan...sbb aku nak terap dalam diri anak-anak aku Masakan Mama mereka pun apa kurang hebatnya...hahaha....tp memang aku bawa jga anak-anak ke bazaar bila ada kelapangan dan waktu yang panjang....best jugak bawa anak-anak mencuci mata judah-juadah yg hebat disediakan di gerai-gerai bazaar ni....

So bila bulan puasa jer aktiviti memasak aku akan meningkat 200%...semangat nak sediakan macam-macam menu pun membara...aku tak cun masak itu dah pasti tapi tak bererti aku pandai...jadi utk rujukan masakan yg sedap-sedap aku googgle lah dlm web or blog otai2 yg mmg dah terror masak....Utk menu pertama bulan Ramadhan ni aku balajar resepinya dari Kak Yatie drdp Sinar Kehidupanku (http://yatiememories.blogspot.com/)...suker sgt blog akak ni sbb...santai...cara penyediaan bahan-bahan hinggalah ke cara membuatnya senang ringkas dan padat...selain itu her family were awesome, so kalo rajin klik-klik dan baca lah blog beliau yeah...

Jom kita tengok hasilpercubaan ku ini ya...hehe..sedappp taw sbb Huby dan anak-anak PUJI mcm makan di kedai lah Mama...waaah, kembang semangkuku aku dibuatnya...tq cayang2 Mama semua...:)



Bahan-Bahan (4 orang)

  • 2 Ketul Dada  Ayam yg sedang2 besar (potong ikut suka..pastu cuci dan toskan)
  • 3-4 sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu kecil Tepung Jagung (dibancuh dgn air)
  • 1 sudu kecil Lada Hitam - ditumbuk kasar (tp aku guna lebihan lada hitam McD aku..hihihi..dlm 10 bungkus kecil)
  • 1 biji buah  Tomato - belah 4
  • 1/2 batang Lobak - dipotong kecil
  • minyak untuk menumis
  • garam dan serbuk perasa
  • tambahan : 1 pokok daun bawang / sup - potong pendek (aku x suker so aku tak letak...)
  • 1-2 cawan air (ikut suker)

Bahan Hiris

  • 5 cm Halia 
  • 1 labu Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2-3 tangkai Cili Merah (kalo nak tambah pedas boleh tambah Cili Padi yeah...

Cara Masak

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan Bahan Hiris hingga layu.
  2. Masukkan Ayam tadi, Sos Tiram, Lada Hitam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masak ayam sehingga lembut.  Lepas tu baru masukkan Lobak dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan Tepung Jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan Tomato dan Daun Bawan (jika nak). Kacau rata.
  6. Tutup api sekejap, angkat dan bolehlah dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥ Followers Yg Setia ♥