Assalammualaikum...
Rasanya belum terlewat aq nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua yg meraihkannya...Mohon maaf zahir dan batin dari ujung rambut smpai ujung kaki (kalo kesampaiann ar...hahaha) atas semua salah dan silap kpd sesiapa pun...
Raya kan sebulan....hari ni adalah Syawal yang ke 24..seminggu lagi nak abis dah bulan yang meriah dengan acara makan minum dan budaya kunjung mengunjung ni. Ada yang berpuasa 6 ker?? Aduh hampir aq terlupa pula dengan ibadat Puasa 6 ni...walaupun tak wajib sebenarnya tapi sgt dituntut dlm agama, in shaa Allah esok aq nak mulakan Puasa 6 aq di bulan Syawal ni...
Hahaha...lamanya aq tak bercoloteh dalam blog sndiri...since 2014 aq terlupakan dunia blog ni. Walaupun aq sedar takde sapa pon yang baca post aq ni...tapi aq saja jer sebab mana taw anak cicit aq nnti yang akan baca...so terhibur juga dorg dengan kata" Mama...Bakal Nenek...Bakal Moyang dorang ni...hahaha.. jauhnya aq bawa pikiran tu kann :P
Takper in shaa Allah lepas ni byklah postingan aq kat blog ni...sebab byk sgt post KIV ni yang aq nak share...hahaha...walaupun ada yang dah berkurun berlalu aq tetap nak share...hahaha...sajelah kan utk kenangan :)
Rinduuuuuuuu korang sgt yang sudi baca ketikan aq yang merapuh kat dalam blog ni kdg"....dan Rinduuuuuuunya aq nak share semua foto" yang aq abadikan dlm PC aq selama ni utk di share dgn korang" semua....Oiya...utk yg akan datang aq nak cuba pula utk komen" produk" online yang ada dipasaran...hahaha...sekarang belajar make-up pon dh LIVE kat FB taw....cepatnya wktu itu berlalu...
So gaessss...wait for me yer at the next post...mmwaahhh :*
Wassalam
LaDy HaneKoma
♥ Apa Itu KoLaGeN ??? ♥
Assalammualaikum darlings :)
Zaman nenek aku, mak aku dulu orang tak paham sangat bila kita cakap "nak cantik kena makan kolagen"...sebab zaman tu cara rawatan tradisional seperti memakan Jamu lebih dipraktikkan. Masa zaman remaja dlu Mama aku pernah suruh aku makan Jamu tapi aku memang tak suka sebab PAHIT dan WANGIAN REMPAH tu aku tak tahan :(
Sekarang Jamu pun mengalami evolusi nya tersendiri...Sebenarnya kolagen pun terhasil daripada bahan-bahan semulajadi tetapi telah diekstrak untuk penggunaan lebih moden kini...Badan kita sendiri mempunyai kolagen tetapi ia semakin susut seiring dengan peningkatan usia kita. Wanita zaman sekarang selalu berkata "kulit kita perlukan kolagen"..."kena makan kolagen selalu"..."kolagen jenama apa yang u makan??"...bla...bla...bla...tetapi adakah semua tahu apa sebenarnya itu KOLAGEN????
Mari aku kongsikan yeah info yang aku dapat dari internet ni :)
KOLAGEN??
Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara semulajadi.
Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.
Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.
Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.
KEPENTINGAN KOLAGEN
* Mengekalkan kelembapan dan Mencegah Kedutan
Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
* Memutihkan Masalah Kulit
Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium (sejenis tisu badan), kedutan dan garis-garis halus.
* Mencantik dan Menyuburkan Rambut
Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium (lapisan kedua kulit) merupkan bekalan nutrisi kepada epidermis, ranbut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakal kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
* Menegangkan Payudara
Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
* Menguatkan Tulang
Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangkan tulang yang kuat. Oleh itu, kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah Osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan Kalsium, Magnesium dan Fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal dan juga dapat memperlambatkan Osteoporosis.
* Mencerahkan Kulit dan Mengurangkan Pigmentasi
Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
* Melambatkan Proses Penuaan Kulit
Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.
SUMBER KOLAGEN DI PASARAN
Oleh itu, pastikan kolagen yang dimakan adalah dari sumber yang Halal.
Hati-hati!!
Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada 'Seafood' atau Gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu maka perlulah diselidiki sebelum dibeli / dimakan kerana sumber kolagen yang paling mudah di perolehi adalah daripada kulit Babi atau Gamat.

# pic kredit to http://hargasetbersalin.com.my |

- Bovine (Lembu) - diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
- Babi (Porcine Origin)
- Haiwan Laut - contohnya Ikan dan Gamat
- Tumbuhan - contohnya Kacang Soya
- Yak - produk dari China
- Manusia - plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati :(
Oleh itu, pastikan kolagen yang dimakan adalah dari sumber yang Halal.
Hati-hati!!
Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada 'Seafood' atau Gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu maka perlulah diselidiki sebelum dibeli / dimakan kerana sumber kolagen yang paling mudah di perolehi adalah daripada kulit Babi atau Gamat.
ANTARA PRODUK KOLAGEN YG ADA DI PASARAN
# pic kredit to Google |
# pic kredit to Google |
sumber kredit to http://yourhealthshoppe.blogspot.com dan http://sitik.wordpress.com/
♥ TIPS / PETUA ~ ManJakan DiRi di RuMah ♥
Suka sangat aku bila cakap pasal kecantikan ni...Tak kisahlah, kecantikan luar mahupun dalaman. Dah nama kita ni WANITA memang bab2 macam ni cepat sangat menarik perhatian kita kan?? Cuma kali ni aku just copy paste tips yang aku dapat drpd http://www.eh.com.my hehehe....jangan marah yeah, sekali sekala kita cari info macam ni dan share macam tu jer rasanya tak menjadi masalah....
Aku bukan sahaja share macam tu, walaupun FOC sebenarnya. Tapi aku nak ajak korang semua yang rajin melayan blog aku ni, kalo nak perlbagai info yang menarik boleh google dan baca kat web tadi k. Dulu aku memang fanatik dengan majalah tu, habis baca aku belek jer majalah2 tu tanpa jemu sebab memang suka sangat lah layan EH :)
Makin lama...makin banyak koleksi kat rumah sampai tak tahu nak letak mana...hehe...atlast aku jual kat tokeh barangan terpakai. Laku juga walaupun tak mahal mana, tapi ada juga hasil daripada buang kosong macam tu jer kan...
Tidak semestinya kena manjakan diri ni perlu pergi SPA (walaupun lebih elok dptkan bantuan pro) kannn....Tetapi kadang kita tak bagi keutamaan sangat bab2 pegi SPA ni dalam budget bulanan kita so langkah yang bijak adalah manjakan diri sendiri jer di rumah.
Jom baca k :)
}
}
}
}
# pic kredit to http://aurabiz2u-shop.com.my |
Trick ini adalah benda yang sama digunakan di kebanyakkan spa terkemuka, cuma yang membezakannya adalah suasana tempat itu dan cara urutan mereka. Antara bahan yang kamu perlukan untuk mengembalikan kulit halus itu adalah:
- ½ cawan gula perang
- ¼ cawan minyak zaiton
- 4 sudu besar madu
- 2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
# pic kredit to http://nurulaziyana.blogspot.com |
Sebagai seseorang yang bekerjaya, panda eyes sudah menjadi signature look bagi setiap orang yang melaluinya oleh itu jadikan remedi ini sebagai tabiat dan kamu akan mendapat wajah yang lebih segar before you even know it!
Kamu hanya perlukan:
- Segengam daun pudina
# pic kredit to http://anekainfounik.net |
Satu sesi terapi rambut di salon boleh mencecah ratusan ringgit, apa kata kamu cuba resepi ini dan lakukannya sendiri di rumah. Ia bukan sahaja akan melembutkan rambut kamu tetapi pada masa yang sama menguatkan dan memberikan sinar semulajadi. Bahan yang diperlukan adalah:
- 2 biji telur
- 5 sudu besar minyak zaitun
- Beberapa titik minyak Lavender
Selamat mencuba :)
Langgan:
Catatan (Atom)