♥ TIPS / PETUA ~ SeGarKan MaTa ♥

# pic from google

Kenapa aku suka sangat dgn topik entry aku kali ni ya?? Sebabnya aku memang antara berjuta manusia dalam dunia ini yang selalu mengalami keadaan di mana mata selalu rasa penat, sembap, merah macam tak cukup tidur (padahal aku tidur setiap hr tak kurang 6 jam), kuyu, tak bermaya, tak bercahaya dan macam-macam lagi lah.

Selain daripada menggunakan make-up untuk menutup kekurangan mata yang ada ini, aku rasa kita perlu juga menggunakan cara yang semulajadi untuk merawat mata agar nampak lebih segar dan bercahaya :)

So dengan senang hati aku kan rajin mengoogle untuk mencari petua dan tips yang senang dan boleh aku amalkan selalu. Paling penting bahan yang aku nak kena gunakan tu tidaklah sukar utk didapatkan, kalau boleh biar yang memang dah sedia ada dalam dapur aku...hehehe (rajinnnyaaa aku...). Hasil pencarian aku yang tak sehebat mana ni maka aku berhasil menemukan beberapa tips/petua yang bagus aku rasa dan senang dipraktikkan pada bila2 masa sahaja.  Jom kita berkongsi :)

Tips / Petua 1
Gunakan UNCANG TEH  - Ambil 2 uncang teh yang telah digunakan dan lekapkan pada kedua-dua belah mata selama 5 - 15 minit. Amalkan selalu supaya mata sentiasa segar dan bersinar. Aku suka sejukkan dulu uncang teh sebelum digunakan utk dapatkan feel sejuk tu sedikit sebelum digunakan. Rasa nyaman sangat.  Elakkan guna uncang teh yang masih panas ke atas mata yeah...

# pic kredit to http://sakinahdeen.blogspot.com

Tips / Petua 2
Gunakan DAUN SIREH -  Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya. Info drpd http://www.gempak.org

# pic kredit to http://www.sobatcantik.com

Tips / Petua 3
Gunakkan AIS BATU - Ambil beberapa ketul ais batu yang saiz kecil-kecil sahaja yeah.  Lumurkan pada keliling kedua-dua mata dalam 5-7 minit.  Teknik ini mampu melancarkan kembali peredaran darah di sekeliling mata dan ini membuatkan mata terasa kembali segar. Info didapati drpd http://www.petuatradisional.com

# pic kredit to http://www.anakulucheka.com

Tips / Petua 4
Gunakan TIMUN - Sediakan 2 keping Hirisan Timun.  Jangan hiris terlalu nipis, tebal sikit pun okey. Sejukkan dulu timun di dalam peti sejuk sebelum dihiris dan digunakan. Pejamkan mata dan letak hirisan timun tadi di atas mata utk tempoh 15 - 30 minit. Setelah itu sure korang akan rasa best jer mata tu sbb terasa segar sangat.

# pic kredit to Google

Okey....itu antara tips / petua yang aku dapati dalam internet yang aku dah google. Rasanya ada lagi tips / petua lain tapi yang ni mostly ramai yang gunapakai...hehe...Tapi sebenarnya aku terjumpa satu lagi tips/petua yang sangat bagus untuk mata ni, tips/petua ini telah di olah kepada konsep lebih moden untuk memudahkan penggunaan kita utk mata lebih cantik dan segar....Nak tahu boleh klik-klik pada empunya blog ni ya http://www.kujie2.com


Tips/Petua 5

Gunakan EYE PAD TIMUN - Perlukan Timun, Kapas Muka (yang bentuk persegi lebih baik) & Plastik. Cara nak buat boleh refer kat bawah yeah.Gunakan plastik yang bersih agar tak mendatangkan masalah lain pada mata ketika memakai pad timun korang nanti k :)
  1. Bersihkan timun dan kisar dengan sedikit air sampai halus.
  2. Celupkan kapas muka di dalam jus timun , perah untuk menghilangkan lebihan air dan  mendapatkan eye pads yang lembab
  3. Susun di dalam beg plastik setiap keping dan simpan di dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan 2 keping setiap hari dan pakai selama 10 minit sebelum mandi setiap pagi atau bila-bila masa.
# pic kredit to http://www.kujie2.com/

Itu jer untuk kali ni entry aku, waaaah...panjang berjela pula kan...Apapun selamat mencuba semua tips dan petua tadi k :)

♥ TERUKNYA BUKU TEKS SEK NI!!!! ♥

Salam semua...baca tajuk entri pun korang mesti taw aku nak membebel lah ni kannn....Niat hati bukan nak memburukkan mana-mana pihak tapi aku nak share apa yang terbuku dalam hati aku ni bila dpt buku teks anak aku yang no.2 tu, Wan Marzuqi....

Aku tak pasti nak salahkan siapa?? Nak salahkan pihak sekolah ataupun parents yang tak memantau anak mereka menggunakan kemudahan pinjaman buku teks yang mereka terima :(

Tapi sekurang-kurangnya pihak sekolah tak sepatutnya lagi mengedar buku teks tersebut untuk dipinjamkan kepada pelajar lain pada tahun berikutnya kalau dah nampak keadaan buku teks tersebut dah NAZAK...

Geram juga dengan anak sendiri sebab masa terima buku teks tu, dia terima bulat2 dan tak check lagi keadaan buku teks tu..huhuhu....nanti takut2 pihak sekolah cakap anak aku pula merosakkan buku teks tersebut. Sebab tu aku ambil gambar buku teks tersebut, hahaha...bukti keadaan buku teks itu memang dah teruk...

Kalo korang nak tengok sangat, jom tengok sendiri rupa buku teks yang anak aku terima drpd pihak sekolah awal tahun hari tu...@__@





Kesudahannya....Mama nya pula kena jadi 'Mcgyver' membaikpulih buku teks tersebut....huhuhu :(

♥ TIPS / PETUA ~ BuaT ScRrub SenDiRi Di RuMah ♥

Salam u ols...tetiba aku nak post pasal scrubbing badan...mungkin sebab dah lama sangat aku tak berkunjung ke SPA...iyelah aku sibuk sangat dengan hal-hal lain sampai lupa hendak manjakan diri sendiri :)

Mungkin ada diantara u ols yang berasa body u ols kusam, kasar dan warnanya tidak sekata....Kalo u ols dah rasa macam tu apakata lakukan scrub untuk merawat kulit u ols kembali.   Terasa seperti itu antara faktornya ialah banyak sangat sel-sel mati di kulit u ols yang tidak dibuang dan ini mengakibatkan kekasaran dan warna kulit u ols tidak sekata.

Kalo berkemampuan dari segi wang ringgit dan masa u ols bolehlah melakukan rawatan di SPA salon atau beli jer scrub yang sudah tersedia di pasaran.   Tetapi kali ni aku nak ajak u ols semua untuk sama-sama menghasilkan scrub ini sendiri dirumah. So kosnya sudah tentu lebih murah berbanding mendapatkan khidmat itu di salon-salon kecantikan. Macamana nak buat??? Jom kita berkongsi petua ya :)

## Caranya mudah sahaja, iaitu GORENG 2 CAWAN BERAS TANPA MINYAK hingga kekuningan. Kemudian SEJUKKAN dan KISAR menjadi butiran halus agar sesuai untuk dijadikan scrub. Pastu SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA yeah supaya tahan lama.
 

Nak guna scrub ini taklah susah sangat,  sebelum u ols mandi sapukan minyak bayi atau minyak zaitun pada keseluruhan badan dan biar seketika untuk melonggarkan sel-sel mati dan memberi kesan pelincir pada kulit yeah.. Ambil 3 SUDU BERAS KISAR tadi dan campurkan dengan PERAHAN AIR LIMAU NIPIS / LIMAU PURUT  atau ASAM JAWA dan SEDIKIT AIR. Gosok perlahan-lahan campuran tadi di keseluruhan badan dan kulit u ols yang rasa bermasalah tadi terutama di kawasan yang kusam dan kasar. Tunggu kering di badan dan pastu bolehlah dibilas sebersihnya..

Untuk mendapat kesan yang maksima selepas buat scrubbing tu u ols buatlah RAWATAN MANDI SUSU atau MANDI BUNGA MAWAR. Bila telah selesai sapukan tubuh u ols dengan minyak bayi yang telah bercampur dengan vitamin E atau losyen badan. Buatlah rawatan ini seminggu sekali


Selamat mencuba yeah :)



Sumber tipskecantikan-wana.blogspot.com
DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain.



Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain.

Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu.



Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki.

Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW. 
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2010/02/manusia-paling-dekat-dengan-allah.html#sthash.lLTrpjf3.dpuf

♥ 1st Tym Amirah Jejak Kaki ke Laut ♥

Assalammualaikum Darlings....

Kelmarin hari Sabtu 01.02.2014 aku sempat bawa anak-anak berjalan-jalan sempena cuti hujung minggu.  Selalunya destinasi kami kalau tym hujung minggu ni ialah Shopping Mall utk acara makan-makan sahaja.  Tetapi kali ni aku ubah fikiran dan ajak Hubby tersayang bawa anak-anak ke Pantai Tg Aru :)

Sebenarnya bukan tak pernah bawa anak-anak pegi sana, tapi memag aku terperasan aku tak pernah benarkan c gadisku Amirah untuk merasai nikmat bermain air laut...hahaha...(Mama ni over protected kot...)
So kali ni aku dah plan kat kepala otak aku, aku mesti bagi Amirah cecah kakinya ke dalam laut...(walaupun aku pegi tak bawa baju extra ponnn)

Memang saat yang amat-amat indah bila kita habiskan masa cuti kita bersama insan-insan tersayang walaupun hanya setakat bermain air laut sahaja...hopefully Amirah akan ingat saat ini bila terbaca entry Mamanya ini suati hari nanti....

Jom kita jenguk gambar-gambar sempat aku abadikan untuk aku dan anak-anak (n____n)










Mesti ada tertanya-tanya kenapa kami berempat jer...mana pula Huby aku pegi kan?? Sebenarnya tym ni c Huby sibuk pegi jogging dekat area Tg Aru juga sbb tu dia tak join sekali main air laut ni...Maybe next tym k...Apapun kalo nak let go anak-anak main air laut or terjun bermandi-manda takda masalah tapi harus sentiasa diperhatikan dan dijaga yeah sebab Malang Tak Berbau...yang kuat bau DURIAN taw :D

Selamat bercuti dihujung minggu u ols....Muaaaxxxx XOXO :)

♥ Followers Yg Setia ♥