Rumah terbuka Tadika Pooh dibuat pada hari Ahad..jemputan bermula dari jam 12 tengahari sehingga jam 2 petang, tapi rasanya waktu jemputan dipanjangkan pada hari tersebut sebab memang ramai sangat ibubapa dan anak2 mereka yang datang memeriahkan Rumah Terbuka tersebut...sampaikan ruang nak parking kereta pun dah tak ada, Reen terpaksa parking kereta jauh2 dan berjalan kaki sahaja ke Tadika Pooh...dalam keadaan panas terik lagi tu..bayangkanlah....:-D

Makanan dan minuman yang dihidangkan ada pelbagai jenis, sempat juga Reen bekalkan Pooh 'sebekas' kuih Raya untuk diberikan kepada pihak tadika untuk sama dihidangkan dalam Majlis tu...Senyum Cikgu Pooh bila Pooh datang dengan tangan 'berisi' ke sekolah...
Mmmh Reen dan anak2 saja yang datang sebab masa tu Hubby berada diluar kawasan liputan hahahaha...Yang paling excited mestilah Pooh...sebab ni kan majlis Raya sekolah dia...^_^
Reen pula walaupun hari Ahad, Reen lengkap berbaju kurung juga pergi ke Rumah Terbuka Raya ni sebab nak 'Feel' Raya tu tetap ada lah katakan...Pooh pula lengkap berbaju Melayu cuma anak sulung Reen saja berpakaian rugged sikit hari tu...
So..apapun memang Reen ucapkan tahniah dan terima kasih buat pihak tadika Pooh kerana berjaya menjayakan majlis raya tersebut dengan cukup baik...semua cukup...tempat duduk..makanan..minuman..dan kuih raya...
Harapan Reen semua ni menjadi Kenangan Manis buat Pooh....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan